Tanggal 1 Ogos 2010 mencalitkan satu titik hitam dalam sejarah landskap Malaysia setelah hampir 53 tahun merdeka rakyat masih lagi dikonkong dan dicabuli hak-hak kebebasannya. Mana mungkin sebuah negara maju dan setelah merdeka sekian lama tetapi peraturan yang digunapakai masih ditahap lapuk.
Akta ISA yang seringkali mengamit seribu macam persoalan di sudut setiap hati masyarakat Malaysia kerana kerelevenan menggunapakai peraturan. Peraturan yang amat mudah dan senang kerana tidak perlu soal bicara tetapi hanya tangkap dan beralasankan menggugat keselamatan negara sudah cukup mengsengsarakan tahanan yang perlu meringkuk tahun demi tahun di dalam penjara.
Akta ISA sehingga kini digunapakai walaupun bermacam-macam siri bantahan dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia yang mahukan ISA ini dimansuhkan segera dalam landskap Malaysia dan digantikan dengan suatu akta atau peraturan yang memberikan keadilan kepada seluruh pihak samada yang kena tuduh dan masyarakat. Namun, akta yang dianggap zalim dan rimba ini masih lagi terus-terusan digunakan sehinggakan ramai bapa kepada anak-anak, anak kepada ibu dan bapa, suami kepada isteri masih lagi meringkuk di Penjara Kemunting tanpa bicara dan tanpa suatu bentuk pembelaan bagi mereka untuk membela diri sendiri.
Jelas sekali bahawa akta yang digubal dan dilaksanakan ini sewaktu zaman darurat dahulu bagi mengekang golongan pelampau mengheret semua rakyat sehingga kini. Akta ini ditentang bukan berdasarkan fahaman politik tetapi akta ini ditentang dan dibantah kerana tahanan yang ditangkap dinafikan hak untuk membela diri mereka di mahkamah bahkan mereka secara percuma meringkuk dalam penjara.
Persoalannya, adakah tahanan tersebut benar-benar bersalah? Di mana hak kemanusian untuk mereka membela diri? Persoalan sebegini perlu difikirkan oleh kerajaan yang memerintah dengan Slogan 1 Malaysia yang ingin membawa perubahan di dalam Malaysia ini. Manusia tidak dilahirkan untuk dizalimi tanpa asal usul periksa dan manusia tidak diberikan nafas untuk disumbat di dalam penjara sehinggalah dibuktikan bersalah.
Masyarakat perlu sedar dan insaf akan kehadiran akta ISA yang menyengat hidup rakyat Malaysia. Di penjara sana masih ramai tahanan ISA yang sedang meringkuk dalam kegelapan yang menunggu masa bila keluar melihat mentari kembali bersama keluarga dan anak-anak. Kerajaan yang baik dan adil akan wujud dengan peraturan yang adil dan saksama terhadap rakyat yang dipimpinya. Bukan PINDA…Tapi MANSUH ISA!!!
Mohd Ridzuan Bin Othman
Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Layari: http://ridzuan1706.wordpress.com

0 comments:
Post a Comment