"Janji Pentadbiran UMS dan JBA Perlu Ditunaikan!" - Pengerusi Pro-M UMSKAL

Masalah air di Labuan, khususnya UMS KAL, belum lagi menemui jalan penyelesaian. Malah, janji manis yang ditaburkan oleh pihak pentadbiran dan pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) pada mesyuarat lalu kelihatannya tidak bermakna, hanya seperti 'gula-gula' yang diberikan kepada kanak-kanak yang merengek untuk men'diam'kannya.

Kebelakangan ini, pihak pro-mahasiswa mendapati, masalah ini kelihatannya seperti menjadi semakin serius, dan tidak ada petanda bahawa pihak pentadbiran yang menjanjikan akan menambah bilangan tangki di blok kediaman pelajar berserta pam (pam air ke tangki atas blok) dan janji JBA untuk membekalkan 12 tangki air sehari kepada mahasiswa UMSKAL akan tertunai. Malah saya mendapati, mahasiswa semakin mendesak agar janji-janji tersebut segera ditunaikan.

Diperingkat pro-mahasiswa, saya berpandangan tindakan-tindakan agresif daripada semua persatuan pelajar khususnya MPP itu sendiri sangat diperlukan ketika ini untuk menunjukkan bahawa kita tidak selesa dengan kadar usaha pihak pentadbiran yang seolah-olah meremehkan isu ini. MPP pro-M sendiri telah mengatur strategi-strategi segera untuk menghimpunkan mahasiswa yang sengsara ini untuk kita dengar suara dan sepakat daripada mahasiswa untuk tindakan selanjutnya yang perlu diambil diperingkat mahasiswa.

Perjumpaan tergempar ini, bukan sekadar perjumpaan 'biasa-biasa' untuk kita bertempik dan mencarut, tetapi perjumpaan ini haruslah menjadi medan memberi sumbang saran terhadap kepimpinan mahasiswa untuk sama-sama mencari dan bersepakat dengan satu pelan tindakan segera yang akan diambil oleh mahasiswa sebagai langkah desakan terhadap pihak pentadbiran universiti khususnya dan kepada kerajaan malaysia umumnya berhubung dengan masalah hak asasi yang tidak tertunai ini.

Pihak pro-m sangat mengagumi, semangat dan kesungguhan segelintir mahasiswa yang menghubungi saya sendiri dan wakil-wakil MPP pro-M, menyatakan hasrat besar untuk bertindak dengan lebih agresif mendepani masalah air ini. Desakan dan sokongan padu inilah yang kami harapkan daripada kita semua sebagai mahasiswa sedar. Antara idea-idea dilontarkan kepada pihak pro-m seperti mengadakan mogok tidak datang kelas, dan demonstrasi besar-besaran sebagai tanda protes mahasiswa terhadap masalah air ini. Lontaran idea ini, sememangnya terkandung dalam perancangan pro-M dengan mempertimbangkan kerjasama dan kesediaan semua mahasiswa untuk bersama-sama kami. Pihak pro-M tidak akan teragak-agak menyambut saranan anda semua, sekiranya anda sebagai mahasiswa bersedia mengembling tenaga, menghimpun daya, menyatu suara untuk kita bangkit menyatakan kepada semua bahawa kita bukan anak-anak kecil yang begitu senang diperlekehkan.

Namun ingin saya nyatakan disini, kepada pihak-pihak yang menganggap tindakan agresif mahasiswa ini sebagai tindakan tidak profesional, sila nyatakan cara profesional bagaimana yang dicadangkan untuk memberitahu pihak berwajib bahawa kita sedang sengsara. Apa lagi prosedur yang tidak kita lalui, sekian banyak mesyuarat dan perbincangan meja bulat melibatkan menteri-menteri, berapa banyak surat telah pihak MPP hantarkan kepada pihak yang bertanggungjawab mohon penjelasan dan penyelesaian, malah pihak MPPKAL telah sedaya upaya membawakan isu ini untuk dibincangkan dengan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini, malangnya kenyatan berlepas tangan yang diberikan.

Lebih mendukacitakan, apabila dikhabarkan pihak MPP UMS induk pada awalnya menyekat MPPKAL untuk menyuarakan isu air ini dalam perjumpaan tersebut kerana kononnya isu 'kebudak-budakan' tetapi setelah didesak dan MPPKAL bertegas terhadap pendirian untuk membawakan juga isu air tersebut sebagai salah satu agenda perbincangan. Pihak lain yang hanya sekadar mendengar dan melihat kesengsaraan kita sebagai mahasiswa dalam masa ketiadaan bekalan air ini, memang tidak akan memahami kondisi dan situasi mahasiswa kita.

Saya selaku pengerusi pro-M UMSKAL, merakamkan penghargaan terhadap sokongan dan kesepaduan semua mahasiswa menghadapi isu air ini. Saya juga mengharapkan kita semua bersatu, berganding bahu, tidak mengira kaum, agama dan bangsa, kita laungkan suara mahasiswa, kita beritahu kepada massa, kita menderita dengan ketiadaan air ini. mari mahasiswa, kita turun perhimpunan tergempar membuktikan bahawa kita menyokong sebarang desakan untuk menyelesaikan masalah ini. Sekurang-kurangnya, janji pihak pentadbiran dan JBA perlu ditunaikan!!!.

"DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"

Mohd. Abdillah bin Matlin
Pengerusi Pro-Mahasiswa, UMSKAL

5 comments:

Anonymous said...

""Janji pentadbiran UMS dan JBA perlu ditunaikan!" - Pengerusi Pro-M UMSKAL"...memang mantap tajuk di atas 2.....tp even itu janji pentadbiran dan JBA mengapa ada yang mengunakan janji orang lain dalam manifesto mereka, yakni calon pro-m....MENGAPA PERLU MENGUNAKAN JANJI ORANG LAIN DALAM MERAIH UNDI??? MAU MEMPERBODOHKAN MAHASISWA KA?

Legal Advisor said...

salam sejahtera..

Disini saya ada cadangan.. Apakata jikalau pihak MPP memohon kepada pihak pentadbiran agar membekalkan para pelajar dengan 1 unit penyembur air yang boleh di tambah kandungan nyerr pada bila-bila masa.. Boleh digunakan untuk mandi.. dan aktiviti2 ringan yang lain..

Anonymous said...

source: facebook zilla diedie..
sedih la time bca pa yg dia tlis nie...


Zilla DieDie apa la punya student...nama ja blajar pai U..tp BANGANG tahap CIPAN..BUDUH BETINGKAT-TINGKAT..nada air pun mo protes-protes..mcm la d sana ja nada air...sluruh labuan pun kena catu ba air..nda payah la cari glamer mo protes2..BANGANG!BAHLUL!PALUI!UNTA!CIPAN!^%$^%$^&@%!(*!..
Today at 8:44pm
Cicie Sadrina likes this.

Cicie Sadrina aku sukung ka...hahaha...mmg buduh tahap cipan durang tu semua..eksen mau mampus kn ka...hahhaha
Today at 9:06pm

Zilla DieDie kompom cie..kunun pndai..tp trip2 tia kn protes..damit2 pndai udh bgaya camatu..udhnya bsr nnt apa ka buatannya tu..alum kaja..kakal hrpkn usin PTPTN sma usin mama bapa..ceh..mls ku ingau..
Today at 9:08pm

Noah Safuan Mohd crita d mana ni?
Today at 9:14pm

Zilla DieDie d ums cni lai..dorg wat protes sbb nada aing..bkn sana ja nada..sluruh labuan kna catu aing skrg ni..atu pun durg kn kecoh2..
Today at 9:17pm

Ain Sayang suh durg berendam d laut jak beb.. mun swiming pool pun indada aing.. =)
Today at 9:31pm

Noah Safuan Mohd kan jadi bakal wakil rakyat labuan ba tu.. hahah
Today at 9:31pm

Zilla DieDie ain:tu la..air laut dpn sj..nda jua pndai kurang kn..kekekkee..
safuan:kunun la..pdhl bkn jua urg cni tu..ceh..
Today at 9:33pm

Safri Zuan inda lama ko jd dati hjh zila lah ni... hahahaha
Today at 9:49pm

Zilla DieDie pri..nada la..hahahah..jelek ja mliat gaya2 durg tu..
Today at 9:51pm

Redzuan Unorthodox baka..
2 hours ago

Fajary Joji biar la meka protes sampai kuar mata......... nada jua aing 2...kan kemarau nie... dr protes... bek meka wat semayang hajat ka bg ujan turun... penuh gak tangki simpanan labuan 2
about an hour ago

Balkis Yusoff bongok la diorg ni.....
49 minutes ago

Nat Faithless hahaha ntah hapapa.. tapi biasalah tuh org muda..darah panas..mesti ada yg silap bagik info..cakap area diorg jak teda air, ada oorg cucuk mgkin.. or diorg geram air bantuan lambat sampai.. tapi silap cara xpresskan kegeraman diorg ngan buat kenyataan umum.. protest teda air.. budak2 ni kdg2 senang manipulate.. cr diorg fikir x sama dgn cara org2 veteren mcm kita ni.. tau mau marah jak...kuikuikui
30 minutes ago

Balkis Yusoff minta ja kelas cancel...dui..
10 minutes ago

Legal Advisor said...

Anon..

selepas post comment2 FB tue kat sini.. Saya terfikir.. Macam mana orang2 nie berfikir?? kesengsaraan student2 tue diorg tak nampak.. apakata buat cabaran.. minta orang yang kutuk2 nie tggl seminggu didalam ums.. tgk sama ada diorg boleh tahan atau tidak..

Anonymous said...

Saya respon kepada anonymous yg 1st. Sy pn dtg ke power speech tempoh hari dan jg menerima pamphlet calon pro-m ms kempen hr tu. Rasanya diorang kata, "meneruskan kesinambungan MPP lepas bagi memastikan masalah air diselesaikan segera".

Lagi pun janji ni dibuat atas usaha mpp lepas (pro-m), lepas sekian byk surat n memorandum dihantar.

Jd anonymous 1st kena fikir jauh sikit la, jangan tau cr salah org je. jangan mengata dulang paku yang serpih...

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top