Kesibukan mahasiswa mendepani rutin seharian sebagai pelajar, ditambah lagi dengan lambakan kerja-kerja yang perlu disiapkan dan persediaan menghadapi peperiksan pertengahan semester bagaimanapun tidak menjadi alasan terbantutnya pembentukan dan pergerakan pimpinan-pimpinan pelajar menjalani tanggungjawab mereka.
Dilaporkan bahawa kerusi Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) yang sebelum ini tidak berjaya dipenuhkan semasa pilihan raya kampus yang lalu telah pun mempunyai wakil yang sudi menyahut seruan kepimpinan tersebut.
Malah seperkara yang wajar mendapat pujian, calon-calon MPP kerusi umum yang kalah semasa PRK sekali lagi meneruskan hasrat ingin memimpin dengan menceburkan diri di kerusi JAKMAS. Namun, pihak pro Mahasiswa memandang seperti ada yang tidak kena dalam susunan kabinat JAKMAS Alpha kali ini.
Susunan kabinet JAKMAS ALpha adalah seperti dibawah:
Majlis Tertinggi
Yg.Dipertua - Sdra.Nadil Asakil (calon MPP kerusi umum)
Naib Yg.Dipertua - Sdra. Jeffrey (bukan calon JAKMAS)
Setiausaha - Sdra.Bernard V.Majawai (calon MPP kerusi umum)
Bendahari - Sdra. Krish (bukan calon JAKMAS)
Majlis Eksekutif (semua calon JAKMAS)
Exco Kebajikan - Daeng Hussind
Exco Keusahawanan - Sdra.Saiful
Exco Kesenian - Sdra. Kuberan
Exco Akademik - Sdra.Razali
Exco SUkan - Sdra.Kalen
Mahasiswa secara umumnya menjangkakan, calon-calon yang mengisi kerusi Majlis tertinggi sewajarnya mereka-mereka yang sejak permulaan lagi memang berhasrat tinggi ingin membawa suara Mahasiswa melalui platform JAKMAS. Dengan kata lain, Calon-calon yang bertanding JAKMAS seharusnya mendapat priotiti memegang Majlis Tertinggi.
Agak songsang bila melihat keputusan kabinet ini mengutamakan mereka yang sebelum ini tidak berhasrat berjuang dalam JAKMAS, bertanding di platform lain akhirnya menjadi MT. Lebih-lebih lagi terdapat MT yang dilantik sama sekali tidak pernah mengisi borang pertandingan untuk menjadi pimpinan mahasiswa. Perkara ini amat mengecewakan mahasiswa yang beridealisma.
Pihak Pro-Mahasiswa amat mengalu-alukan penyertaan siapa-siapa sahaja untuk menjadi kepimpinan mahasiswa, namun segalanya haruslah dengan proses yang telus dan tidak memanipulasi mana-mana pihak. Mereka-mereka yang berhasrat tinggi dan berani tampil seharusnya diutamakan.
Pihak Pro-Mahasiswa menggesa mana-mana pihak yang mencaturkan kabinet JAKMAS tersebut untuk tampil memberikan keterangan terbuka kepada semua mahasiswa atas kepincangan yang sangat ketara dalam penyusunan MT dan ME JAKMAS Alpha tersebut.
Antara persoalan yang mungkin harus dijawab,
Keadilan sewjarnya diberikan kepada siapa?
Adakah keputusan ini merupakan suara mahasiswa atau percaturan pihak tertentu?
Bersetujukah Mahasiswa menerima percaturan kepimpinan tersebut?
Kepada semua mahasiswa UMSKAL yang membaca artikel ini, pihak Pro-M sangat-sangat mengalu-alukan komentar dan cadangan daripada anda semua selaku mahasiswa yang mempunyai hak.
Teruskan bangkit wahai MAHASISWA!

