Maklumat Yang Diperoleh:
En. Mohd Zamri B. Mohd Tuah (Penolong Pendaftar Kanan HEPA)
- Jawatankuasa 'ad-hock' telah ditubuhkan bagi mengatasi masalah air di Labuan. Berperanan memastikan air yang dibekalkan mencukupi, konsisten dan berkeadaan baik.
- HEP akan memastikan bekalan air (lori) dibekalkan secara berterusan.
Cik Kamisah Husin (Timbalan Pendaftar)
- Dalam masa 10-14 hari akan siap pam dan saluran tangki ke tangki-tangki atas blok kediaman untuk 5 buah tangki utama di kolej kediaman. untuk tangki-tangki selebihnya, akan disipkan dalam bulan 4 tahun ini.
- 10 buah kanvas tertutup dibekalkan, 8 buah di kolej kediaman mahasiswi, dan 2 buah di kolej kediaman mahasiswa.
- Memegang prinsip "Customer is Always Right'.
- Kontrak dengan 'Major Maintenance' sebanyak RM18juta diperuntukkan untuk menaiktaraf dan membangunkan UMSKAL: -Pembersihan tangki-tangki air secara berkala di UMSKAL. -mengemaskini kabel elektrik. -menaiktaraf kompleks sukan.
- RM600,000 diperuntukkan untuk 15 buah tangki dan pam.
- Setiap minggu laporan kesihatan akan dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan yang memantau kualiti air yang dibekalkan.
- Laporan 'task force' turut dilaporkan.
Walaupun pelbagai tohmahan yang diberi dari pelbagai pihak dan dari pelbagai sudut, mahasiswa UMSKAL telah dapat membuktikan bahawa 'KITA SATU KELUARGA'. Saling lindung-melindungi dan saling bersatu hati menyuarakan hak sebagai seorang mahasiswa. Sehinggakan, penjelasan dan resolusi yang dinantikan oleh mahasiswa dari pihak pentadbiran universiti telah dapat dicapai. Ini dibuktikan dengan kesatuan mahasiswa yang hadir di dewan utama pada malam Jumaat tersebut dengan memakai pakaian berwarna hitam.
"Mahasiswa bukanlah kanak-kanak yang senang ditipu dengan janji-janji, tetapi mahasiswa perlukan penjelasan konkrit untuk memahami keadaan selain dapat memberi cadangan..."Antara cadangan mahasiswa:- mantan exco 3K MPP
- Perkasakan 5S yang tidak tercapai dikalangan staf. (Sdra.Musid, SSIL)
- Kurangkan birokrasi dikalangan staf dan pentadbiran universiti terutama bagi kes-kes kecemasan. (Sdri.Qatrunnada, mantan exco 3K)
- Memberi penerangan umum kepada mahasiswa secara telus dan tepat bagi permasalahan yang melibatkan mahasiswa. (Sdri. Qatrunnada, mantan exco 3K MPP)
- Memandang tinggi peranan pemimpin mahasiswa yang seharusnya dipandang suara mereka mewakili suara 2000 orang mahasiswa, dan bukannya suara individu. (Sdri.Qatrunnada, mantan exco 3K)
- Membuat pemerhatian terperinci tentang permasalahan kualiti air di kampus oleh pihak yang pakar dalam bidang tersebut. (Sdra. Abdillah, mantan naib presiden MPP)
- Memasang kanvas yang kukuh atau memperbaharui kanvas penghadang tempat mandi sedia ada. (Sdri.Hanisah, SPKAL)
- Untuk sesi baru yang bermula Julai akan datang, UMSKAL dicadangkan supaya ditutup sehingga permasalahan air selesai dan mahasiswa KAL dipindahkan di kampus induk untuk meneruskan pengajian. (Sdra.Abdillah, mantan naib presiden MPP)
- Memperkasakan cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam kertas kerja cadangan MPP yang diserahkan sewaktu delegasi.
