Itu lah ungkapan yang dirasa sesuai disandarkan kepada wakil MPP UMSKAL saudari Qatrun Nada Binti Mohd Latfi (Exco 3K) setelah berusaha dan bertungkus-lumus menghantar memorandum dan kertas cadangan berkaitan permasalahan air di seluruh Labuan ke Putrajaya bagi mempertahankan hak-hak masyarakat Labuan umumnya dan khususnya mahasiswa/I UMSKAL. Tindakan beliau ini telah menyebabkan beliau akan dibicara dan bakal dikenakan tindakan tatatertib.
Menurut Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah(MPPUMS) saudara Azrul bin Ibrahim, tindakan saudari Qatrun Nada tersebut adalah tindakan individu yang sama sekali tidak melibatkan nama Majlis Perwakilan Pelajar. Kenyataan ini nampaknya agak sinis apabilaPresiden MPPUMS sendiri menyatakan demikian. Seolah-olah tidak nampak keserasian ataupun sokongan daripada MPPUMS kepada MPPUMSKAL itu sendiri. Situasi ini sekaligus memberitahu kita bahawa pihak Presiden MPPUMS tidak memandang masalah air yang dihadapi oleh mahasiswa KAL dari kaca mata kesusahan mahasiswa yang mengalaminya sebagaimana pihak MPPUMSKAL hadapi.
Walaubagaimanapun, delegasi yang dilakukan ke Putrajaya tersebut adalah atas arahan Naib Presiden MPP UMSKAL Pro-Mahasiswa (Pro-M) sendiri iaitu saudara Mohd Abdillah Bin Matlin. Beliau memaklumkan bahawa, hal ini dilakukan kerana tiadanya tindakan penyelesaian masalah air di UMSKAL dijalankan walaupun perjumpaan bersama presiden MPPUMS semester lepas telah dibuat. Lantaran itu, Saudara Mohd. Abdillah bersama barisan kepimpinan Pro-M MPPUMSKAL memutuskan agar tindakan menghantar memorandum dan kertas cadangan dihantar terus kepada Perdana Menteri Malaysia.
Lantas, jika kita amati, wajarkah tindakan berani tersebut dipandang sebelah mata, malah seolah-olah satu kesalahan besar telah dilakukan oleh perwakilan pelajar tersebut? Kini terdengar pula khabar yang mengatakan, berkemungkinan saudari Qatrun Nada akan dikenakan tindakan tatatertib ekoran kenyataan ‘lepas tangan’ yang dikeluarkan oleh Presiden MPPUMS tersebut. Sama-sama kita lihat apakah implikasi yang bakal terjadi daripada semua ini.

7 comments:
wow..bgtu skali meh...besa la dik,that's y time study kat umskal dulu aku xmo tlibat ngan mana2 psatuan...suma mo rasa diri bgs...

salam..cakap mmg senang..masalah air nie bknnya bermula semester lalu..sejak mggu peperiksaan semester 2 2008/2009..tak kisahla air x hidup sehari..tp kalo smpai 2 hari??amacam..air yg dibekalkn pn tidak di galakkan untuk di minum..pelajar lebih selesa membeli air minuman yg di botolkn..usaha yg dilakukan mmg cukup membangga..kalo stakat nak buat demo..xda maknanya..
assalamualaikum...salam sejahtera,
sebenarnya...
malu gak nii...
awat la editor blog ni bubuh gambar besar2...ish...
tp,
respon kpd semua mahasiswa yg prihatin,
dari pihak MPP,
kami sgt beruntung mempunyai sahabat2 yang berbilang kaum... yang menyokong kami..
biar susah macam mana pun,
InsyaAllah, kami tetap hadapi dgn tabah...
sbb masih ramai mahasiswa UMSKAL yg sentiasa menyokong kami...
thanx...arigato'...shiye-shiye...syukran...
Salam, apa-apa pun kami warga kampus amat hargai tindakan berani saudari. teruskan usaha, jangan pernah takut menyuarakan sesuatu kebenaran demi kebajikan mahasiswa dan warga labuan. Harapan daripada warga kampus agar akan lebih ramai lagi pemimpin dari semua organinsasi yang benar-benar ikhlas dan berani dalam mejalankan tugas walaupun kadang kala terpaksa menangung bebanan yang berat. Berbuat sesuatu adalah lebih baik daripada menanti atau mengharapkan sesuatu yang tidak pasti dan hanya berdiam diri. jadi lah pemimpin yang berjasa kepada pengikutnya
salam..saudari qatrun..jgn risau..x banyak org yang tahu isu nie..tp kalau mereka tahu pn mesti banyak yg sokong melainkan ada hasad dengki..hehehe..usaha yang dilakukan mmg diperlukan untuk membuktikan MPP masih buat kerja..hehehe..
Salam... tahniah, pada pandangan saya, niatnya betul, cuma caranya salah.
Post a Comment