Pada tanggal 23 Januari 2010, Sabtu, Pro-M telah mengadakan kempen di Mutiara dengan mengedarkan brochure, flyers, dan juga bookmark di rumah-rumah kediaman mahasiswi mutiara. Pengucapan umum juga telah dijalankan oleh calon dengan menyampaikan manifesto masing-masing dan idealisma dan perjuangan yang ingin diterapkan didalam kepimpinan mereka akan datang.
Macam biasa, kempen yang dijalankan oleh pro-M pastinya akan mendapat halangan dan tentangan oleh pihak-pihak yang kurang berpuashati. Ini terjadi bilamana En.Azlan, kakitangan HEP secara tiba-tiba hadir dengan menghalang dari mahasiswa untuk berada di kawasan lapang bawah kediaman mutiara bagi mengadakan pengucapan umum dan hadir bagi menyokong calon mahasiswa, Herry Anto Hasanuddin.
Menurutnya, mahasiswa dilarang berada di kawasan kolej kediaman mahasiswi walaupun
Perkara ini pihak pro-m telah sedia maklum dan mantan-mantan turut menyatakan situasi dan peraturan kempen pada tahun-tahun sebelum ini. Akan tetapi, En.Azlan tetap tidak membenarkan, katanya “Iya... itu yang lepas, memang dibenarkan. Tapi saya tidak pasti jika tahun ini peraturannya telah berubah...” pihak pro-m terpaksa menunggu selama 30 minit sebelum dapat memulakan kempen hanya kerana terpaksa menunggu En.Azlan menghubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian peraturan kempen. Walaubagaimanapun, akhirnya pihak penyokong dan calon pro-m mahasiswa tetap dibenarkan untuk masuk ke kawasan kediaman mutiara dan berkempen.
Menurut mantan MPP exco 3K, ketika mengedarkan brochure dan flyers di rumah-rumah kediaman mahasiswi mutiara, beliau turut mendapat banyak respon yang baik mengenai isu ‘Delegasi Pengahantaran Memorandum ke Putrajaya’. Tidak kurang juga mahasiswi-mahasiswi yang ingin berbual dengan beliau bagi menceritakan perihal sebenar yang terjadi, pengalaman dan tindakan tatatertib yang bakal beliau hadapi. Mahasiswi-mahasiswi mutiara turut menyatakan simpati dan sokongan terhadap Sdri. Mantan exco 3K. Nampaknya, masih ramai lagi mahasiswa yang peka terhadap isu air dan kepimpinan mereka yang bersusah payah berjuang untuk kebajikan mereka.
KEMPEN DI COLLEGE FOOD COURT (CFC)
Kempen di CFC turut dihadiri oleh pengarah Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Prof.Madya.Dr.Shariff A.K Omang. Menurut beliau, “mahasiswa layaknya bersuara dan menyatakan pendapat mereka juga masalah mereka dan pihak UMS layaknya untuk membantu dan menyelesaikan permasalahan yang diutarakan.
Pemimpin mahasiswa juga berperanan penting sebagai perantaraan antara mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti.” Menurut beliau lagi, beliau ingin lihat bakal kepimpinan mahasiswa berkempen dan beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak sabar untuk mengetahui siapa antara calon yang akan bertanding.
KEMPEN DI KOLEJ KEDIAMAN MAHASISWA BETA DAN ALPHA
“Hidup hidup mahasiswa, bangkit bangkit mahasiswa”
Respon yang diberikan oleh mahasiswi di kolej kediaman beta dikatakan baik dan mendapat sambutan ramai. Tidak lupa juga respon negatif yang pihak penyokong pro-m yang menjerit ”woi..! diamlah...!” telah dilaporkan.
Penulis berasa sangat pelik dengan laporan tersebut. Melantik pemimpin yang baik itu satu kewajipan semua rakyat kerana mereka jugalah yang akan menjadi agen yang akan membela nasib mahasiswa kelak.
Mahasiswa berkualiti bukanlah seorang yang hanya semata-mata mendapat tinggi pointer, malah mahasiswa ini turut seorang yang berkredibiliti tinggi yang sebenarnya bakal menerajui kepimpinan negara akan datang.
0 comments:
Post a Comment