- Berdasarkan perjumpaan MPP bersama Pihak Pengurusan Universiti pada 04 Mac 2010 yang lalu, pihak MPP telah memohon agar waktu perkhidmatan perpustakaan dipanjangkan pada waktu malam.
- Pihak Perpustakaan UMS Kota Kinabalu telah bersetuju untuk memanjangkan waktu perkhidmatan perpustakaan UMS KAL sehingga jam 12.00 malam dan akan melaksanakannya sebagai permulaan selama 3 bulan.
- Pelaksanaan pemanjangan waktu perkhidmatan ini akan berkuatkuasa pada 23 Mac 2010 (Selasa). Mohon perkara ini diwar-warkan kepada seluruh warga kampus khususnya pelajar-pelajar UMS KAL.
Daripada:
Majlis Perwakilan Pelajar (Pro-Mahasiswa)
Universiti Malaysia Sabah
Kampus Antarabangsa Labuan
5 comments:
salam,, saya amat keliru sekarang,, kerana wujudnya perkara yg tidak seharusnya berlaku dlam kepimpinan mahasiswa,,, kerana ada pihak yg mengatakan bahawa pihak jakmas yg telah berusaha untuk memanjangkan tempoh perpustakaan ,, begitu juga dengan mpp pro m... sekarang timbul tanda tnya siapa sebenarnya diantar mereka yg telah berusaha untuk memberi kebajikan mahasiswa...
sy cadangkan disini,, agar pihak mpp dan jakmas mengadakan 1 dialog untuk membincangkan hala tuju kepimpinan mereka,, sekiranya ada 2 entiti yg bercakaran,, lebih lebih lagi mereka yg berada dalam kepimpinan maka sukar lah kita mencapai hala tuju yg kita mahukan...
saya amat meminta kepada pihak mpp untuk mengadakan dialog terbuka dgn jakmas dan disaksikan oleh mahasiswa.. kerana itu adalah jalan yg terbaik...
kepada heryanto,, selaku mahasiswa dibawah pimpinan kamu,, tolong buktikn bahawa pihak kamulah yg telah berusaha untuk memanjangkan tempoh perpustakaan ini dibuka,, begitu juga kepada saudara nadil.. agar mahasiswa tidak terkeliru dan tahu siapa diantara pihak kamu yg berdusta..
ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan gerak geri kamu.. jgn menipu... ikhlas dari tintaku kesepian..
Salam. Rasanya hal ini jelas jika kita lihat dalam notis rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Perpustakaan (Pustakawan Kanan) UMS, yang ianya hasil perbincangan antara pihak atasan dgn MPP. Jadi kekeliruan ini sebenarnya telah terjawab.
Saya bukan tidak menyokong dialog yang anonymous cadangkan cuma saya rasakan ianya membazirkan masa saja. Pada pemerhatian saya, bukan MPP yang mulakan provokasi. Saya pasti pihak MPP tentu berasa hairan bila Sdr. Nadil keluarkan kenyataan yang perkara ini hasil usaha pihaknya sedangkan MPP yang membawa perkara ini ke atas. Tetapi mungkin Sdr. Nadil terlupa yang Bahagian Perpustakaan akan keluarkan notis pemberitahuan kepada mahasiswa. Jadi jika Sdr. Nadil bertegas mengatakan perkaranya ini hasil usaha pihaknya, maka saya cabar Sdr. Nadil untuk mencabar pula notis yang dikeluarkan Bahagian Perpustakaan.
Apa pun percayalah, yang benar tetap akan terserlah, dan yang dusta pun akan terbongkar jua akhirnya.
Salam. Saya sokong mahasiswa peka, terutama dalam mengadakan dialog antara MPP dengan Jakmas. Membuang masa!
Mahasiswa di universiti lain mengadakan dialog untuk membincangkan isu-isu besar, yang menyentuh hal ehwal kenegaraan & global; membincangkan pandangan & reaksi mahasiswa terhadap polisi semasa kerajaan, isu GST dll.
