Cadangan Penubuhan IPCMC: Kenyataan Media GAMIS

Kenyataan Media
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Berkenaan:
GAMIS gesa pertimbang semula cadangan penubuhan IPCMC

Tarikh: 4 Mei 2010 (Selasa)

Kes pembunuhan Aminulrasyid yang ditembak oleh anggota polis pada minggu lepas merupakan insiden terburuk terhadap hak asasi manusia di Malaysia yang dilakukan oleh pihak Polis Malaysia. Kes ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia selepas beberapa insiden salah laku polis di dalam kes Kugan, Norizan dan terakhir adik Aminulrasyid.

Pihak polis telah mengadakan inkues di dalam kes ini, namun dibantah oleh keluarga mangsa dan mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes ini secara telus dan dibawa ke muka pengadilan.

GAMISᅡᅠhari ini menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan yang pernah dikemukakan oleh aktivisᅡᅠhak asasi satu ketika dahulu agar ditubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

GAMIS memandang, kes-kes seumpama ini supaya tidak lagi berulang pada masa akan datang. Polis juga adalah salah satu daripada pegawai kerajaan yang perlu dipantau sekiranya terdapat salah laku atau tindakan yang melampaui norma-norma serta nilai hak kemanusiaan.

GAMIS mengambil iktibar daripada isu dan insiden kes kematian Kugan di dalam tahanan serta kes Norizan yang ditembak anggota polis. Perkara tersebut tidak wajar berlaku pada masa akan datang.

GAMIS beranggapan tindakan anggota polis haruslah dikawal supaya tidak melebihi nilai hak kemanusiaan dan tidak bertindak sesuka hati tanpa dibuktikan kesalahan seseorang pesalah itu. Itulah yang diajarkan oleh Islam bahawa seorang itu tidak boleh dijatuhkan kesalahan selagi mana tidak dibuktikan kesalahan. Dan Islam sendiri menganjurkan supaya memberi keadilan kepada sesama manusia.

Disediakan oleh:

Mohd Aizat bin Mohd Salleh
SetiausahaᅡᅠAgung,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).
0133136233

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top