Mahasiswa Perlu Didedahkan kepada Politik - Zahid

Sumber: Bernama

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) - Golongan mahasiswa yang merupakan bakal pemimpin pelbagai organisasi di peringkat kebangsaan perlu didedahkan dengan aktiviti politik, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya langkah itu sebagai persediaan mahasiswa memimpin sesuatu organisasi selepas mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Sebagai pemimpin, golongan itu juga mempunyai peranan untuk membina negara bersama pemimpin kerajaan yang lain," katanya kepada pemberita selepas program merakyatkan seni budaya bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Bulan Kemerdekaan, di sini.

Beliau mengulas mengenai cadangan supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terbabit dalam politik.

Ahmad Zahid bagaimanapun berharap jika akta itu dipinda dengan memberi kelonggaran kepada golongan mahasiswa terbabit dalam politik, ianya tidak disalahgunakan oleh mereka.

Rabu lepas, anggota Majils Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata sudah tiba masa supaya AUKU dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terbabit dalam politik.

Katanya beliau akan membawa usul itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top