Berakhirnya proses pilihan raya kampus semalam, bahang pilihan raya kian sejuk di bumi KAL. Tapi tidak bagi calon-calon Pro-M yang telah menang bergaya dengan majoriti besar. Detik itu bukanlah pengakhiran perjuangan mereka, bahkan itulah titik permulaannya. Setelah habis pengumuman kemenangan tersebut, semua MPP yang telah menang diterbangkan terus ke Kampus induk Kota Kinabalu, untuk mereka membentuk kabinet malam itu juga.
Kemenangan itu yang telah membuktikan bahawa mahasiswa telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada calon-calon pro-M untuk menjadi pemimpin yang akan membela kebajikan mereka untuk sesi akan datang.
Pihak Pro Mahasiswa merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa atas kepercayaan yang diberikan , kerjasama dan kebersamaan anda semua sangat kami perlukan untuk bersama-sama kita merintis perubahan yang selama ini kita inginkan.
Hidup, hidup MAHASIWA,
Bangkit, Bangkit MAHASISWA,
STUDENT POWER!!!
1 comments:
student from mutiara..
salam...tahniah kepada calon2 pro-M..dan diharap dgn kemenangan ini, banyak masalah dapat diselesaikan..
jangan leka dan teruskan perjuangan anda untuk membela hak-hak mahasiswa/i di UMS-kal..
Post a Comment