Pada pengundian calon kepimpinan mahasiswa, 28 Januari 2010 yang lalu, selepas sahaja diumumkan MPP yang telah berjaya mendapatkan 2 undian yang tertinggi, mereka terus diterbangkan ke kampus induk bagi membentuk kabinet baru MPP sesi 2009/2010. Pada malam tersebut, belum sempat mahasiswa mengucapkan lafaz tahniah dan takziah, Sdra.Herry Anto dan Sdri.Nurul Aida, bersama 4 orang MPP lain yang telah menang tanpa bertanding terus bertolak ke Kota Kinabalu (KK).
Terdapat juga beberapa mahasiswa yang mengadu, "mana MPP-MPP yang baru nih? baru naik hilang sudah? baru nak tuntut manifesto...". Namun demikian, mereka tetap sabar menunggu perkhabaran struktur organisasi yang baru MPP. begitu juga mantan-mantan yang tidak sabar ingin mengetahui individu yang bakal meneruskan perjuangan barisan kepimpinan yang baru.
Walaupun pada mulanya mereka dimaklumkan bahawa mesyuarat hanya mengambil masa sehari, namun telah berlaku ketidaksefahaman dia antara ahli MPP di KK. Mereka turut berbalah akan penetapan presiden MPP yang baru yang selayaknya. Mereka turut memberi syarat bahawa, presiden baru haruslah warga tempatan peribumi Sabah yang diutamakan. Hasil dari perbincangan tersebut, buat masa ini, telah ditetapkan barisan Majlis Tertinggi MPP :
Presiden
Sdra. Faizan Amidun
Timbalan Presiden
Sdra.Syafiq Ridzuan Jamaluddin
S/U Agung
Sdri.Jumaliah Amboy
Bendahari
Sdra.Khairul Anwar Ahmad Nadzen
Naib Presiden KAL
Sdra.Herry Anto Hasanuddin
S/U Kehormat
Sdri.Nurul Aida Abdul Aziz
Naib Presiden HELWA
Sdri.Syatirah
Naib Presiden Kemahasiswaan
Sdra.Nukman
Naib Presiden Hubungan Diplomatik
Sdri.Rabiatul Adawiyah
Bagi penetapan majlis eksekutif masih belum mendapat ketetapan dan makluman dari MPP di kampus induk. Surat bantahan telah dihantar kepada pihak pentadbiran UMS oleh pihak yang tidak bersetuju Sdra.Faizan yang mendapat tempat sebagai presiden MPP UMS sesi 2009/2010. Namun demikian, MPP KAL tetap mendapat kedudukan jawatan seperti yang telah dirancang oleh mereka sebelum dibawa ke persidangan pembinaan kabinet baru di KK ketika dalam perjalanan, seperti yang telah dimaklumkan Naib Presiden MPP UMSKAL yang baru.
Naib Presiden KAL
Sdra.Herry Anto Bin Hasanuddin
S/U Kehormat
Sdri.Nurul Aida Binti Abdul Aziz
Exco Kepimpinan dan Latihan
Sdri.Khairul Bariyah
Exco Akademik
Sdra.Alex Tan Wen Fei
Exco Kebajikan, Kesihatan dan Kemasyarakatan
Sdri.Paezah Binti Andilala
Exco Perpaduan Nasional
Sdri.Tan Lay Yen
Saranan yang ingin pihak penulis blog pro-mahasiswa, adalah supaya para pemimpin baru MPP yang telah naik, bagi yang muslim, bolehlah jalankan solat Istikharah dan buatlah pilihan. Kerana, perbalahan di awal kepimpinan bukanlah petanda yang baik bagi menggambarkan setahun kepimpinan yang bakal diterajui. Seharusnya sebagai seorang pemimpin mahasiswa, kita mestilah bertindak dengan lebih profesional dan mempamerkan kredibiliti seorang pemimpin.
Pilihlah pemimpin yang membuatkan hati kita tenang kerananya. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat, dan bukannya pemimpin yang meletakkan dirinya diatas sebagai pemimpin. Semoga kabinet baru MPP dapat mencapai keputusan dan kata sepakat dengan lebih cepat agar gerak kerja yang terbengkalai semenjak pembubaran MPP sesi lalu dapat diteruskan. MPP KAL pula, walaupun di KK masih belum capai kata sepakat, sebagai pemimpin di KAL yang telah sependapat dalam menentukan jawatan, teruskan dengan gerak kerja yang sepatutnya digerakkan awal. Tidak perlu tunggu masalah di KK selesai kerana ia hanya akan melambatkan gerak kerja.
Masalah air bila akan selesai? Janji JBA bagi memasang pam air bila akan tertunai? Permasalahan-permasalahan lain pula bagaimana? Inilah suara-suara mahasiswa...
2 comments:
Salam, tahniah kpd MPP KAL, pesanan saya, jgn bertindak berlandaskan emosi, bertindaklah dgn bijaksana, jgn wujudkan perbezaan, dlm organisasi perlu hormat kpd pemimpin dlm organisasi, insyaAllah moga segala2nya berjalan baik
salam..
tahniah... berita ni sy terima sekembalinya sy dr jakarta dlm lawatan kerja rasmi 10 hari sempena persidangan belia Islam sedunia kali 3 d anjurkan oleh Union NGO Islamic World b'pusat d Turki & persidangan 1st & 2nd nya d Istanbul, turki... Kini, waktu anda tunaikan tggjwb serta jgn hanya beri komen @ bantahan but cari solusi nya yg secara tdk lngsng secara Islamic dlm usha melahirkan umat Islam gemilang bg m'yelesaikan sesuatu perkara... wslm
Post a Comment