Salam Maulidur Rasul



Pro-Mahasiswa mengucapkan Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul kepada seluruh warga muslim UMSKAL. Semoga penghayatan pada hari ini membawa kita bersama menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. pada hari-hari yang mendatang di samping kita teladani serta mencontohi baginda.
Justify Full
Program hari ini :

Perarakan Maulidur Rasul
Tarikh: 26 Februari 2010
Hari: Jumaat
Masa: 7.00 pagi-10.00 pagi
Tempat: Sekitar Kampus (bermula di Kolej Kediaman Alpha)

Forum Maulidur Rasul
Tarikh: 26 Februari 2010
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 malam (selepas Isya')
Tempat: Dewan Theatrette

Baca seterusnya...

Kabinet MPP UMS Sesi 2009/2010

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SESI 2009/2010

Majlis Tertinggi

Presiden: Faezan bin Amidun
Timb. Presiden: Mohd Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin
Setiausaha Agung: Jumaliah bt. Amboy
Bendahari Kehormat: Khairul Anwar bin Ahmad Nadzer
Naib Presiden (KAL): Herry Anto bin Hasanuddin
Setiausaha Kehormat: Nurul Aida binti Abdul Aziz
Naib Presiden (Perancangan & Kemahasiswaan): Muhd Al Nuqman bin Abdullah
Naib Presiden (Akademik & Diplomatik): Nur Syatirah bt. Shuib
Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita): Rabiatul Adawiyah bt. Ahmad Sabri

Majlis Eksekutif

Exco Kepimpinan & Latihan:
1. Khalil b. Sabu
2. Ellyza Syazzana bt. Mohd Zainuddin
3. Khairul Bariyah bt. Mohd Shukori

Exco Projek & Protokol:
1. Muhd Khairi b. Azizan
2. Lim Jia Hao

Exco Perumahan & Perkhidmatan Pelajar:
1. Muh Yuslin b. Osman
2. Leow Ee Pin

Exco Kebajikan, Kesihatan, Kemasyarakatan:

1. Foong Kok Meng
2. Mohd Nazreen Hisham b. Nain
3. Paezah bt. Andilala

Exco Keusahawanan & Kepenggunaan:
1. Norita bt. Yasin
2. Liew Guo Hong

Exco Penerbitan & Informasi:
1. Mohd Uwais b. Sekarman
2. Mohd Hisyamuddin b. Hj. Basabah
3. Tan Woei Chang

Exco Kebudayaan & Kesenian:
1. Khoo Ying Szu
2. Subash a/l Saralan

Exco Perpaduan Nasional:
1. Dulmani b. Abd Nasir
2. Tan Lay Yen

Exco Akademik & Kerjaya:
1. Mohd Saperi b. Matnin
2. Mohd Syafiq b. Kassim
3. Tan Wen Fei

Exco Kerohanian & Sahsiah:
1. Mohd Khairuddin b. Daud

Exco Sains & Alam Sekitar:
1. Mohd Ezwan b. Amin

Exco Sukan & Rekreasi:
1. Saleem b. Zakir


*dimaklumkan bahawa kabinet ini adalah kabinet tetap.
*MPP UMSKAL adalah nama yang dihitamkan

Baca seterusnya...

Kabinet JAKMAS: Bersetujukah Mahasiswa?

Kesibukan mahasiswa mendepani rutin seharian sebagai pelajar, ditambah lagi dengan lambakan kerja-kerja yang perlu disiapkan dan persediaan menghadapi peperiksan pertengahan semester bagaimanapun tidak menjadi alasan terbantutnya pembentukan dan pergerakan pimpinan-pimpinan pelajar menjalani tanggungjawab mereka.

Dilaporkan bahawa kerusi Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) yang sebelum ini tidak berjaya dipenuhkan semasa pilihan raya kampus yang lalu telah pun mempunyai wakil yang sudi menyahut seruan kepimpinan tersebut.

