Mahasiswa Terbukti Memberi Kepercayan kepada Pro-Mahasiswa

Keputusan rasmi PRK UMSKAL (Calon Umum)

Berakhirnya proses pilihan raya kampus semalam, bahang pilihan raya kian sejuk di bumi KAL. Tapi tidak bagi calon-calon Pro-M yang telah menang bergaya dengan majoriti besar. Detik itu bukanlah pengakhiran perjuangan mereka, bahkan itulah titik permulaannya. Setelah habis pengumuman kemenangan tersebut, semua MPP yang telah menang diterbangkan terus ke Kampus induk Kota Kinabalu, untuk mereka membentuk kabinet malam itu juga.

Statistik Pengundian Pilihanraya Kampus UMSKAL

Kemenangan itu yang telah membuktikan bahawa mahasiswa telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada calon-calon pro-M untuk menjadi pemimpin yang akan membela kebajikan mereka untuk sesi akan datang.


Pihak Pro Mahasiswa merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa atas kepercayaan yang diberikan , kerjasama dan kebersamaan anda semua sangat kami perlukan untuk bersama-sama kita merintis perubahan yang selama ini kita inginkan.

Hidup, hidup MAHASIWA,
Bangkit, Bangkit MAHASISWA,
STUDENT POWER!!!

Baca seterusnya...

Sorotan Kembali: "Minggu Kempen"

KEMPEN DI KOLEJ MUTIARA


Pada tanggal 23 Januari 2010, Sabtu, Pro-M telah mengadakan kempen di Mutiara dengan mengedarkan brochure, flyers, dan juga bookmark di rumah-rumah kediaman mahasiswi mutiara. Pengucapan umum juga telah dijalankan oleh calon dengan menyampaikan manifesto masing-masing dan idealisma dan perjuangan yang ingin diterapkan didalam kepimpinan mereka akan datang.

Macam biasa, kempen yang dijalankan oleh pro-M pastinya akan mendapat halangan dan tentangan oleh pihak-pihak yang kurang berpuashati. Ini terjadi bilamana En.Azlan, kakitangan HEP secara tiba-tiba hadir dengan menghalang dari mahasiswa untuk berada di kawasan lapang bawah kediaman mutiara bagi mengadakan pengucapan umum dan hadir bagi menyokong calon mahasiswa, Herry Anto Hasanuddin.

Menurutnya, mahasiswa dilarang berada di kawasan kolej kediaman mahasiswi walaupun sepanjang tempoh kempen. Kediaman Mutiara adalah satu-satunya kawasan kediaman luar kawasan kampus yang sememangnya dibenarkan bagi calon mahasiswa untuk berada di kawasan lapang kediaman untuk berkempen sepanjang tempoh kempen.

Perkara ini pihak pro-m telah sedia maklum dan mantan-mantan turut menyatakan situasi dan peraturan kempen pada tahun-tahun sebelum ini. Akan tetapi, En.Azlan tetap tidak membenarkan, katanya “Iya... itu yang lepas, memang dibenarkan. Tapi saya tidak pasti jika tahun ini peraturannya telah berubah...” pihak pro-m terpaksa menunggu selama 30 minit sebelum dapat memulakan kempen hanya kerana terpaksa menunggu En.Azlan menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian peraturan kempen. Walaubagaimanapun, akhirnya pihak penyokong dan calon pro-m mahasiswa tetap dibenarkan untuk masuk ke kawasan kediaman mutiara dan berkempen.

Menurut mantan MPP exco 3K, ketika mengedarkan brochure dan flyers di rumah-rumah kediaman mahasiswi mutiara, beliau turut mendapat banyak respon yang baik mengenai isu ‘Delegasi Pengahantaran Memorandum ke Putrajaya’. Tidak kurang juga mahasiswi-mahasiswi yang ingin berbual dengan beliau bagi menceritakan perihal sebenar yang terjadi, pengalaman dan tindakan tatatertib yang bakal beliau hadapi. Mahasiswi-mahasiswi mutiara turut menyatakan simpati dan sokongan terhadap Sdri. Mantan exco 3K. Nampaknya, masih ramai lagi mahasiswa yang peka terhadap isu air dan kepimpinan mereka yang bersusah payah berjuang untuk kebajikan mereka.

KEMPEN DI COLLEGE FOOD COURT (CFC)

Keesokan harinya, pada waktu yang sama, selepas isya', calon dan penyokong pro-m telah mengadakan kempen di kampus berkumpul d CFC untuk sesi pengucapan umum oleh calon pro-m, Sdra.Herry Anto dan Sdri.Nurul Aida.

Kempen di CFC turut dihadiri oleh pengarah Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Prof.Madya.Dr.Shariff A.K Omang. Menurut beliau, “mahasiswa layaknya bersuara dan menyatakan pendapat mereka juga masalah mereka dan pihak UMS layaknya untuk membantu dan menyelesaikan permasalahan yang diutarakan.

Pemimpin mahasiswa juga berperanan penting sebagai perantaraan antara mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti.” Menurut beliau lagi, beliau ingin lihat bakal kepimpinan mahasiswa berkempen dan beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak sabar untuk mengetahui siapa antara calon yang akan bertanding.

Perbincangan diantara mantan-mantan MPP dan calon-calon MPP pro-mahasiswa bersama Prof.Sharif ini turut berkisar tentang kampus dan pembangunan universiti. Banyak perkongsian tentang pembinaan UMSKAL dan permasalahan yang telah berkurun tidak dapat diselesaikan. Antaranya, Pro.Sharif turut menceritakan tentang kemilikan bangunan UMSKAL yang masih lagi kepunyaan kerajaan dan belum lagi dipindah milik menjadi antara sebab utama pembangunan tidak dapat dijalankan. Mantan MPP terus mencadangkan agar penukaran kemilikan bangunan dipercepatkan agar ia tidak menjadi persoalan dan permasalahan yang berulang kali dibincangkan.

KEMPEN DI KOLEJ KEDIAMAN MAHASISWA BETA DAN ALPHA

“Hidup hidup mahasiswa, bangkit bangkit mahasiswa” inilah slogan yang dilaungkan ketika perarakan mengelilingi kawasan kediaman mahasiswa. Tidak ketinggalan laungan “Mari kita turun mengundi” turut membingitkan keadaan pada malam perarakan tersebut. Perarakan olen calon dan penyokong pro-m telah dijalankan selepas habis sahaja pengucapan di CFC.

Respon yang diberikan oleh mahasiswi di kolej kediaman beta dikatakan baik dan mendapat sambutan ramai. Tidak lupa juga respon negatif yang pihak penyokong pro-m yang menjerit ”woi..! diamlah...!” telah dilaporkan.

Penulis berasa sangat pelik dengan laporan tersebut. Melantik pemimpin yang baik itu satu kewajipan semua rakyat kerana mereka jugalah yang akan menjadi agen yang akan membela nasib mahasiswa kelak. Sebab itu, pro-mahasiswa ingin membawa kesemua masyarakat kampus untuk turut merasai kepentingannya dan peka terhadap transformasi kepimpinan mahasiswa yang sedang diperkatakan dan dijalankan. Pihak pro-m menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu kempen adalah semata-mata ingin menyatakan kepentingannya memilih pemimpin yang baik dan juga ingin memberi kesedaran kepada mahasiswa agar memandang berat akan hal ini. Semangat untuk membela hak mahasiswa juga ingin dilahirkan didalam hati semua mahasiswa bagi mencetus solidariti mahasiswa kearah perubahan.

Mahasiswa berkualiti bukanlah seorang yang hanya semata-mata mendapat tinggi pointer, malah mahasiswa ini turut seorang yang berkredibiliti tinggi yang sebenarnya bakal menerajui kepimpinan negara akan datang.

Baca seterusnya...

Kontroversi Kerusi SSIL Berakhir Sudah....?

