Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismai. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran.
Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus ‘Analisa Pilihanraya’ di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka.
Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka?
Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk “ahli politik” ke dalam kampus.
AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah.
Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan?
Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya?
Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini?
Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi.
Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki.
Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan.
Kata Tun Razak pada Ogos 1970, “… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.”. Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa.
Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan.
Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara
03 Ogos 2010

0 comments:
Post a Comment