Selamat Bercuti Kepada Mahasiswa UMS-KAL

UMS-KAL bakal melabuhkan tirai bagi semester 2009/2010 tidak lama lagi. Mahasiswa-mahasiswa UMS-KAL bakal pulang ke kampung halaman sebaik sahaja mereka selesai menduduki peperiksaan.

Kami dari Meja Editor Pro-Mahasiswa mahu mengucapkan selamat bercuti kepada para mahasiswa. Semoga rakan-rakan semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Di sini, Pro-Mahasiswa ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada bakal graduan-graduan UMS-KAL yang bakal menamatkan pembelajaran mereka di UMS-KAL.

Kalian merupakan mutiara baru yang dinanti kehadirannya oleh masyarakat luar. Semoga kalian dapat menabur bakti kepada masyarakat seterusnya menjadi rakyat Malaysia yang berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat.

Meja editor juga mahu merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi maklumat kepada kami. Baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top