Justify FullWalaupun telah berbagai cara yang telah dilakukan oleh Sdra.Eshwara bagi mempertahankan dirinya untuk bertanding MPP di kerusi SSIL, namun tetap tidak berjaya. Menurut sahabat beliau, petisyen yang telah diedarkan dapat mengumpulkan tanda tangan sebanyak 230 orang mahasiswa dari Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL) yang juga merupakan 70% dari jumlah sebenar mahasiswa SSIL. Ini sudah cukup menunjukkan mahasiswa SSIL secara majoritinya tidak menyokong Sdri.Tan (yang telah membuat bantahan terhadap Sdra.Esywara) untuk naik mewakili mereka (SSIL).

Menurut Sdra. Eshwara lagi, beliau turut mendapat sokongan dari Timbalan dekan SSIL bagi meneruskan pengumpulan petisyen mahasiswa. Antara hujah yang ingin ditegakkan bagi mempertahankan sebab asal beliau terus berjuang untuk bertahan di kerusi SSIL adalah disebabkan pra-syarat wajib bagi individu yang ingin bertanding di kerusi MPP yang kurang wajar. Ini kerana wajibnya individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi MPP dan JAKMAS wajib mengikuti 'Kursus Asas Kepimpinan' yang dianjurkan oleh HEP tidak tersebar cukup luas sehingga mahasiswa semua maklum dengan jelas. Selain dari itu, HEP juga tidak mengeluarkan notis yang menyatakan pra-syarat wajib di mana-mana notis sekitar kampus. Walaupun MPP ada mengeluarkan notis makluman berkenaan, namun ia agak lewat iaitu 3 hari sebelum kursus berjalan.

Apabila penulis bertanyakan kepada mantan naib presiden MPP KAL mengenai perkara ini, beliau memberi respon bahawa beliau baru sahaja mendapat maklumat tersebut pada hari itu dan bertindak secara langsung dengan mengeluarkan notis berkenaan.


Lalu, apa sebenarnya niat pihak pentadbiran UMS dengan bertindak demikian? perkara sebegini tidak patut terjadi. Memandangkan kepada beberapa faktor:

  1. Pilihanraya Kampus (PRK) adalah acara tahunan yang dijalankan oleh UMS bagi menruskan kesinambungan kepimpinan tertinggi mahasiswa. Seharusnya perkara kesilapan kecil begini tidak berlaku memandangkan ia sepatutnya ada penambahbaikan dari tahun ke tahun.
  2. Transformasi kepimpinan MPP sepatutnya berlangsung pada Oktober 2009 telah ditunda 3 bulan kemudiannya. Sepatutnya pihak penganjur (UMS) telah membuat persediaan yang lebih mantap memandangkan tempoh persediaan lebih panjang.
  3. Pra-syarat wajib bagi mahasiswa yang ingin bertanding kerusi MPP seharusnya ditetapkan awal memandangkan ia berkait rapat dengan peraturan dan ketetapan pihak universiti.
  4. Pra-syarat dan juga peraturan PRK seharusnya ditetapkan dan tidak diubah sesuka hati tanpa mendapat persetujuan ramai dan tanpa memaklumkan kepada mahasiswa. Ini adalah berkaitan dengan mahasiswa dan mahasiswa berhak tahu lebih awal. Begitu juga banner makluman tarikh PRK yang agak lewat dikeluarkan dan hanya digantung sehari sebelum pembubaran MPP sesi 2008/2009.
  5. Jika kurang dari 20% mahasiwa yang maklum tentang pra-syarat wajib bertanding kerusi MPP, HEP atau pihak pentadbiran universiti sepatutnya menarik balik peraturan tersebut. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan sistem demokrasi yang diamalkan negara kita. Iaitu mahasiswa berhak memilih pemimpin yang mereka suka.


Begitu juga yang telah berlaku kepada Sdra.Eshwara yang sememangnya tidak maklum tentang pra-syarat bertanding MPP tersebut dan telah dibantah dari bertanding di kerusi MPP SSIL. walaupun demikian, ramai mahasiswa kurang berpuashati terhadap perkara ini memandangkan Sdri.Tan seharusnya berani bertanding dalam memperjuangkan idealisma dan perjuangan sebagai seorang yang ingin menjadi pemimpin mahasiswa. Tindakan membantah Sdra.Eshwara telah menyebabkan ramai mahasiswa SSIL bertindak menandatangani petisyen edaran bagi membolehkan Sdra.Eshwara terus bertanding. Petisyen tersebut telah dihantar kepada Pengarah Kampus, Prof. Madya Dr. Shariff A.K. Omang yang juga Pengarah yang mengendalikan PRK sesi kali ini. Walaupun memang menjadi hak Sdri.Tan yang layak untuk membantah, mahasiswa tetap mengharapkan persaingan yang adil.

Apa-apa pun, Sdra.Eshwara mengatakan bahawa sekiranya beliau tetap tidak berpeluang bertanding MPP, beliau tetap akan meneruskan langkah bagi menduduki kerusi Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Informatik Labuan (PMSSIL). Tahniah kerana berani mencuba! Semangat mahasiswa yang beginilah yang pro-mahasiswa inginkan. Semangat mahasiswa yang berani memperjuangkan hak dan suara mereka. Pihak pro-mahasiswa tidak menyangka masih ramai lagi mahasiswa yang tidak hanya menunduk ibarat haiwan yang dicucuk hidung. Hanya mengikut arahan.

Baca seterusnya...

Memorandum BANTAH e-undi


Pada hari Rabu, 20 Januari 2010 yang lalu, mantan MPP UMSKAL telah menyerahkan memorandum, referandum dan Kertas Kerja "Kajian Sistem E-undi dalam PRK" bagi membantah e-undi kepada Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA, Yg. Bhg. Prof.Dr. Hj.Kassim Hj.Mansur, selepas majlis pembubaran MPP sesi 2008/2009 yang bertempat di Ballroom, Kompleks Beli-belah One-Borneo. Penyerahan memorandum membantah e-undi yang dibawa oleh Sdra.Mohd Abdillah Bin Matlin, mantan Naib Presiden MPP UMSKAL dan Sdri. Qatrun Nada, mantan Exco 3K MPP UMSKAL telah disambut baik oleh pihak TNC HEPA.

Prof.Kassim telah menyatakan rasa bersetuju terhadap sistem manual yang digunakan di dalam pilihanraya umum negara yang melambangkan sistem demokrasi. Beliau turut menyatakan bahawa, e-undi diaplikasi dalam pilihanraya kampus (PRK) UMS, semenjak 2 tahun yang lalu adalah disebabkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ingin menyelaraskan sistem e-undi supaya digunakan di seluruh IPTA/S.
Walaubagaimanapun, sistem e-undi dibantah daripada digunakan diseluruh kampus adalah disebabkan banyak aspek, Antaranya:

1. Undian tidak lagi menjadi rahsia apabila maklumat pengundi telah direkodkan sebaik sahaja pengundi mendaftar untuk mengundi. Ini mencabuli seksyen 52 (a) dan (b), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang memberi hak memilih calon secara rahsia,
2. Ruang untuk sistem ini dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu seperti HEP adalah sangat besar kerana tiada sistem pengawalan (security) yang benar-benar diyakini. Sistem ini juga terdedah kepada berlakunya jenayah siber,
3. Kos yang sangat tinggi untuk membangunkan sistem ini,
4. Masalah keboleh upayaan dan pengundian akan ditangguhkan apabila berlaku masalah tergendala, black-out dan sebagainya. Ini akan lebih mendedahkan kepada pencerobohan luar,
5. Pencabulan hak mahasiswa dan demokrasi kampus.

Apabila ruang-ruang manipulasi terbuka, maka sistem ini tidak lagi telus untuk digunakan. Malah ia sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang menjadi tradisi kepada negara kita Malaysia. Sekaligus ia turut mencabul hak-hak kebebasan seseorang rakyat itu yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Justeru, berdasarkan keraguan ini, mahasiswa menuntut agar sistem pengundian e-voting segera dimansuhkan oleh pihak universiti dan mengembalikan sistem manual.

