Siapa PRO-MAHASISWA?

Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus UniPerdana. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!

Mengapa PRO-MAHASISWA?
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli (genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat,, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA!

“Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!”

Sejarah PRO-MAHASISWA.
PRO-MAHASISWA merupakan jaringan kelompok-kelompok mahasiswa yang mempunyai idealisma dan membawa tema perjuangan mahasiswa. Sebelum ini mereka dikenali sebagai ‘GAGASAN’. ‘GAGASAN’ yang mana pertubuhan yang menghimpunkan kelompok-kelompok mahasiswa beridealisma telah memegang tampuk kepimpinan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan hampir 3 tahun sejak tahun 2006 sehingga 2007. Di dalam tempoh kepimpinan ini banyak rekod-rekod cemerlang telah ditunjukkan oleh kelompok ini misalnya memperjuangkan kewujudan sistem pendaftaran subjek secara online, pendaftaran pelajar baru yang dipusatkan di Dewan Utama, sistem penyelarasan dan penambahbaikan wayerless, memperjuangkan kemudahan pengangkutan awam dan lain-lain lagi. Pada tahun ini mereka berusaha untuk kembali memimpin mahasiswa dengan penyertaan dalam pilihanraya kampus. Kini ‘GAGASAN’ muncul dengan wajah baru yang lebih progresif, intelek, responsif, dan berani iaitu dengan nama PRO-MAHASISWA!

SLOGAN PRO-MAHASISWA

WE UNITE FOR STUDENT! – iaitu perjuangan untuk memartabatkan dan meningkatkan kecemerlangan dan keunggulan Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan sebagai Universiti Perdana melalui semangat CINTAKAN universiti.

NEW GENERATION FOR NEW UMSKAL – bertujuan melahirkan generasi mahasiswa UMS-KAL yang mempunyai corak pemikiran, dan inspirasi perjuangan yang lebih segar, bebas, demokratik, dan maju yang mana mereka akan mampu mencorakkan suasana dan prestasi universiti ke arah yang lebih baik dari sudut akademik dan sosio-politik.

STUDENT POWER! – slogan keramat yang melambangkan bahawa mahasiswa merupakan kelompok yang mampu berperanan secara efektif dan berkuasa mencetuskan arus perubahan untuk memperbaiki keadaan masyarakat samada di kampus ataupun masyarakat di luar.

Imej PRO-MAHASISWA.

INTELEK – Bertindak berdasarkan hujah yang benar dan tepat serta sentisa analisis dan kritis dalam menilai sesuatu keadaan dan fakta. PRO-MAHASISWA juga memperjuangkan kebebasan akademik di UMS-KAL.

RESPONSIF – sentiasa peka, sensitif serta mempunyai inisiatif dalam isu-isu yang berhubung dengan keintelektualan, kebajikan, dan kemaslahatan mahasiswa.

ENERGETIK – sentiasa lantang, bersemangat, aktif, tangkas, dan cergas dalam bertindak dan memperjuangkan isu-isu berhubung mahasiswa.

Logo PRO-MAHASISWA
  • Mempunyai slogan utama PRO-MAHASISWA (UMSKAL) – ‘We Unite For UMS-KAL Student
  • Gambar mahasiswa - mengangkat sebelah tangan - melambangkan imej perjuangan PRO-MAHASISWA – intelek, responsif, energetik.
  • Gambar mahasiswa di sisi lambang UMS – simbol perjuangan mahasiswa memartabatkan kecemerlangan dan keunggulan Universiti Malaysia Sabah-Kampus Antarabangsa Labuan

Ikon PRO-MAHASISWA.
  • Imej yang melambangkan tema-tema perjuangan PRO-MAHASISWA seperti intelek (memakai topi graduate dan berkaca mata), responsif (sentiasa mempunyai pendapat kritis dan respon mengenai isu semasa kampus – di dalam edisi mahasiswa), dan juga energetik (gaya, kasut sukan dan baju yang santai).

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top