Kontroversi Kerusi SSIL Berakhir Sudah....?

Justify FullWalaupun telah berbagai cara yang telah dilakukan oleh Sdra.Eshwara bagi mempertahankan dirinya untuk bertanding MPP di kerusi SSIL, namun tetap tidak berjaya. Menurut sahabat beliau, petisyen yang telah diedarkan dapat mengumpulkan tanda tangan sebanyak 230 orang mahasiswa dari Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL) yang juga merupakan 70% dari jumlah sebenar mahasiswa SSIL. Ini sudah cukup menunjukkan mahasiswa SSIL secara majoritinya tidak menyokong Sdri.Tan (yang telah membuat bantahan terhadap Sdra.Esywara) untuk naik mewakili mereka (SSIL).

Menurut Sdra. Eshwara lagi, beliau turut mendapat sokongan dari Timbalan dekan SSIL bagi meneruskan pengumpulan petisyen mahasiswa. Antara hujah yang ingin ditegakkan bagi mempertahankan sebab asal beliau terus berjuang untuk bertahan di kerusi SSIL adalah disebabkan pra-syarat wajib bagi individu yang ingin bertanding di kerusi MPP yang kurang wajar. Ini kerana wajibnya individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi MPP dan JAKMAS wajib mengikuti 'Kursus Asas Kepimpinan' yang dianjurkan oleh HEP tidak tersebar cukup luas sehingga mahasiswa semua maklum dengan jelas. Selain dari itu, HEP juga tidak mengeluarkan notis yang menyatakan pra-syarat wajib di mana-mana notis sekitar kampus. Walaupun MPP ada mengeluarkan notis makluman berkenaan, namun ia agak lewat iaitu 3 hari sebelum kursus berjalan.

Apabila penulis bertanyakan kepada mantan naib presiden MPP KAL mengenai perkara ini, beliau memberi respon bahawa beliau baru sahaja mendapat maklumat tersebut pada hari itu dan bertindak secara langsung dengan mengeluarkan notis berkenaan.


Lalu, apa sebenarnya niat pihak pentadbiran UMS dengan bertindak demikian? perkara sebegini tidak patut terjadi. Memandangkan kepada beberapa faktor:

  1. Pilihanraya Kampus (PRK) adalah acara tahunan yang dijalankan oleh UMS bagi menruskan kesinambungan kepimpinan tertinggi mahasiswa. Seharusnya perkara kesilapan kecil begini tidak berlaku memandangkan ia sepatutnya ada penambahbaikan dari tahun ke tahun.
  2. Transformasi kepimpinan MPP sepatutnya berlangsung pada Oktober 2009 telah ditunda 3 bulan kemudiannya. Sepatutnya pihak penganjur (UMS) telah membuat persediaan yang lebih mantap memandangkan tempoh persediaan lebih panjang.
  3. Pra-syarat wajib bagi mahasiswa yang ingin bertanding kerusi MPP seharusnya ditetapkan awal memandangkan ia berkait rapat dengan peraturan dan ketetapan pihak universiti.
  4. Pra-syarat dan juga peraturan PRK seharusnya ditetapkan dan tidak diubah sesuka hati tanpa mendapat persetujuan ramai dan tanpa memaklumkan kepada mahasiswa. Ini adalah berkaitan dengan mahasiswa dan mahasiswa berhak tahu lebih awal. Begitu juga banner makluman tarikh PRK yang agak lewat dikeluarkan dan hanya digantung sehari sebelum pembubaran MPP sesi 2008/2009.
  5. Jika kurang dari 20% mahasiwa yang maklum tentang pra-syarat wajib bertanding kerusi MPP, HEP atau pihak pentadbiran universiti sepatutnya menarik balik peraturan tersebut. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan sistem demokrasi yang diamalkan negara kita. Iaitu mahasiswa berhak memilih pemimpin yang mereka suka.


Begitu juga yang telah berlaku kepada Sdra.Eshwara yang sememangnya tidak maklum tentang pra-syarat bertanding MPP tersebut dan telah dibantah dari bertanding di kerusi MPP SSIL. walaupun demikian, ramai mahasiswa kurang berpuashati terhadap perkara ini memandangkan Sdri.Tan seharusnya berani bertanding dalam memperjuangkan idealisma dan perjuangan sebagai seorang yang ingin menjadi pemimpin mahasiswa. Tindakan membantah Sdra.Eshwara telah menyebabkan ramai mahasiswa SSIL bertindak menandatangani petisyen edaran bagi membolehkan Sdra.Eshwara terus bertanding. Petisyen tersebut telah dihantar kepada Pengarah Kampus, Prof. Madya Dr. Shariff A.K. Omang yang juga Pengarah yang mengendalikan PRK sesi kali ini. Walaupun memang menjadi hak Sdri.Tan yang layak untuk membantah, mahasiswa tetap mengharapkan persaingan yang adil.

Apa-apa pun, Sdra.Eshwara mengatakan bahawa sekiranya beliau tetap tidak berpeluang bertanding MPP, beliau tetap akan meneruskan langkah bagi menduduki kerusi Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Informatik Labuan (PMSSIL). Tahniah kerana berani mencuba! Semangat mahasiswa yang beginilah yang pro-mahasiswa inginkan. Semangat mahasiswa yang berani memperjuangkan hak dan suara mereka. Pihak pro-mahasiswa tidak menyangka masih ramai lagi mahasiswa yang tidak hanya menunduk ibarat haiwan yang dicucuk hidung. Hanya mengikut arahan.

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top