Oleh yang demikian, mantan MPP UMSKAL sesi 2008/2009 telah menyatakan beberapa tuntutan :

1. Mewujudkan satu badan pemantau yang bebas dan tidak bekepentingan, bagi memantau pilihanraya kampus di seluruh kampus. Badan ini mestilah dianggotai oleh individu-individu yang bebas seperti ahli-ahli akademik, wakil mahasiswa, suruhanjaya luar dan sebagainya.
2. Mengkaji semula sistem pelaksanaan e-undi dan seterusnya memansuhkannya bagi menjamin pilihanraya kampus yang adil dan telus. Sistem ini secara jelas dan terang melanggar prinsip, hak dan keadilan di dalam demokrasi kampus.
3. Memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara di dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisma tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universit dan Kolej Universiti (AUKU).

Tuntutan lain sekiranya e-undi masih dilaksanakan :

1. Calon dan ejen calon dibenarkan untuk berada di kawasan pembuangan undi dan melihat bagaimana sistem pengiraan undi dilakukan.
2. Memastikan wujudnya badan bebas atau NGO (SUHAKAM, SPRM, dll) untuk memantau, membuat penilaian, dan audit terhadap sistem e-undi.
3. Memastikan sistem tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
4. Calon atau ejen calon diberi taklimat khusus dan lebih terperinci tentang sistem yang akan digunakan, termasuklah bagaimana mengenalpasti sesuatu server itu kosong sebelum pengundian dijalankan.
5. Jaminan tiada sebarang gangguan teknikal semasa proses pengundian dilaksanakan. (cth: bekalan elektrik terputus, gangguan sistem wireless, dll).
6. Memohon untuk diadakan simulasi perjalanan e-undi, bermula daripada fasa pengundian sehingga fasa pengiraan undi.

Berikut merupakan antara beberapa tuntutan yang dimuatkan didalan memorandum yang diserahkan kepada Prof.Kassin, TNC HEPA UMS. Dilaporkan juga, bahawa UMS telah menjalankan simulasi e-undi di kampus induk dan respon yang diperoleh daripada beberapa mahasiswa di kampus induk telah menyatakan bahawa sistem e-undi tersebut masih lagi mengalami beberapa kekurangan dan tidak mesra pengguna.

Antara yang dinyatakan adalah sistem tersebut berlaku ketidakadilan terutama kepada pengundian calon JAKMAS, dimana mahasiswa yang tinggal di kolej kediaman lain turut dipaparkan papan undi bagi pengundian calon JAKMAS kolej yang lainnya. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa lain turut boleh mengundi calon JAKMAS kolej kediaman lain, padahal JAKMAS hanya boleh mendapat undian oleh mahasiswa yang menginap di kolej berkenaan sahaja.

Demikian, sedikit laporan mengenai BANTAH e-undi yang telah dilaksanakan oleh mantan MPP UMSKAL sesi 2008/2009 pada minggu lalu.

Baca seterusnya...

Suasana Hari Penamaan Calon



Hari penamaan calon bagi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) pada 22 Januari 2010 bermula pada jam 9.00pagi hingga 11.00pagi. Tempoh bantahan bagi calon sehingga 12.15 tengah hari bertempat di bilik Seri Menanti.

Kesibukan dan kegusaran terasa oleh calon-calon yang akan bertanding apabila beberapa kali perlu mengisi semula borang penyertaan disebabkan beberapa kesilapan kecil. Namun, itu tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus bertanding dengan tekad dan semangat yang tinggi. Senior-senior turut membantu dan bertindak sebagai fasilitator bagi menyemak semula borang dan mengurangkan rasa gementar calon.

Suasana menjadi semakin kecoh apabila Sdri.Tan Lay Yen bertindak untuk membantah calon lawannya Sdra.Eshwara yang turut mengisi borang dan bertindak untuk bertanding di kerusi yang sama, iaitu kerusi Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL). Menurutnya, beliau bertindak membantah Sdra.Eshwara adalah disebabkan beliau tidak menyertai 'Kursus Asas Kepimpinan' yang dikatakan prasyarat wajib bagi individu yang ingin bertanding di kerusi-kerusi MPP dan JAKMAS. Malangnya bagi Sdra. Eshwara, kerana bantahan yang dibuat oleh Sdri. Tan telah diterima dan menyebabkan Sdra.Eshwara tidak dibenarkan bertanding seterusnya menjadikan Sdri.Tan memenangi kerusi SSIL tanpa perlu bertanding.

Antara calon lain yang turut mendapat bantahan adalah calon pro-aspirasi iaitu Sdra.Nadil Asakil. Begitu juga Sdra.Bernard yang merupakan calon bebas, telah mendapat bantahan yang disebabkan tidak melengkapkan borang penyertaan untuk bertanding di kerusi umum sebaik-baiknya. Namun begitu mereka tetap dibenarkan untuk terus bertanding dan bantahan yang dibuat telah ditolak.

Pada jam 2.30 petang telah diadakan pengumuman dan pengesahan calon yang akan bertanding. Calon yang dipertandingkan hanyalah calon MPP kerusi umum, dimana hanya 2 buah kerusi yang ditawarkan berbanding 4 orang calon yang yang bertanding merebut kedu-dua kerusi tersebut. Berbeza pula di kerusi SPKAL yang telah dimenangi oleh Sdra. Alex yang merupakan calon bebas, seterusnya Sdri.Kahirul Bariyah, dan Sdri.Paezah Andilala yang merupakan calon pro-mahasiswa, telah menang ketiga-tiga kerusi tanpa bertanding. Situasi kerusi JAKMAS yang dipertandingkan pula boleh dikatakan sangat pelik memandangkan kerusi JAKMAS ALPHA yang dipertandingkan sebenarnya adalah sebanyak 9 kerusi, tetapi calon yang bertanding adalah seramai 5 orang. Begitu juga kerusi JAKMAS BETA MUTIARA yang dipertandingkan yang sebenarnya adalah 12 buah kerusi, akan tetapi calon yang mengisi borang hanyalah 2 orang. Semuanya menang tanpa perlu bertanding.

Penulis mendapati satu kelainan gelombang pilihanraya kampus(PRK) UMSKAL
sesi kali ini yang terasa segelintir mahasiswa seperti kayu basah yang masih belum boleh digunakan untuk menyalakan api. Apakah benar begitu? atau mahasiswa sudah mula muak dengan kerenah pihak pentadbiran universiti yang menyekat tindakan pemimpin mereka sesi sebelum ini? biarpun menjadi pemimpin mahasiswa, apa lagi yang boleh mereka lakukan, jika sekiranya mereka masih lagi dikawal pergerakan dan pemikiran? Lantas, penulis tertanya-tanya jenis kepimpinan yang bagaimanakah pihak pentadbiran universiti ingin lahirkan sebenarnya?

Jika begini keadaannya, tidak hairanlah mahasiswa cenderung memilih pro-mahasiswa sebagai satu medan atau wadah mereka untuk melepaskan apa terbuku dalam diri mereka dan berfikir juga bertindak dengan lebih bebas dan terbuka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak walaupun masih merujuk kepada akta universiti dan kolej universiti (AUKU).