Malah seperkara yang wajar mendapat pujian, calon-calon MPP kerusi umum yang kalah semasa PRK sekali lagi meneruskan hasrat ingin memimpin dengan menceburkan diri di kerusi JAKMAS. Namun, pihak pro Mahasiswa memandang seperti ada yang tidak kena dalam susunan kabinat JAKMAS Alpha kali ini.


Susunan kabinet JAKMAS ALpha adalah seperti dibawah:

Majlis Tertinggi
Yg.Dipertua - Sdra.Nadil Asakil (calon MPP kerusi umum)
Naib Yg.Dipertua - Sdra. Jeffrey (bukan calon JAKMAS)
Setiausaha - Sdra.Bernard V.Majawai (calon MPP kerusi umum)
Bendahari - Sdra. Krish (bukan calon JAKMAS)

Majlis Eksekutif (semua calon JAKMAS)
Exco Kebajikan - Daeng Hussind
Exco Keusahawanan - Sdra.Saiful
Exco Kesenian - Sdra. Kuberan
Exco Akademik - Sdra.Razali
Exco SUkan - Sdra.Kalen

Mahasiswa secara umumnya menjangkakan, calon-calon yang mengisi kerusi Majlis tertinggi sewajarnya mereka-mereka yang sejak permulaan lagi memang berhasrat tinggi ingin membawa suara Mahasiswa melalui platform JAKMAS. Dengan kata lain, Calon-calon yang bertanding JAKMAS seharusnya mendapat priotiti memegang Majlis Tertinggi.

Agak songsang bila melihat keputusan kabinet ini mengutamakan mereka yang sebelum ini tidak berhasrat berjuang dalam JAKMAS, bertanding di platform lain akhirnya menjadi MT. Lebih-lebih lagi terdapat MT yang dilantik sama sekali tidak pernah mengisi borang pertandingan untuk menjadi pimpinan mahasiswa. Perkara ini amat mengecewakan mahasiswa yang beridealisma.

Pihak Pro-Mahasiswa amat mengalu-alukan penyertaan siapa-siapa sahaja untuk menjadi kepimpinan mahasiswa, namun segalanya haruslah dengan proses yang telus dan tidak memanipulasi mana-mana pihak. Mereka-mereka yang berhasrat tinggi dan berani tampil seharusnya diutamakan.


Pihak Pro-Mahasiswa menggesa mana-mana pihak yang mencaturkan kabinet JAKMAS tersebut untuk tampil memberikan keterangan terbuka kepada semua mahasiswa atas kepincangan yang sangat ketara dalam penyusunan MT dan ME JAKMAS Alpha tersebut.



Antara persoalan yang mungkin harus dijawab,

Keadilan sewjarnya diberikan kepada siapa?

Adakah keputusan ini merupakan suara mahasiswa atau percaturan pihak tertentu?

Bersetujukah Mahasiswa menerima percaturan kepimpinan tersebut?


Kepada semua mahasiswa UMSKAL yang membaca artikel ini, pihak Pro-M sangat-sangat mengalu-alukan komentar dan cadangan daripada anda semua selaku mahasiswa yang mempunyai hak.

Teruskan bangkit wahai MAHASISWA!

Baca seterusnya...

Pembentukan Kabinet MPP Masih di Awang-awangan


Pada pengundian calon kepimpinan mahasiswa, 28 Januari 2010 yang lalu, selepas sahaja diumumkan MPP yang telah berjaya mendapatkan 2 undian yang tertinggi, mereka terus diterbangkan ke kampus induk bagi membentuk kabinet baru MPP sesi 2009/2010. Pada malam tersebut, belum sempat mahasiswa mengucapkan lafaz tahniah dan takziah, Sdra.Herry Anto dan Sdri.Nurul Aida, bersama 4 orang MPP lain yang telah menang tanpa bertanding terus bertolak ke Kota Kinabalu (KK).