9 comments:
salam...
jika d lihat secara holistik, memang semacam PELIK tetapi d kalangan mahasiswa itu sendiri senyap & sepatutnya calon yg memang dari awal ingin memimpin Jakmas & menang tanpa b'tanding ini, perlu buat bantahan sepertimana kes calon kerusi sekolah SSIL yakni sdri Tan yg membuat bantahan t'hdp seorang calon yg tidak m'gikuti kursus kepimpinan anjuran HEP tetapi d terima sbg calon ketika penamaan calon & akhirnya bantahannya d terima. Keputusannya, Sdri Tan menang tanpa b'tanding... Ia ada p'samaaan dlm kes jakmas ini, kerna d mklm kan ada calon MT yang dilantik sama sekali tidak pernah mengisi borang pertandingan untuk menjadi pimpinan mahasiswa. Makanya, pihak calon jakmas yg asli yg memang dari awal ingin memimpin jakmas tadi perlu BERANI b'tindak proaktif spt Sdri Tan jika t'nyata perkara ini benar... Kepimpinan itu perlu d gilap dgn b'tunjangkan syariat Islam utk lahir sbg umat Muhammmad (Islam) yg t'baik (rujuk surah ali-Imran: 111)... wslm
salam..hai,,yang nak bertanding bukan main nak d reject.. yang xbertanding sedap2 j dpt krusi tertinggi..ape ni..hep ni kalo ade blog jugak da lame kne hntam student..ape leh wat..marah kt sini jela..
~~~makin tonggang tebalik dunia..pening aq..
salam... alaik.. buat semua teman dan shbt yg budiman..
sy merasa terpanggil untuk memberi respond kepada permasalahan yg sebenarnya tidak wujud namun dilagakan oleh pihak yg sentiasa mereasa mereka benar...
adalah jauh pendifinisian seorang pemipmin sekiranya hanya tahu membuat satu konteraversi namun tidak dpt menjaga prestasi sehingga perkara kecil diperbesarkan yg besar diselindungkan...
mari kita bongkar apa permasalahan pihak pro mahasiswa sehingga berani mencabar persatuan yg dibentuk dengan lunas yg sah...
saya berpesan kepada anda yg bergelar pemimpin,, wujudkan lah persefahaman dengan mereka yg kamu pimin dan bukan mencari jurang perbezaan sehingga kerja tidak jalan...
saya amat kecewa,, kerana anda hanya tahu melakukan bantahan namun tidak tampil dengan idea yg rasional.. sy cabar pihak anda untuk berhadapan dengan pihak jakmas yg telah dipilih berdasarkan lunas undang undang yg sah, untuk berbincang dengan kami... ada banyak permsalahan yg boleh diselesaikan dengan cara yg baik,, sekiranya pemimpin itu pandai memilih cara... sy cabar kepintaran pkepimpinan kamu.... salam perjuangan....
Pemilihan berdasarkan lunas yang sah?
saya dapat tahu, dalam pengundian kabinet JAKMAS tempoh hr, ada 3 orang pensyarah yang mengundi sekali.. apa kes?
anda wakil mahasiswa, kenapa pihak pentadbiran terlibat sistem pengundian kabinet tu?
saya memuji sistem perlantikan JAKMAS beta mutiara, mengutamakan orang yang bertanding, dan pemilihan 100% dari kalangan mereka sahaja, tidak melibatkan pensyarah atau pihak pentadbiran...
saya percaya kepimpinan MPP akan menyahut cabaran anda...
pemimpin yang diPERCAYA,
adalah kunci kepada KEPIMPINAN yang berjaya...
MAHSISWA percaya pada PRO-M, buktinya, jumlah undi pada pilihan raya lalu...
Lantas,
Mahasiswa percaya pada ANDA?
serahkan kepada mahasiswa untuk menjawab...bukan anda menobat sendiri.. salam juang..
salam,, saya amat kecewa dgn pernyataan saudari,, sekiranya benar ingin wujudkan bantahan terhadap pemilihan kabinet jakmas,, mengapa semasa mesyuarat bersidang tiada sebarang ahli JAKMAS yg membantah terhadap semua perkara yg dibincangKAN.. sebagai seorang pemimpin dia perlu berani menyuarakan haknya sekiranya dia merasakan tidak wujud keadilan.. namun,, setelah dihasut oleh pro mahasiswa 2 ahli jakmas tersebut baru nak sibuk sibuk membantah dan mengataksn tidk adil terhadap jawatan kuasa yg dibentuk dalam kabinet jakmas.. kalau begini pemimpin yg ingin dilahirkan oleh pro Mahasiswa,, sy jamin kamu adalah golongan yg pincang pendirianya dan menjadi kuda tunggangan oleh mereka yg bacul..
