

Hari penamaan calon bagi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) pada 22 Januari 2010 bermula pada jam 9.00pagi hingga 11.00pagi. Tempoh bantahan bagi calon sehingga 12.15 tengah hari bertempat di bilik Seri Menanti.
Kesibukan dan kegusaran terasa oleh calon-calon yang akan bertanding apabila beberapa kali perlu mengisi semula borang penyertaan disebabkan beberapa kesilapan kecil. Namun, itu tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus bertanding dengan tekad dan semangat yang tinggi. Senior-senior turut membantu dan bertindak sebagai fasilitator bagi menyemak semula borang dan mengurangkan rasa gementar calon.
Antara calon lain yang turut mendapat bantahan adalah calon pro-aspirasi
Penulis mendapati satu kelainan gelombang pilihanraya kampus(PRK) UMSKAL
sesi kali ini yang terasa segelintir mahasiswa seperti kayu basah yang masih belum boleh digunakan untuk menyalakan api. Apakah benar begitu? atau mahasiswa sudah mula muak dengan kerenah pihak pentadbiran universiti yang menyekat tindakan pemimpin mereka sesi sebelum ini? biarpun menjadi pemimpin mahasiswa, apa lagi yang boleh mereka lakukan, jika sekiranya mereka masih lagi dikawal pergerakan dan pemikiran? Lantas, penulis tertanya-tanya jenis kepimpinan yang bagaimanakah pihak pentadbiran universiti ingin lahirkan sebenarnya?Jika begini keadaannya, tidak hairanlah mahasiswa cenderung memilih pro-mahasiswa sebagai satu medan atau wadah mereka untuk melepaskan apa terbuku dalam diri mereka dan berfikir juga bertindak dengan lebih bebas dan terbuka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak walaupun masih merujuk kepada akta universiti dan kolej universiti (AUKU).
Di peringkat Pro-Mahasiswa yang amat menyedari keadaan ini telah memanaskan malam pengenalan calon dengan gelombang Oren dan laungan "hidup hidup mahasiswa, bangkit bangkit mahasiswa'. Perarakan oleh calon dan penyokong pro-mahasiswa dari dewan theatrette ke cafetaria telah dijalankan selepas sesi pengenalan calon supaya mahasiswa sedar bahawa memilih pemimpin yang baik itu sangat penting dan pilihan itu berada di tangan mahasiswa. Di Cafetaria Food Court (CFC) turut diadakan pengucapan umum oleh calon Pro-Mahaiswa di kerusi umum, bagi menjelaskan dan menyampaikan perjuangan dan idealisme bagi sesi kepimpinan mereka akan datang InsyaAllah iaitu Sdra.Herry Anto dan Sdri. Nurul Aida. Sesi pengucapan tersebut telah mendapat sambutan baik dari semua mahasiswa yang berada di sana. Diharap, mahasiswa akan datang sedar akan peri pentingnya memilih pemimpin yang berkualiti bagi memperjuang hak-hak dan kebajikan mahasiswa bersama. SELAMAT MENGUNDI! Undilah Calon Kerusi Umum Pro-Mahasiswa!

1 comments:
Thank youu for this
Post a Comment