Salam Aidilfitri buat Warga KAL

Assalamu'alaikum wbt.


Salam sejahtera, salam perpaduan, salam muhibbah, dan SALAM LEBARAN…

Tanpa disangka sudah hampir sebulan muslimin muslimat berpuasa dan berjuang melawan hawa nafsu dan dalam kepayahan mengharungi kesulitan ketiadaan air.

Semuanya ini benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan hidup di kampus sebagai seorang mahasiswa. Pada masa yang sama, ini bukan bermakna kita akur akan segala kekurangan yang sepatutnya diperbaharui dan diperbetulkan. Sebagai mahasiswa juga, sensitiviti sebegini adalah normal kerana ini sebahagian daripada lambang solidariti mahasiswa yang sememangnya inginkan perubahan.

Sempena Lebaran yang bakal tiba beberapa hari lagi, diharap ianya memberi erti dan manfaat yang besar kepada keluarga kita. Amalan bantu-membantu dan kerjasama pasti mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping kita tampilkan diri sebagai mahasiswa yang berkredibiliti tinggi yang menjadi gambaran hasil didikan murni yang diterapkan di universiti.

Dengan ini, saya dan seluruh saff kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Antarabangsa Labuan (MPP-KAL 08/09) mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

MOHD ABDILLAH B.MATLIN
Naib Presiden MPP KAL

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top