Resolusi Jangka Pendek Masalah Air: Janji JBA dan UMS kepada Mahasiswa

Satu Mesyuarat Bersama Jabatan Bekalan Air (JBA) pada 30 Disember lalu, di bilik persidangan Tingkat 4, Wisma Perbadanan Labuan. Beberapa resolusi jangka pendek telah dijanjikan oleh pihak JBA dan pihak UMS disuarakan kepada wakil pelajar yang hadir sama iaitu Sdra. Mohd Abdillah Matlin dan Sdri. Qatrun Nada Mohd. Latfi. Berikut adalah kehadiran dalam mesyuarat tersebut:

* Yg.Bhg.Datuk Yusof Mahal,Ahli Parlimen Labuan
* Yg.Bhg.Dato’ Hj. Ahmad Phesal Bin Talib,Ketua Setiausaha, KWP – pengerusi mesyuarat
* Yg.Bhg.Dato’ Basiran Bin Saban, Ketua Pengarah Eksekutif, Perbadanan Labuan
* En.T. Ahmad Bin. T.Muda,Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif, (Operasi)
* En. Jusoh Bin Saleh,Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif, (Pembangunan)
* Muhammad Farid Zulkipli, Jabatan Pembangunan UMS
* Ir.Mohd Roslee Mohd Ali Lee,Pengarah Jabatan Pembangunan UMS
* Yong Fook Sinn,PP (infra), Perbadanan Labuan
* Nor Rahman Mustaffa,PP Perancang, Perbadanan Labuan
* En.Mohd Zamri Bin Mohamad Tuah,Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMSKAL
* En.Mohd Azrie B. Ag. Tanjong,Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan UMSKAL
* Dato’Sulaiman Kamisan,Pengarah Jabatan Bekalan Air W.P.Labuan
* En.Madum B. Abd Malik,Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran, JBA, W.P.Labuan
* En.Shahrullizam,Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran, JBA, W.P.Labuan
* Sdra.Mohd Abdillah Bin Matlin,Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, UMSKAL
* Sdri.Qatrun Nada Binti Mohd Latfi,Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan, Majlis Perwakilan Pelajar, UMSKAL


Berikut Sedikit Catatan daripada mesyuarat tersebut:

* Air tidak boleh disalurkan ke tangki cendawan adalah disebabkan bekalan air yang ada tidak mencukupi untuk menimbulkan tekanan yang cukup bagi pengaliran keatas. Selain dari kapasiti tangki yang sangat besar dan memerlukan air yang banyak untuk dipenuhkan.

* Cadangan adalah supaya air disalurkan terus dari loji sg.pagar ke ’balancing tank’ yang terletak di setiap blok kediaman pelajar.

* Cadangan juga supaya menjalankan pembinaan saluran paip dari 'balancing tank' ke tangki atas blok disamping membina pam pengaliran air.


Melalui pembentangan JBA tersebut, kita menyimpulkan bahawa semester ini, sekurang-kurangnya, air akan disalurkan ke Tangki di dalam blok kediaman masing-masing, sekaligus melegakan pelajar dengan harapan tidak perlu lagi mengangkat air dari tangki bawah. Pihak JBA telah menetapkan pada 5 Januari diadakan mesyuarat perancangan teknikal untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan paip, malah dimaklumkan proses pembinaan paip dan pemasangan tangki mengambil masa lebih kurang sebulan sahaja.

Yang menjadi persoalannya kini, Sehingga artikel ini ditulis, Langsung tidak ada kerja-kerja pemasangan yang dapat diperhatikan di blok-blok kediaman pelajar seperti yang mereka janjikan.

Menurut Sdra Abdillah, pihak mereka akan menghubungi pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah ini secepat mungkin dan sekiranya tidak ada sebarang tindakan segera yang dilakukan, Pihak mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan mahasiswa dan menjemput media arus perdana untuk menyatakan keperitan hidup mahasiswa UMSKAL dengan ketiadaan bekalan air ini.

Beliau juga mengharapkan kerjasama padu daripada semua mahasiswa UMSKAL untuk menyokong dan sama-sama mendesak untuk selesaikan masalah yang telah memberikan impak negatif kepada semua selama lebih satu semester. Hak Mahasiswa perlu dibela, lebih-lebih lagi melibatkan keperluan asas seorang manusia.

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top