Salam Ma'al Hijrah
Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijrah pada hari ini. Di kesempatan ini, kami bagi pihak Pro-Mahasiswa UMSKAL ingin mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat-sahabat muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari yang mendatang.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)
Sabda Rasulullah SAW:"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
Pada 27 november 2011 ini, sambutan rasmi peringkat kebangsaan yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di tempat yang tidak asing lagi iaitu Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bertemakan Maal Hijrah tahun ini ialah ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’.
Sebagai peringatan bersama, marilah kita bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun untuk mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. Sebaiknya kita juga digalakkan membaca Surah Yaasin dan doa selamat.
Selamat beramal… Takbir!!!
Baca seterusnya...


Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (kiri) berkata, pengumuman ini dilihat bertetapan dengan agenda transformasi politik dan juga semangat kerajaan ketika memansuhkan "akta drakonian lain", seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menurut kumpulan itu, bukan sahaja seksyen 15, terdapat juga peruntukan lain dalam AUKU yang digambarkan bermasalah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta.
Justeru, pihak SPKGD dalam satu kenyataan bersama, berharap tidak ada pihak yang cuba mencampuri urusan agama lain.
SPKGD merujuk, kenyataan oleh MCCBCHST yang pada Jumaat lalu menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.
Menurut MCCBCHST, pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.
"Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini,” kata kenyataan MCCBCHST itu lagi.