Dialog begini barulah sesuai dengan makna mahasiswa selaku barisan hadapan pelapis kepimpinan negara. Saya bukan bermaksud mengatakan dialog untuk menjernihkan keadaan sebegini tidak penting, ada kala ia perlu. Namun dalam kondisi ini (isu perpustakaan), ianya tidak wajar dibuat. Cukup dengan penerangan yg ada. Yg pasti yang benar tetap benar.
Satu 'revolusi' pemikiran perlu berlaku di UMSKAL.
permasalahan yang timbul sekarang bukan isu perpustakaan semata mata,, namun kita kena menilai semula perkara ini untuk melihat hala tuju kepimpinan mahasiswa kita,, bagai mana kita ingin mengadakan dialog untuk membincangkan hal hal luar sedangkan masalah dalaman dalam kepimpinan kita sudah begitu teruk..permasalahan sekarang siapa yang menipu perlu kita bongkar, berani kerana benar takut kerna salah,, sy amat sedih melihat keadaan yg tempang dlam barisan kepimpinan kita,, heryanto dengan cara begini ,nadil dengan cra begitu,, takda persefahaman,, isu air dikatakan hasil perjuangan MPP Pro M,, sedangkan benda tu melibatkan pihak Jakmas juga,, cuba kita teliti dalam task force hanya aida seorang shja wakil MPP,, jakmas bernad dan pui k.k.. sedangkan sepatutnya herianto la yg sepatutnya ikut dalam meting task force..
sy, cuma ingin melihat satu suasana yg baik dalam kepimpinan kita.. bg sy tidak salah sekiranya kita mengadakan dialog,, kerna kita dpt lihat apa yg ingin diperjuangkan oleh mpp dan jakmas,, untuk pengetahuan daun hijau dan mahasiswa peka,, sy adalah org yg sentiasa memerhatikan gerak geri pro M dan pro A.. namun malang sekali apa yg sy sangka selama ini rupanya satu penipuan besar yg cuba untuk dimainkan oleh sebelah pihak..
harap,, saudara heryanto selaku ketua pemimpin di umskal ini dapat melaksanakan dialog itu,, sekiranya ia tidak dilaksanakan sy sendiri akan cuba menyiasat dari kedua dua pihak dan akn buktikan kepada mahasiswa bhwa wujud penipuan besar dalam kepimpinan mahasiswa di umskal..
Salam kembali.
Saya tidak tahu jika ada pihak MPP mengeluarkan kenyataan bahawa mslh air isi hanya dijuarai MPP Pro-M. Jika ada tolong nyatakan sumbernya. Bila saya katakan saya yakin ini usaha MPP, saya berikan sumber saya (Memo Bahagian Perpustakaan).
Kenapa saya cenderung kpd Pro-M? Ya, sy cenderung kpd Pro-M kerana pd sy Pro-M serius perjuang hak mahasiswa! Lihat sj isu air. Ketika perjumpaan mlm sblm demo, jelas MPP bersama mahasiswa. Ketika itu di mana MT Jakmas? Di belakang HEP! Siapa yang nk nafikan segala penyelesaian isu air yang serius mula berlaku lps demo tempoh hr? Selepas 9 bulan mahasiswa sengsara, br ada penyelesaian.
Jadi jika Anonymous boleh faham apa yg saya fikir, saya tentu hairan hari ini jakmas jg beria-ia bersama mahasiswa. Baguslah, sy & mahasiswa lain amat mengalu-alukan jika pendirian jakmas dah berubah. Biar suara mahasiswa berpadu.
Anonymous menyebut tentang penipuan. Sy tertanya2 penipuan bagaimana yg dimaksudkan Anonymous.
Anonymous jg nmpknya cukup jelas siapa yg hadir, siapa yg tidak, dlm task force. Siapa sebenarnya Anonymous ni ya?
Sy tidak kisah jika perjumpaan ini dibuat, sy akan hadir. Cuma jangan jadikan perjumpaan tersebut medan menegakkan benang yang basah.
Post a Comment