Di peringkat Pro-Mahasiswa yang amat menyedari keadaan ini telah memanaskan malam pengenalan calon dengan gelombang Oren dan laungan "hidup hidup mahasiswa, bangkit bangkit mahasiswa'. Perarakan oleh calon dan penyokong pro-mahasiswa dari dewan theatrette ke cafetaria telah dijalankan selepas sesi pengenalan calon supaya mahasiswa sedar bahawa memilih pemimpin yang baik itu sangat penting dan pilihan itu berada di tangan mahasiswa. Di Cafetaria Food Court (CFC) turut diadakan pengucapan umum oleh calon Pro-Mahaiswa di kerusi umum, bagi menjelaskan dan menyampaikan perjuangan dan idealisme bagi sesi kepimpinan mereka akan datang InsyaAllah iaitu Sdra.Herry Anto dan Sdri. Nurul Aida. Sesi pengucapan tersebut telah mendapat sambutan baik dari semua mahasiswa yang berada di sana. Diharap, mahasiswa akan datang sedar akan peri pentingnya memilih pemimpin yang berkualiti bagi memperjuang hak-hak dan kebajikan mahasiswa bersama. SELAMAT MENGUNDI! Undilah Calon Kerusi Umum Pro-Mahasiswa!

Baca seterusnya...

"Mahasiswa Semakin Menerima PRO-M" - Pengerusi PRO-M UMSKAL

Bahang pilihan raya kampus semakin terasa dengan berlangsungnya proses penamaan calon dan pengenalan calon semalam. Walaupun secara pribadi saya merasakan bahawa proses pilihan raya kali ini agak hambar kerana selain kerusi umum, semua kerusi yang dipertandingkan menang tanpa bertanding. Lebih-lebih lagi, pencalonan kerusi JAKMAS tidak menjangkau 50% kerusi yang berjaya dipenuhkan. Perkara ini perlu mendapat perhatian dan kajian semula daripada semua pihak tentang prestasi kesedaran politik kampus dalam kalangan mahasiswa UMSKAL.

Meskipun begitu, saya amat berbesar hati dengan sokongan dan penerimaan mahasiswa terhadap kehadiran PRO-Mahasiswa di kampus ini. Perkara ini dapat saya rasakan sebelum pembubaran MPP sesi kepimpinan lalu lagi. Buktinya bermula dengan sambutan baik mahasiswa terhadap perjuangan MPP pro-M dalam usaha menyelesaikan isu air sehinggalah proses pengenalan calon yang menyaksikan gelombang oren yang semakin menyerlah.

Kehadiran PRO- Mahasiswa di kampus ini yang baru melalui 2 sesi pilihan raya kampus, mendapat pelbagai respon positif dan negatif daripada semua pihak khususnya pihak pentadbiran universiti, pihak aspirasi dan mahasiswa itu sendiri. Dalam usia yang masih merangkak ini, Pro-M sangat- sangat berpuas hati dengan sambutan mahasiswa terhadap proses penerangan yang kami jalankan. Lumrahnya proses merangkak, pasti banyak kelompangan yang berlaku. Jatuh bangun, silap salah, semuanya akan kita muhasabahkan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Ternyata mahasiswa UMSKAL bukan lagi mahasiswa lesu yang hanya bisu seribu bahasa. Rupanya disebalik keperitan hidup yang dirasai semester lalu, banyak membuka mata dan menyerlahkan kredibiliti dan potensi mahasiswa KAL yang sebenarnya.

Saya mewakili Pro-Mahasiswa UMSKAL merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua mahasiswa. Teruskan dengan sokongan padu anda, kita dokong perjuangan PRO-M sehingga disegani oleh kawan dan lawan. Suara Mahasiswa bukan suara murahan yang hanya dipandang sebelah mata, kebajikan kita, kita yang perjuangkan!


“Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa”


Mohd. Abdillah Matlin Pengerusi Pro-Mahasiswa UMSKAL

Baca seterusnya...

Mara Pro-M UMSKAL Penuh Semangat



Bangkitlah pejuang bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Meneruskan langkah perjuangan
Suara dan harapan mahasiswa

Kobarkan dirimu kobarkan
Kentalkan jiwamu kentalkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga tertegak kebenara

Nyahkan rasa takut dan gentar
Robohkan segala kebatilan
Perjuangan harapan bersama
Untukmu varsiti tercinta

Bangkitlah Pro Mahasiswa!

Baca seterusnya...

IPT Tidak Boleh Sekat Kebebasan Bersuara Mahasiswa

KUALA LUMPUR: Pentadbiran universiti tidak boleh menyekat kebebasan bersuara mahasiswa yang disuarakan melalui sudut pidato yang diwujudkan kembali selepas diharamkan pada 1971.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mengingatkan pentadbiran universiti supaya tidak menghalang ‘kebebasan’ itu dengan menetapkan pelbagai syarat bagi mahasiswa yang ingin bersuara.

“Sudut pidato adalah satu kejayaan suara mahasiswa, oleh itu, pihak universiti perlu memberi kepercayaan kepada pelajar menguruskannya dan juga beri kebebasan mereka bercakap.

“Jangan terlalu banyak sangat syarat kepada mereka (mahasiswa) untuk menggunakan sudut pidato... saya dengar ada universiti suruh mahasiswa isi borang tertentu dan sebagainya terlebih dulu, ini (sudut pidato) bukannya pertandingan.

“Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepada mahasiswa untuk menggunakan sudut pidato, tetapi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti boleh memantaunya,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Selepas hampir tiga dekad sudut pidato diharamkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Kebangsaan Malaysia (USM) menjadi perintis kepada program itu selepas ia diperkenalkan kembali tahun ini.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Zaini Ujang, bagaimanapun berkata, pelajar perlu bertanggungjawab terhadap apa yang disampaikan dan bersedia menerima hukuman sekiranya melanggar garis panduan ditetapkan universiti.

Sumber: Berita Harian

Baca seterusnya...

Pro Mahasiswa Kuasai MPP UMT


Kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan memenangi pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung semalam.

Dalam pemilihan yang keputusannya diumumkan lewat petang semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.

Setiap fakulti masing-masing menyediakan dua kerusi dan empat kerusi lain adalah kerusi kategori umum.

MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.

MPT merupakan antara IPT awam baru ditubuhkan di negara ini.

Pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi merupakan dua ikatan tidak formal utama mewakili pelajar-pelajar IPTA dalam pilihan raya kampus IPTA. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.

Jurucakap Kumpulan Pro-Mahasiswa yang dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan ini kali pertama pihaknya berjaya “memecahakan tradisi kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi.”

“Kejayaan ini menunjukkan pelajar di universiti ini juga mahukan perubahan dalam kepimpinan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar... mereka kelihatan kecewa dengan kepimpinan MPP sebelum ini,” katanya.

UMT merupakan antara IPTA yang sedang mengendalikan pilihan raya kampus.

Pengundian universiti itu dijalankan menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi), yang dipertikaikan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.

Sebahagian besar universiti awam tempatan akan mengadakan pemilihan MPP secara berperingkat mulai bulan ini bagi semester pengajian 2009/2010 — pendekatan yang digunakan sejak sesi pengajian lalu.

Selain UMT, universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia.

Bagaimanapun pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia sudah pun berlangsung semester lalu dan dikuasai oleh kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa.

Pada sesi pengajian lalu kumpulan Pro-Mahasiswa hanya menguasai dua universiti, bakinya oleh Pro-Aspirasi.

MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu SMM, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).

Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.

Jumaat lalu, Misi-10 juga mengemukakan empat tuntutan iaitu menyediakan ruang demokrasi yang bebas dan adil di semua kampus, mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa berhimpun, bersuara dan berpersatuan dan kebebasan akademik, pelaksanaan sistem e-undi dimansuhkan serta menjaga keselamatan calon dan mahasiswa dalam proses pilihan raya.

www.themalaysianinsider.com

Baca seterusnya...

Helah dan Taktik Aspirasi

Sumber Artikel : Pro-Mahasiswa UTHM

KEM DI SEGAMAT

Pada 1hb-3hb/1/2010 yang lalu, pihak HEP telah mengadakan suatu program di Segamat. Kita dipihak Pro Mahasiswa telah mengetahui perkara ini. Sememangnya ada peserta-peserta yang dihantar pulang dan ditukarkan ke program yang lain yakni di Terangganu. Di situ juga terdapat program universiti. Menurut sumber, peserta-peserta yang dihantar pulang atau ditukarkan ke program tersebut kerana mereka kelihatan seperti individu yang mencurigakan Jawatankuasa perlaksana.

