Memorandum BANTAH e-undi


Pada hari Rabu, 20 Januari 2010 yang lalu, mantan MPP UMSKAL telah menyerahkan memorandum, referandum dan Kertas Kerja "Kajian Sistem E-undi dalam PRK" bagi membantah e-undi kepada Timbalan Naib Canselor (TNC) HEPA, Yg. Bhg. Prof.Dr. Hj.Kassim Hj.Mansur, selepas majlis pembubaran MPP sesi 2008/2009 yang bertempat di Ballroom, Kompleks Beli-belah One-Borneo. Penyerahan memorandum membantah e-undi yang dibawa oleh Sdra.Mohd Abdillah Bin Matlin, mantan Naib Presiden MPP UMSKAL dan Sdri. Qatrun Nada, mantan Exco 3K MPP UMSKAL telah disambut baik oleh pihak TNC HEPA.

Prof.Kassim telah menyatakan rasa bersetuju terhadap sistem manual yang digunakan di dalam pilihanraya umum negara yang melambangkan sistem demokrasi. Beliau turut menyatakan bahawa, e-undi diaplikasi dalam pilihanraya kampus (PRK) UMS, semenjak 2 tahun yang lalu adalah disebabkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ingin menyelaraskan sistem e-undi supaya digunakan di seluruh IPTA/S.
Walaubagaimanapun, sistem e-undi dibantah daripada digunakan diseluruh kampus adalah disebabkan banyak aspek, Antaranya:

1. Undian tidak lagi menjadi rahsia apabila maklumat pengundi telah direkodkan sebaik sahaja pengundi mendaftar untuk mengundi. Ini mencabuli seksyen 52 (a) dan (b), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang memberi hak memilih calon secara rahsia,
2. Ruang untuk sistem ini dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu seperti HEP adalah sangat besar kerana tiada sistem pengawalan (security) yang benar-benar diyakini. Sistem ini juga terdedah kepada berlakunya jenayah siber,
3. Kos yang sangat tinggi untuk membangunkan sistem ini,
4. Masalah keboleh upayaan dan pengundian akan ditangguhkan apabila berlaku masalah tergendala, black-out dan sebagainya. Ini akan lebih mendedahkan kepada pencerobohan luar,
5. Pencabulan hak mahasiswa dan demokrasi kampus.

Apabila ruang-ruang manipulasi terbuka, maka sistem ini tidak lagi telus untuk digunakan. Malah ia sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang menjadi tradisi kepada negara kita Malaysia. Sekaligus ia turut mencabul hak-hak kebebasan seseorang rakyat itu yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Justeru, berdasarkan keraguan ini, mahasiswa menuntut agar sistem pengundian e-voting segera dimansuhkan oleh pihak universiti dan mengembalikan sistem manual.

Oleh yang demikian, mantan MPP UMSKAL sesi 2008/2009 telah menyatakan beberapa tuntutan :

1. Mewujudkan satu badan pemantau yang bebas dan tidak bekepentingan, bagi memantau pilihanraya kampus di seluruh kampus. Badan ini mestilah dianggotai oleh individu-individu yang bebas seperti ahli-ahli akademik, wakil mahasiswa, suruhanjaya luar dan sebagainya.
2. Mengkaji semula sistem pelaksanaan e-undi dan seterusnya memansuhkannya bagi menjamin pilihanraya kampus yang adil dan telus. Sistem ini secara jelas dan terang melanggar prinsip, hak dan keadilan di dalam demokrasi kampus.
3. Memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara di dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisma tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universit dan Kolej Universiti (AUKU).

Tuntutan lain sekiranya e-undi masih dilaksanakan :

1. Calon dan ejen calon dibenarkan untuk berada di kawasan pembuangan undi dan melihat bagaimana sistem pengiraan undi dilakukan.
2. Memastikan wujudnya badan bebas atau NGO (SUHAKAM, SPRM, dll) untuk memantau, membuat penilaian, dan audit terhadap sistem e-undi.
3. Memastikan sistem tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.
4. Calon atau ejen calon diberi taklimat khusus dan lebih terperinci tentang sistem yang akan digunakan, termasuklah bagaimana mengenalpasti sesuatu server itu kosong sebelum pengundian dijalankan.
5. Jaminan tiada sebarang gangguan teknikal semasa proses pengundian dilaksanakan. (cth: bekalan elektrik terputus, gangguan sistem wireless, dll).
6. Memohon untuk diadakan simulasi perjalanan e-undi, bermula daripada fasa pengundian sehingga fasa pengiraan undi.

Berikut merupakan antara beberapa tuntutan yang dimuatkan didalan memorandum yang diserahkan kepada Prof.Kassin, TNC HEPA UMS. Dilaporkan juga, bahawa UMS telah menjalankan simulasi e-undi di kampus induk dan respon yang diperoleh daripada beberapa mahasiswa di kampus induk telah menyatakan bahawa sistem e-undi tersebut masih lagi mengalami beberapa kekurangan dan tidak mesra pengguna.

Antara yang dinyatakan adalah sistem tersebut berlaku ketidakadilan terutama kepada pengundian calon JAKMAS, dimana mahasiswa yang tinggal di kolej kediaman lain turut dipaparkan papan undi bagi pengundian calon JAKMAS kolej yang lainnya. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa lain turut boleh mengundi calon JAKMAS kolej kediaman lain, padahal JAKMAS hanya boleh mendapat undian oleh mahasiswa yang menginap di kolej berkenaan sahaja.

Demikian, sedikit laporan mengenai BANTAH e-undi yang telah dilaksanakan oleh mantan MPP UMSKAL sesi 2008/2009 pada minggu lalu.

3 comments:

anakmudasabahunggul.blogspot.com said...

Salam, kenapa perlu menghantar referandum membantah e-voting pada masa yang tidak sesuai, kalau memang x setuju, bantah la awal2, bukan lewat mcm tu, dah mau plhnraya baru hntr, lgpun yg hntr tu pun menang guna e-voting juga, saya pun keliru

qatrunnada said...

Memandang jauh kedepan... bukan untuk generasi kini, tp untuk generasi mahasiswa akan datang... kemenangan hari ini tak menjanjikan kemenangan akan datang d pihak mahasiswa...

terus meneroka pandangan jauh kedepan..!

Brownsville Pool Services said...

Thanks for the poost

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top