Pelbagai perkara yang telah disampaikan oleh Pengarah Kampus, Prof.Dr.Shariff A.K Omang, yang menunjukkan kepada mahasiswa bahawa beliau cuba melindungi staf bawahannya dan menyalahkan mahasiswa sehingga menimbulkan kemarahan mahasiswa. Namun, beliau tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya oleh mahasiswa memandangkan beliau baru sahaja ditukarkan ke UMSKAL dari kampus induk di Kota Kinabalu.
Kenyataan yang diberikan oleh mantan Naib Presiden MPP tersebut, sedikit sebanyak meredakan keadaan dewan yang gamat dek kerana respon terhadap pengucapan Pengarah Kampus. Namun, ia digantikan pula dengan sorakan mahasiswa menyeru pihak HEP untuk memberi penjelasan serta resolusi, dan bukanlah semata-mata pengakuan salah oleh Pengarah Kampus atas kelambatan bertindak menangani permasalahan air oleh kakitangan yang sepatutnya bertanggungjawab.
Walaupun sesetengah pihak telah berusaha melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka yang sepatutnya menjaga kebajikan mahasiswa dengan baik, akan tetapi terdapat juga pihak lain yang memainkan peranan mereka sebaliknya yang pastinya terancam.
Tahniah Mahasiswa UMSKAL!
"Saya amat mengenali Prof.Shariff...Saya cukup kenal dengan sifat beliau yang cukup mengambil berat mahasiswa dan seringkali turun padang. Seringkali saya berdiskusi dengannya tentang isu-isu kampus. Pertemuan pada malam ini yang pada awalnya cuba dibatalkan oleh pihak HEP memandangkan keselamatan telah ditarik balik oleh Prof. dan beliau meminta untuk bersemuka dengan mahasiswa menghadapi masalah yang timbul. Saya tahu tidak banyakyang beliau ketahui tentang permasalahan air ini dan adalah tidak adil beliau yang perlu menjawab segala permasalahan yang dipersoalkan mahasiswa..."- mantan naib presiden MPP
Kenyataan yang diberikan oleh mantan Naib Presiden MPP tersebut, sedikit sebanyak meredakan keadaan dewan yang gamat dek kerana respon terhadap pengucapan Pengarah Kampus. Namun, ia digantikan pula dengan sorakan mahasiswa menyeru pihak HEP untuk memberi penjelasan serta resolusi, dan bukanlah semata-mata pengakuan salah oleh Pengarah Kampus atas kelambatan bertindak menangani permasalahan air oleh kakitangan yang sepatutnya bertanggungjawab.
Walaupun sesetengah pihak telah berusaha melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka yang sepatutnya menjaga kebajikan mahasiswa dengan baik, akan tetapi terdapat juga pihak lain yang memainkan peranan mereka sebaliknya yang pastinya terancam.
"Kepada staf dan kakitangan sokongan yang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan berusaha sehabis baik, tahniah diucapkan. Akan tetapi, bagi mereka yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka, bersedialah, kerana anda akan menjadi sasaran mahasiswa seterusnya pada masa akan datang kerana mahasiswa sedang memerhati..."Dari pihak pro-mahasiswa melihat bahawa, mahasiswa UMSKAL bukanlah lagi seperti kayu yang basah. Mahasiswa kini telah menjadi kayu yang kering dan telah terbakar dek kerana isu yang melibatkan kebajikan ini. Bukan sahaja kini, malah pada msa akan datang, mahasiswa pastinya bangkit pada bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hak mereka yang tercalar. Kerana, kayu yang kering itu, bila-bila masa sahaja boleh terbakar. Pemimpin yang telah dilantik, perlulah memainkan peranan masing-masing dengan baik dalam pada kita sama-sama membawa mahasiswa kearah kebangkitan yang sejajar dengan keintelektualan tinggi dengan menerapkan kasahsiahan yang jitu dan seimbang dari sudut IQ, EQ, dan SQ secara terfokus dan bukanlah tergopoh-gapah.- mantan exco 3K MPP
Tahniah Mahasiswa UMSKAL!
0 comments:
Post a Comment