Peserta-peserta di program berkenaan juga di-doktrin oleh pihak HEP agar bertanding Pilihanraya Kampus yang akan datang ini. Ada juga peserta yang tidak mahu, tetapi mereka telah dipaksa juga bertanding. Ini kerana peserta tersebut telah pun dimasukkan kedalam program itu.

Pihak Jawatankuasa pelaksana program juga kuatir akan segala tipu muslihat mereka tebongkar, maka mereka memaksa peserta-peserta tersebut agar merahsiakan segala pengisian dalam program tersebut. Segala telepon bimbit, kamera dan peralatan rakaman dirampas seketika oleh Jawatankuasa pelaksana program.

Salah seorang penyokong ProM UTHM berkata, beliau mendapat maklumat dimana pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan beberapa peraturan Pilihan Raya Kampus bagi setiap kampus dan salah satunya adalah " setiap calon yang ingin bertanding hendaklah menghadiri bengkel calon yang di buat oleh pihak Universiti" . Dan tambahan, secara terangan rakan MPP beliau tersebut mengatakan pihak KPT buat mcm tu supaya pihak PRO-M tidak dapat bertanding disebabkan calon proM tidak akan diajak untuk menyertai bengkel tersebut.

Begitu jahatnya serangan-serangan yang di'tembak' kepada mahasiswa-mahasiswa yang mempunyai kesedaran tentang peranan dan hak mereka sebagai pelajar universiti. Pihak-pihak atasan begitu takut akan kebangkitan mahasiswa-mahasiswa. Tidakkah meraka tahu, dari aktivis mahasiswa lah yang menjelmakan individu-individu hebat didalam negara. Salah seorang daripadanya ialah Tun Dr Mahathir.

Persoalan yang dilontar oleh pembaca-pembaca juga cukup meragukan kita semua.
Dimana mereka dapatkan duit untuk program tersebut?
Kemana perginya belanjawan yang khas untuk kebajikan mahasiswa?
kemana perginya belanjawan untuk kelab-kelab mengadakan program-program?


Sama-sama kita fikirkan bersama.

-Mahasiswa nadi Universiti-


Di peringkat Pro Mahasiswa UMSKAL, kita juga menghadapi masalah yang sama. Nampaknya gerak laku aspirasi lebih kurang sama juga di semua universiti. kita akan dedahkan satu persatu ketidaktelusan yang berlaku. Semua Mahasiswa wajar diberitahu.

Kepada calon-calon aspirasi yang bakal bertanding pilihan raya kampus, pihak pro-m mengajak anda semua berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk bersama dengan aspirasi, terlalu banyak kepincangan yang berlaku, pembelaan hak mahasiswa sewajarnya diutamakan.


"Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa"

Baca seterusnya...

Resolusi Jangka Pendek Masalah Air: Janji JBA dan UMS kepada Mahasiswa

Satu Mesyuarat Bersama Jabatan Bekalan Air (JBA) pada 30 Disember lalu, di bilik persidangan Tingkat 4, Wisma Perbadanan Labuan. Beberapa resolusi jangka pendek telah dijanjikan oleh pihak JBA dan pihak UMS disuarakan kepada wakil pelajar yang hadir sama iaitu Sdra. Mohd Abdillah Matlin dan Sdri. Qatrun Nada Mohd. Latfi. Berikut adalah kehadiran dalam mesyuarat tersebut:

* Yg.Bhg.Datuk Yusof Mahal,Ahli Parlimen Labuan
* Yg.Bhg.Dato’ Hj. Ahmad Phesal Bin Talib,Ketua Setiausaha, KWP – pengerusi mesyuarat
* Yg.Bhg.Dato’ Basiran Bin Saban, Ketua Pengarah Eksekutif, Perbadanan Labuan
* En.T. Ahmad Bin. T.Muda,Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif, (Operasi)
* En. Jusoh Bin Saleh,Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif, (Pembangunan)
* Muhammad Farid Zulkipli, Jabatan Pembangunan UMS
* Ir.Mohd Roslee Mohd Ali Lee,Pengarah Jabatan Pembangunan UMS
* Yong Fook Sinn,PP (infra), Perbadanan Labuan
* Nor Rahman Mustaffa,PP Perancang, Perbadanan Labuan
* En.Mohd Zamri Bin Mohamad Tuah,Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMSKAL
* En.Mohd Azrie B. Ag. Tanjong,Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan UMSKAL
* Dato’Sulaiman Kamisan,Pengarah Jabatan Bekalan Air W.P.Labuan
* En.Madum B. Abd Malik,Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran, JBA, W.P.Labuan
* En.Shahrullizam,Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran, JBA, W.P.Labuan
* Sdra.Mohd Abdillah Bin Matlin,Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, UMSKAL
* Sdri.Qatrun Nada Binti Mohd Latfi,Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan, Majlis Perwakilan Pelajar, UMSKAL


Berikut Sedikit Catatan daripada mesyuarat tersebut:

* Air tidak boleh disalurkan ke tangki cendawan adalah disebabkan bekalan air yang ada tidak mencukupi untuk menimbulkan tekanan yang cukup bagi pengaliran keatas. Selain dari kapasiti tangki yang sangat besar dan memerlukan air yang banyak untuk dipenuhkan.

* Cadangan adalah supaya air disalurkan terus dari loji sg.pagar ke ’balancing tank’ yang terletak di setiap blok kediaman pelajar.

* Cadangan juga supaya menjalankan pembinaan saluran paip dari 'balancing tank' ke tangki atas blok disamping membina pam pengaliran air.


Melalui pembentangan JBA tersebut, kita menyimpulkan bahawa semester ini, sekurang-kurangnya, air akan disalurkan ke Tangki di dalam blok kediaman masing-masing, sekaligus melegakan pelajar dengan harapan tidak perlu lagi mengangkat air dari tangki bawah. Pihak JBA telah menetapkan pada 5 Januari diadakan mesyuarat perancangan teknikal untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan paip, malah dimaklumkan proses pembinaan paip dan pemasangan tangki mengambil masa lebih kurang sebulan sahaja.

Yang menjadi persoalannya kini, Sehingga artikel ini ditulis, Langsung tidak ada kerja-kerja pemasangan yang dapat diperhatikan di blok-blok kediaman pelajar seperti yang mereka janjikan.

Menurut Sdra Abdillah, pihak mereka akan menghubungi pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah ini secepat mungkin dan sekiranya tidak ada sebarang tindakan segera yang dilakukan, Pihak mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan mahasiswa dan menjemput media arus perdana untuk menyatakan keperitan hidup mahasiswa UMSKAL dengan ketiadaan bekalan air ini.

Beliau juga mengharapkan kerjasama padu daripada semua mahasiswa UMSKAL untuk menyokong dan sama-sama mendesak untuk selesaikan masalah yang telah memberikan impak negatif kepada semua selama lebih satu semester. Hak Mahasiswa perlu dibela, lebih-lebih lagi melibatkan keperluan asas seorang manusia.

Baca seterusnya...

KEMUKAKAN SUARA ANDA...!



Baca seterusnya...

Mahasiswa Derita


Salah satu luahan profesional daripada Mahasiswa (Pengerusi Kelab Debat UMSKAL) melalui profile facebook link beliau yang mengalami sendiri keperitan hidup dengan masalah air yang tak kunjung selesai. Diharap semua pihak mengambil perhatian.

p/s Sebarang komen, pandangan dan luahan rasa daripada pihak mahasiswa UMSKAL, boleh emailkan kepada admin untuk dipaparkan di dalam blog ini. Diharap dengan suara-suara desakan kita, perkara ini tidak dipandang sebelah mata.

Baca seterusnya...

