SPKGD minta MCCBCHST tak campuri urusan agama lain

Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta semua pihak menghargai sifat toleransi umat Islam.

azlanJusteru, pihak SPKGD dalam satu kenyataan bersama, berharap tidak ada pihak yang cuba mencampuri urusan agama lain.

“Pihak Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain.

“Pihak MCCBCHST juga perlu memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam, masyarakat Cina merayakan pesta
tanglung, penganut Taoisme merayakan pesta hantu lapar dan seumpamanya,” kata mereka.

thaipusam mb khalid visit 290110 01SPKGD merujuk, kenyataan oleh MCCBCHST yang pada Jumaat lalu menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.

Dalam kenyataan itu, pemimpin-pemimpin MCCBCHST menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu - yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu - akan diadakan di premis sekolah.

Isu remeh memalukan

Lazimnya, upacara penyembelihan dijalankan di perkarangan masjid, tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain.

hari raya haji, slaughtering of cows, korbanMenurut MCCBCHST, pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

"Kami merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat kita yang berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.

"Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam.

hari raya haji, slaughtering of cows, korban"Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini,” kata kenyataan MCCBCHST itu lagi.

Bagi SPKGD, MCCBCHST sepatutnya tidak menimbulkan isu remeh yg memalukan masyarakat di negara ini. Sebaliknya, pihak SPKGD menyarankan agar MCCBCHST dapat mencontohi rakan mereka di Singapura,Thailand dan Indonesia.

Kenyataan bersama ringkas SPKGD itu ditandatangani oleh Abdullah Zaik Abd. Rahman (Isma), Amidi Abdul Manan (Abim) dan Fauzi Draman (PUM).

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top