Kenyataan Media
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN)
9 Ogos 2010 (Isnin)
BENARKAN MAHASISWA MENJADI
AHLI PARTI POLITIK
9 Ogos 2010 (Isnin)
BENARKAN MAHASISWA MENJADI
AHLI PARTI POLITIK
Pendahuluan
Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) pindaan 2009 memperlihatkan ruang lingkup partisipasi mahasiswa dengan politik masih terbatas.
Mahasiswa masih lagi dihadkan memberikan idea dan pandangan tentang isu-isu politik negara serta terlibat secara sah dengan parti politik semasa di kampus.
Baru-baru ini, timbul isu yang hangat dibincangkan di media-media dan di kalangan masyarakat adalah membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Justeru, segelintir pemimpin kerajaan tampil memberikan pelbagai respon terhadap isu ini. Ada di kalangan mereka yang melontarkan respon yang positif dan ada juga yang memberikan pandang sisi negatif.
Oleh itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) tampil untuk memberikan pendirian terhadap isu ini yang secara jelas perlu diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan.
Pendirian MPMN
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) berpendirian:
- Sudah tiba masanya, kerajaan membenarkan mahasiswa berpolitik sebagai proses mematangkan demokrasi di Malaysia dan menjamin hak-hak yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.
- Kerajaan harus terbuka dan ikhlas memberikan ruang kepada mahasiswa menjana kepimpinan diri di alam kampus sekiranya mahu melihat barisan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang berkualiti dan berktrampilan tinggi.
- Mendesak kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan terbuka kepada umum sekiranya isu membenarkan mahasiswa berpolitik diterima sebulat suara ahli kabinet kerajaan Malaysia.
Disediakan oleh,
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA NASIONAL (MPMN)
0 comments:
Post a Comment