KU BERI MADU, TUBA JADI BALASAN

Itu lah ungkapan yang dirasa sesuai disandarkan kepada wakil MPP UMSKAL saudari Qatrun Nada Binti Mohd Latfi (Exco 3K) setelah berusaha dan bertungkus-lumus menghantar memorandum dan kertas cadangan berkaitan permasalahan air di seluruh Labuan ke Putrajaya bagi mempertahankan hak-hak masyarakat Labuan umumnya dan khususnya mahasiswa/I UMSKAL. Tindakan beliau ini telah menyebabkan beliau akan dibicara dan bakal dikenakan tindakan tatatertib.

Menurut Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah(MPPUMS) saudara Azrul bin Ibrahim, tindakan saudari Qatrun Nada tersebut adalah tindakan individu yang sama sekali tidak melibatkan nama Majlis Perwakilan Pelajar. Kenyataan ini nampaknya agak sinis apabilaPresiden MPPUMS sendiri menyatakan demikian. Seolah-olah tidak nampak keserasian ataupun sokongan daripada MPPUMS kepada MPPUMSKAL itu sendiri. Situasi ini sekaligus memberitahu kita bahawa pihak Presiden MPPUMS tidak memandang masalah air yang dihadapi oleh mahasiswa KAL dari kaca mata kesusahan mahasiswa yang mengalaminya sebagaimana pihak MPPUMSKAL hadapi.

Walaubagaimanapun, delegasi yang dilakukan ke Putrajaya tersebut adalah atas arahan Naib Presiden MPP UMSKAL Pro-Mahasiswa (Pro-M) sendiri iaitu saudara Mohd Abdillah Bin Matlin. Beliau memaklumkan bahawa, hal ini dilakukan kerana tiadanya tindakan penyelesaian masalah air di UMSKAL dijalankan walaupun perjumpaan bersama presiden MPPUMS semester lepas telah dibuat. Lantaran itu, Saudara Mohd. Abdillah bersama barisan kepimpinan Pro-M MPPUMSKAL memutuskan agar tindakan menghantar memorandum dan kertas cadangan dihantar terus kepada Perdana Menteri Malaysia.

Lantas, jika kita amati, wajarkah tindakan berani tersebut dipandang sebelah mata, malah seolah-olah satu kesalahan besar telah dilakukan oleh perwakilan pelajar tersebut? Kini terdengar pula khabar yang mengatakan, berkemungkinan saudari Qatrun Nada akan dikenakan tindakan tatatertib ekoran kenyataan ‘lepas tangan’ yang dikeluarkan oleh Presiden MPPUMS tersebut. Sama-sama kita lihat apakah implikasi yang bakal terjadi daripada semua ini.

Baca seterusnya...

Kontroversi Pandangan dan Tindakan MPP

Pelbagai perkara yang berlaku selepas penghantaran memorandum dan kertas kerja cadangan ke putrajaya. Tidak dapat dielakkan apabila berlaku percanggahan pendapat juga tindakan di dalam MPP UMS itu sendiri. Namun begitu, tindakan berani oleh MPP UMSKAL menghantar memorandum dan kertas kerja cadangan kepada pihak kerajaan pada awal Disember yang lalu, telah menjadi persoalan di minda mahasiswa termasuk pihak pentadbiran universiti. Begitu juga di dalam MPP, dimana presiden MPP UMS sendiri memberi kenyataan tidak menyokong tindakan berani MPP UMSKAL sepenuhnya di blog persendiriannya:

Isu masalah air di Labuan

Kita sememangnya sedia maklum mengenai masalah air yang melanda Wilayah Persekutuan Labuan pada masa kini. Kita juga faham bahawa masalah air yang dihadapi bukan hanya melibatkan UMSKAL tetapi merangkumi seluruh Pulau Labuan.

Pihak UMS sebelum ini telah menyatakan usaha UMS untuk mengatasi masalah ini. Mereka menggariskan beberapa alternatif dan strategi bagi menyelesaikannya. Di pihak kerajaan juga ada menyatakan usaha kini dan akan datang.

Apapun usaha yang diambil oleh pihak UMS mahupun pihak kerajaan, saya sangat berharap agar pihak-pihak berkaitan, dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap segala usaha yang telah diambil oleh pihak pengurusan UMS selama ini. Kami di pihak MPP akan sentiasa berkerjasama dengan pihak UMS dalam apa jua usaha yang dilaksanakan untuk keselesaan para pelajar di universiti ini.

Berhubung dengan isu penghantaran memorandum salah seorang MPP KAL kepada YAB Perdana Menteri, saya ingin menjelaskan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan secara individu dan tidak mempunyai hubung kait dengan pihak MPP UMS. Saya sendiri berasa terkejut dengan tindakan beliau atas tindakan yang diambilnya.

Sememangnya di pihak MPP, kita melihat isu ini sebagai satu perkara yang mesti ditangani dengan kadar segera. Kita juga sentiasa mendapatkan maklumat daripada pihak UMS mengenai perkembangan semasa berkenaan isu ini terutamanya usaha pihak UMS dalam menanganinya.

Apa pun sebagai ketua persatuan, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau yang bertindak berani demi kebajikan semua mahasiswa KAL dan masyarakat setempat. Cuma caranya tidak tepat tanpa merujuk dan melalui UMS. Beliau tidak memaklumkan tindakannya ini kepada MPP UMS, sedangkan beliau meminta bantuan daripada persatuan luar dalam menangani isu ini. Kepada semua mahasiswa, jadikan ini sebagai pengajaran untuk kita menjadi seorang pelajar yang lebih baik pada masa akan datang. Maria kita sama2 doakan agar masalah air di Labuan dapat diatasi dengan kadar segera. Kepada pihak UMS, percepatkan projek seperti yang telah dinyatakan dan kepada pihak kerajaan, bantulah rakyat LABUAN dan seluruh warga yang ada di dalamnya.

Posted by siswaunggul.blogspot.com at 10:29 AM

Individu yang telah dimaksudkan beliau adalah Sdri.Qatrun Nada yang bertindak menghantar memorandum tersebut ke putrajaya. Dan, beliau turut memberi respon kenyataan presiden MPP UMS di dalam 'shoutmix' presiden MPP UMS, Sdra.Azrul bin Ibrahim.

qatrunnada88 said...

qatrunnada: assalamualaikum... salam ziarah... sy tak tau knape semua org sruh buka blog abg azrul... ade komen tntg sy diorg kate... shingga hari ni, bru sy tau stiap bait kata yg d komen utk sy...

qatrunnada: mgkn giliran sy pula utk bg komen tntg isu penghantaran memorandum... hmm... bg sy ckup lah usaha sy utk mmbantu msyrkt kampus dn masyarakat labuan... ckuplah sy rasa berdosa krn mlambatkn usaha sy...
1 Jan 10, 21:41

qatrunnada: ckuplah sy rasa berdosa mlambatkan tugas sy utk mmbantu mereka krn terlalu byk berfikir utk menjaga hati MPP dan HEP dn mlambatkn smuanya...
1 Jan 10, 21:43

qatrunnada: stiap org ahli dlm MPP sy fikirkn sblum lakukn ssuatu... ni kira ok sy hntr memorandum ke putrajaya... dn bukannya sy ikut skong demo yg student kmpus KAL ingin jlnkn ogos lalu..
1 Jan 10, 21:45

qatrunnada: yg trdiri dkalangan pelbagai bgsa dn kaum, gara2 1 semester terpaksa hdup ksempitan ktiadaan air...
1 Jan 10, 21:47

qatrunnada: apa yg MPP buat? bukn itu yg sy ingin tnya... tp, apa respon yg pres MPP bg? hmm.. ia ckup2 mengecewakn... dari permulaan hgga akhir, abg azrul asyik sebut tntg imej...imej...imej...imej...!
1 Jan 10, 21:48