Terdapat juga beberapa mahasiswa yang mengadu, "mana MPP-MPP yang baru nih? baru naik hilang sudah? baru nak tuntut manifesto...". Namun demikian, mereka tetap sabar menunggu perkhabaran struktur organisasi yang baru MPP. begitu juga mantan-mantan yang tidak sabar ingin mengetahui individu yang bakal meneruskan perjuangan barisan kepimpinan yang baru.

Walaupun pada mulanya mereka dimaklumkan bahawa mesyuarat hanya mengambil masa sehari, namun telah berlaku ketidaksefahaman dia antara ahli MPP di KK. Mereka turut berbalah akan penetapan presiden MPP yang baru yang selayaknya. Mereka turut memberi syarat bahawa, presiden baru haruslah warga tempatan peribumi Sabah yang diutamakan. Hasil dari perbincangan tersebut, buat masa ini, telah ditetapkan barisan Majlis Tertinggi MPP :

Presiden
Sdra. Faizan Amidun

Timbalan Presiden
Sdra.Syafiq Ridzuan Jamaluddin

S/U Agung
Sdri.Jumaliah Amboy

Bendahari
Sdra.Khairul Anwar Ahmad Nadzen

Naib Presiden KAL
Sdra.Herry Anto Hasanuddin

S/U Kehormat
Sdri.Nurul Aida Abdul Aziz

Naib Presiden HELWA
Sdri.Syatirah

Naib Presiden Kemahasiswaan
Sdra.Nukman

Naib Presiden Hubungan Diplomatik
Sdri.Rabiatul Adawiyah

Saat menunggu pengumuman

Bagi penetapan majlis eksekutif masih belum mendapat ketetapan dan makluman dari MPP di kampus induk. Surat bantahan telah dihantar kepada pihak pentadbiran UMS oleh pihak yang tidak bersetuju Sdra.Faizan yang mendapat tempat sebagai presiden MPP UMS sesi 2009/2010. Namun demikian, MPP KAL tetap mendapat kedudukan jawatan seperti yang telah dirancang oleh mereka sebelum dibawa ke persidangan pembinaan kabinet baru di KK ketika dalam perjalanan, seperti yang telah dimaklumkan Naib Presiden MPP UMSKAL yang baru.

Naib Presiden KAL
Sdra.Herry Anto Bin Hasanuddin

S/U Kehormat
Sdri.Nurul Aida Binti Abdul Aziz

Exco Kepimpinan dan Latihan
Sdri.Khairul Bariyah

Exco Akademik
Sdra.Alex Tan Wen Fei

Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan
Sdri.Paezah Binti Andilala

Exco Perpaduan Nasional
Sdri.Tan Lay Yen

Saranan yang ingin pihak penulis blog pro-mahasiswa, adalah supaya para pemimpin baru MPP yang telah naik, bagi yang muslim, bolehlah jalankan solat Istikharah dan buatlah pilihan. Kerana, perbalahan di awal kepimpinan bukanlah petanda yang baik bagi menggambarkan setahun kepimpinan yang bakal diterajui. Seharusnya sebagai seorang pemimpin mahasiswa, kita mestilah bertindak dengan lebih profesional dan mempamerkan kredibiliti seorang pemimpin.

Pilihlah pemimpin yang membuatkan hati kita tenang kerananya. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat, dan bukannya pemimpin yang meletakkan dirinya diatas sebagai pemimpin. Semoga kabinet baru MPP dapat mencapai keputusan dan kata sepakat dengan lebih cepat agar gerak kerja yang terbengkalai semenjak pembubaran MPP sesi lalu dapat diteruskan. MPP KAL pula, walaupun di KK masih belum capai kata sepakat, sebagai pemimpin di KAL yang telah sependapat dalam menentukan jawatan, teruskan dengan gerak kerja yang sepatutnya digerakkan awal. Tidak perlu tunggu masalah di KK selesai kerana ia hanya akan melambatkan gerak kerja.

Masalah air bila akan selesai? Janji JBA bagi memasang pam air bila akan tertunai? Permasalahan-permasalahan lain pula bagaimana? Inilah suara-suara mahasiswa...

Baca seterusnya...
 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top