qatrunnada: dptkah imej itu dbanding dgn kesusahan mhsswa KAL??? abg azrul kata sy sprti mmbuka kburukn ums... tp pd kmi, smua kburukn terserlah sjak msalah ktiadaan air bermula... smua mslh tu dketahui...
1 Jan 10, 21:54

qatrunnada: tiada lg rahsia... hmm...
1 Jan 10, 21:58

qatrunnada: terpulangla... sy bukanlah selayaknya nak menghukum... timbang tara d SANA lebih sy takuti... pd sy lebih baik berdiam diri drpd mempamerkan yg abg azrul menentang...
1 Jan 10, 22:07

qatrunnada: buatlah pertimbangan dgn melihat penderitaan 1 semester kami tiada air... jgn terlalu fikirkn imej shja seolah2 anda tdk pernah berada d tempat kami...
1 Jan 10, 22:10

qatrunnada: pd sy, kesilapan perlu dilakukn utk membuka mata smua pihak... dn biarlah sy tanggung kesusahan krnanya... terpulang kpd sesiapa yg ingin menyokong...
1 Jan 10, 22:12

qatrunnada: bukn shja delegasi ke putrajaya, malah delegasi ke pejabat menteri besar sabah yg juga dijalankan oleh naib presiden MPPKAL... pd tarikh dn wktu yg sama... krna ia bkn tndkn indvdu, tp tndkn MPPUMSKAL1
Jan 10, 22:34


qatrunnada: tidak salah bukan MPP UMSKAL dptkan sokongan luar memandangkan presiden MPP UMS sendiri tdk menyokong? kita sama2 lihat hasilnya...
January 1, 2010 10:31 PM

Di pihak editor blog promahasiswa UMSKAL berpendapat bahawa mahasiswa bukanlah alat yang boleh diperkotak-katikkan. Mahasiswa berhak mendengar dari semua pihak, lantas menilai mengikut pandangan sendiri yang mana baik dan yang mana buruk. Yang pastinya, tindakan MPP UMSKAL yang sedemikian pastilah bukan untuk mendapat nama atau kebaikan individu, bahkan untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan mahasiswa sangat optimis bahawa tindakan MPP UMSKAL pastilah mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri yang bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa atau menyalahkan sesiapa. Tetapi, kerana ingin mendapatkan satu resolusi dari pihak kerajaan tertinggi pusat mengenai permasalahan air di Labuan yang sekian lama membarah di kampus UMSKAL.

Baca seterusnya...

Demokrasi Kampus: Tiada Apa yang Boleh Diharapkan pada Tahun Baru 2010

Sedih dan sungguh memalukan. Itu sahaja ungkapan yang boleh saya luahkan tatkala menerima email terakhir daripada Prof Abdul Aziz Bari jam 1 petang semalam (31 Disember 2009). Email itu menyebut beliau mendapat surat amaran daripada pentadbiran UIAM agar tidak menyertai forum demokrasi kampus.

Apalah yang boleh dikatakan lagi dengan demokrasi kampus kita? Sudahlah mahasiswa dibelenggu dengan akta AUKU, disekat bersuara. Hari ini sekatan itu pergi pula kepada ahli akademik.

Kali ini, saya menjangkakan, kumpulan pro-HEP benar-benar mahu merampas semula kampus daripada kelompok pro-kebajikan mahasiswa. Memang serius.

Melalui maklumat dalaman yang saya terima di UM, figure-figure penting yang memenangkan kumpulan pro-Hep ketika dahulu, akan turun semula. Satu peringatan buat pro-mahasiswa.

Tidak waras

Saya tidak tahu, tahap kewarasan apa yang diguna-pakai oleh mereka ini. Kenapa begitu takut untuk membenarkan mahasiswa memberi pandangan. Mengapa begitu pengecut sehingga menggunakan ugutan lucut jawatan kepada ahli akademik yang lantang menyokong kebenaran.

Kali terakhir seingat saya, mahasiswa disekat daripada berforum adalah ketika berlangsungnya wacana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membincangkan mengenai AUKU.

Mahasiswa yang datang dari luar semuanya dihalang dan disekat masuk. Pintu pagar dikunci dari dalam. Pengawal keselamatan menahan pelajar dengan bermodalkan kata-kata “Saya menjalankan arahan”.

Paling terbaru, adalah penggunaan sistem e-voting di dalam PRK akan datang. KPT dan HEP berselindung disebalik ungkapan penggunaan sistem yang lebih mudah dan jimat.

Semua ini ilusi dan penipuan terang-terangan kepada mahasiswa. Dan mereka perlu bertanggungjawab dengan pencemaran demokrasi kampus yang berlaku ini.

E-voting dan mengundi di ‘bilik air'

HEP jangan jadi bodoh setelah membodohkan mahasiswa. Cukuplah kebodohan itu datang dari mereka sahaja. Jika nak mudah mengundi, saya cadangkan buat undian secara SMS.

Boleh mengundi di mana-mana, lagi mudah dan senang. Dalam bilik air pun boleh mengundi. Sebelum tidur, sebelum mata terpejam pun boleh taip undian kepada siapa.

E-voting jelas membuka ruang lebih tercemarnya demokrasi kampus. Kerahsiaan dan jaminan tiada. Setakat cakap bolehlah kerana benda belum terjadi lagi. Siapa boleh jamin sistem tidak diceroboh oleh orang lain?

Dan sekatan kepada forum baru-baru ini, adalah kemuncak ketidak warasan KPT dan HEP kepada mahasiswa dan ahli akademik. Di mana autonomi universiti yang dilaung-laungkan? Di mana kebebasan pindaan AUKU yang diura-urakan? Semua kosmetik dan palsu!

Berikan makna pada universiti

Mahasiswa jangan takut dengan tekanan. Universiti milik kita. Kita punya hak. Kita bayar dan kita ada suara.

Yakin dengan kuasa yang ada supaya tidak mudah diperbodohkan. Jangan jadi pak turut kepada mana-mana pihak yang berkepentingan. Jika tidak, tiada makna universiti pada mahasiswa.

*Aizat Salleh ialah exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan suka mengajak rakan aktivis kepada revolusi pemikiran vis-à-vis ‘Liberal Syariatik’. Malah dengan secawan kopi, beliau mudah berkongsi idea dan pandangan. Kini beliau menerajui Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (BANTAH).

Baca seterusnya...

Keperitan Mahasiswa UMSKAL Disampaikan kepada Kerajaan Pusat


Keperitan yang dialami oleh mahasiswa Kampus Antarabangsa Labuan(KAL) terhadap masalah air selama satu semester akhirnya telah sampai di meja pihak pimpinan tertinggi kerajaan di Putrajaya. Atas inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Antarabangsa Labuan (MPP UMSKAL) satu memorandum dan kertas kerja cadangan telah dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak oleh wakil MPP UMSKAL oleh Saudari Qatrun Nada Binti Mohd Latfi.

Memorandum, petisyen yang ditandatangani oleh 566 orang mahasiswa UMSKAL dan kertas cadangan ini telah dihantar ke Putrajaya pada 8 December 2009, bertujuan untuk menyuarakan masalah air yang di hadapi oleh mahasiswa KAL dan masyarakat Labuan. Delegasi ini telah mendapat sokongan dari pelbagai persatuan mahasiswa seluruh Malaysia. Antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM),Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS),Gerakan Demokratik belia dan pelajar Malaysia (DEMA),Pro-Mahasiswa, Markas siswa siswi Islam sabah dan Sarawak(MARSIS), dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN).

Seramai 6 orang dibenarkan masuk menghantar memorandum tersebut. Antaranya Presiden MPMN Mohd Ridhuan Mohammad, Saudara Helman, Presiden GAMIS iaitu suadara Idris bin Mohd Yussoff, Timbalan Presiden GAMIS saudara Shazni Munir, Pengerusi SIGMA GAMIS saudari Fasihah bt Mohd Fauzi, dan wakil MPP UMSKAL saudari Qatrun Nada bt Mohd Latfi. Memorandum diserahkan kepada pegawai khas PM iaitu Encik Huzairi bin Zainal Abidin

Tindakan delegasi tersebut mendapat respon dari semua pihak termasuklah media massa dan pihak-pihak yang prihatin. Panggilan telefon juga tidak putus-putus diterima oleh saudari Qatrun Nada selepas beberapa jam penghantaran memorandum tersebut.

Penghantaran memorandum kepada Ketua Menteri Sabah juga telah diadakan serentak oleh Naib Presiden MPP UMSKAL saudara Mohd Abdillah bin Mat Lin ke pejabat menteri besar sabah pada tarikh yang sama sewaktu penghantaran delegasi ke Putrajaya dijalankan.


Rentetan dari penghantaran memorandum kepada pihak tertinggi kerajaan, mesyuarat bersama YAB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Ketua Eksekutif Perbadanan Labuan, Penolong Bendahari kanan UMSKAL, Penolong pendaftar UMSKAL, ketua seksyen Kebajikan Pelajar UMSKAL, Penolong pengurus asrama kanan UMSKAL, Presiden MPPUMS, Setiausaha Agong MPPUMS, serta naib presiden dan exco kebajikan, kesihatan dan kemasyarakatan (3K) MPP UMSKAL telah diadakan pada 28 disembar 2009 bertempat di Grand Dorsett Hotel.

Natijah daripada penghantaran memorandum tersebut, satu mesyuarat khas bersama Jabatan Bekalan Air Labuan, Perbandaran Labuan, Perlembagaan dan Penyelengaraan UMS, JPP KAL, Penolong Kanan HEP serta naib presiden MPP UMSKAL dan Exco 3K telah diadakan 30 disember 2009 lalu. Hasilnya, kita telah dijanjikan beberapa penyelesaian jangka pendek terhadap isu air ini yang akan dilakukan sepanjang bulan januari 2010.

Presiden MPPUMS Saudara Azrul bin Ibrahim, dalam blog persendiriannya mengatakan bahawa beliau tidak menyokong tindakan saudari Qatrun Nada menghantar memorandum tersebut ke Putrajaya dan tindakan tersebut adalah tindakan individu dan bukannya tindakan bersama dari pihak MPPUMS. Kenyataan ini menjadi kontroversi yang sedang hangat dipersoal dan diperbincangkan di kalangan masyarakat kampus.

Saudari Qatrun Nada juga telah dimaklumkan bahawa beliau tidak tersenarai untuk menyertai delegasi MPP UMS ke Mesir atas alasan kekurangan bajet juga bagi meredakan keadaan. Selain itu, beliau juga turut diwar-warkan akan dikenakan tindakan tatatertib ekoran daripada tindakan beliau menghantar memorandum ke Putrajaya tanpa melalui pihak universiti.

Keprihatinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (MPP UMSKAL) terhadap mahasiswa/i untuk menyuarakan dan mempertahankan hak mereka dengan membuat delegasi penghantaran memorandum dan kertas cadangan ke pejabat Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Baca seterusnya...

Pelajar UM Bantah Kenaikan Yuran Kolej Kediaman

Kira-kira 50 mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkumpul di pejabat asrama Kolej Kediaman kelapan - Kolej Kinabalu - untuk menuntut penjelasan berhubung kenaikan yuran kolej kediaman bagi semester ini.

Pihak pentadbiran telah menaikkan yuran kolej kediaman sebanyak RM200 lagi dan menjadikan jumlahnya meningkat kepada RM1,400.

Exco kolej kediaman Majlis Perwakilan Mahasiwsa (MPMUM), Fadzil Jamal bersama tiga orang lagi sedang berada di dalam pejabat pengetua kolej tersebut berhubung perkara itu.

Mereka dilihat masuk ke pejabat pada jam 11.50 pagi dan keluar 15 kemudiannya. Mereka memberitahu Malaysiakini bahawa pengetua, Dr Zulqarnian Mohamed tiada di pejabat dan pihaknya telah membuat temujanji untuk menemuinya Isnin ini.

Surat temujanji dengan dengan Dr Zulqarnian telah dihantar Fadzil telah dihantar petang ini.

Kira-kira 50 pelajar menyertai perhimpunan itu dengan membawa tiga kain rentang yang bertulis Kenaikan yuran membebankan mahasiswa,Jangan naik yuran kolej dan MPMUM bersama pelajar kolej 8. Selain kolej kediaman kelapan, pihak pentadbiran turut menaikkan yuran kediaman bagi kolej kediaman keempat, juga sebanyak RM200 kepada RM1,400.

Fadzil berkata, setakat pihaknya dimaklum oleh pelajar dua kolej kediaman berkenaan berhubung kenaikan bayaran yuran tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada yuran kediaman bagi kolej-kolej kediaman yang lain, juga dinaikkan.

Sementara itu, bendahari MPMUM, Ahmad Syazwan Mohd Hasan pula berkata, beliau dapat bercakap dengan pengetua kolej kediaman ke-8 melalui telefon.

Katanya, pengetua tersebut memberitahunya bahawa pihak pentadbir kolej berkenaan telahpun menghantar surat kepada pejabat bendahari UM untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Pengetua itu memberitahu saya berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan yuran kerana ia sepatutnya dikira berdasarkan jumlah tujuh minggu belajar, tetapi ia dikira berdasarkan 10 minggu dalam satu semester," katanya.

Berikutan itu, kata Ahmad Syazwan (kanan), pengetua berkenaan telah memberi jaminan wang lebihan itu akan dikembalikan kepada pelajar. Bagaimanapun, katanya, pengetua tersebut tidak pasti bila wang lebihan itu akan dikembalikan.

"Sebab itulah kami mahu bertemu beliau Isnin untuk mengetahui bila wang tersebut akan dikembalikan," katanya.

Baca seterusnya...

Mahasiswa Pendidikan Pertikai Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran

Tanjong Malim: Mahasiswa pendidikan di UPSI mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengenai lantikan guru lepasan ijazah yang dinyatakan di dalam berita harian hari ini.

Dalam kenyataan beliau hari ini menyatakan bahawa Institut Pendidikan Guru (IPG) melatih guru-guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.

Beliau juga ada menyatakan bahawa keutamaan bagi penempatan sekolah akan diberikan kepada lulusan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan graduan IPTA ditempatkan jika terdapat kekosongan dan bergantung kepada bidang pengkhususan.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Sains UPSI, Nik Azrul Nik Kamaruddin ketika ditemui berkata bahawa tidak sepatutnya sebagai seorang Timbalan Menteri apatah lagi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahasiswa pendidikan di IPTA lain seperti anak tiri kepada KPM.

” Sebagai mahasiswa pendidikan di IPTA, saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana IPTA juga melatih bakal guru yang kompeten dan mampu memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran terutama di masa hadapan.

”Jika beliau berpendapat kursus pendidikan di IPTA kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta, saya menyarankan agar kursus pendidikan yang ditawarkan di semua IPTA dikurangkan pengambilannya atau tutup sahaja kursus pendidikan di IPTA,” katanya lagi.

Bagi penempatan sekolah pula, saudari Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik dan Kerjaya MPP UPSI berpendapat bahawa sepatutnya Kementerian Pelajaran perlu lebih mengutamakan kualiti bakal guru tanpa mengira sama ada mereka berada di bawah KPM atau KPT.

”Untuk penempatan di sekolah, saya mempersoalkan mengapa perlu diberikan keutamaan kepada IPG berbanding IPTA. Saya berpendapat sepatutnya KPM melihat kualiti yang ada dalam diri seseorang bakal guru tersebut tanpa mengira sama ada mereka keluaran IPG mahupun IPTA,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan upsikini.

Terbaru, Dr. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan.

Sumber: UPSIkini

Baca seterusnya...
 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top