pihak MPP(pro M) langsung tidak menghormati keputusan yg telah disuarakan oleh semua ahli JAKMAS.. menunjukkan sikap tidak profesional mereka dalam mewujudkan persefahaman dgn persatuan lain.. Saya harap saudari jelas terhadap lunas undang 2 yg sah.. sila rujuk kuasa mesyuarat dalam menentukan keputusan..
kalo saudari tidak faham lagi terhadap maksud kuasa dan klausa dlm sesebuah mesyuarat yg dipersetujui dalam ahli mesyuarat.. saya harap saudari dan jentera kamu perlu pergi kursus kepimpinan semula kerna tampak sungguh kamu ini adlah golongan bebalisme..
saya merupakan YDP yang sah dan dilanti dengan menang majoriti dalam pembentuksn JAKMAS ALPHA.. tiada sebarang bantahan yg saya terima dalam mesyuarat jakmas.. maka,, sila hormati sy sekiranya kamu adalah golongan profesional dalam melakukan tugas.. sy minta kepada anda untuk bersemuka dengan kami.. kerna JAKMAS merupakan persatuan yg sah dan diiktiraf dalam universiti...
salam perjuangan..
salam...
saya cuma pelajar biasa yg memerhati. sdr nadil mgkn bleh rujuk perenggan ketiga artikel ni. sy rasa yg dimaksudkan pro-m adalah, adakah mahasiswa bersetuju dgn perlantikan 2 org yg langsung TIDAK PERNAH bertanding dlm mana2 pilihanraya jakmas ataupun mpp.
pd sy, pemilihan ini bertentangan dgn konsep demokrasi itu sendiri atas 2 keadaan:
1)2 org ahli MT adlh dr bukan calon yg bertanding.
2) terlibatnya 3 org pensyarah (bukan mahasiswa) dlm pengundian pemilihan jawatan, sedangkan pemilihan ini adalah pemilihan PEMIMPIN MAHASISWA. (bertentangan dgn konsep pengasingan kuasa demokrasi).
bila sdr kata "kuasa mesyuarat", pd sy sdr merujuk peraturan mesyuarat jakmas tersebut (bkn konsep umum mesyuarat) krn setahu sy setiap mesyuarat ada peraturan khususnya sndiri. jika peraturan mesyuarat jakmas membolehkan pihak selain mahasiswa terlibat mengundi jwtn jakmas, sy rasa peraturan itu sdr pn bermasalah (itu pn jika peraturan mesyuarat itu bertunjangkan prinsip demokrasi, bukan ala-feudalisme).
dan jika sdr merujuk konsep umum mesyuarat pula, pd sy ia jg x sah. sbb apa, walaupun scr umumnya klu seseorg itu diundi & mndpt majoriti maka ia menang.tp dr awal lg ianya bermasalah,sbb cakupan ahli yg boleh diundi bkn drpd pilihan mahasiswa (rakyat).logiknya, jika mereka x bertanding, adkh mahasiswa dpt pilih mereka?tentulah tak.jd wlupn mendapat undi majoriti,ianya x sah & terbatal.
pro-m hanya menyebarkan hal ni kpd pembaca (mahasiswa), tp yg akn membantah & membuat keputusan muktamad adlh mahasiswa.jd jika bantahan ini dibuat nnt, sdr harus sedar ia bukan semata2 dr pro-m, tp dr MAHASISWA.
sy hormati sdr nadil sbg seorg yg punya karisma namun nasihat sy sdr perlu lebih byk belajar. mgkn mklumat yg sdr dpt skrg ini hanya merujuk "kursus kepimpinan" (yg mgkn bias) & peraturan2 tertentu, tp ilmu itu luas & jalan mencari kebenaran. rujuk buku2 & berbincang dgn ahli2 akademik yg ikhlas.
ok SALAM PERJUANGAN.
to Pro-M..
salam..
andai patah sayap rajawali,
bertongkat juga saya kemari,
andai JAKMAS kamu ingin cemari,
mati hidup kami tidak peduli..
bersumpah tualang muka jembalang..
merasa berang pada yg temberang,
andai luka dan darah menjadi taruhan,
tubuh perkasa kamikorbankan,,
asal jangan maruah tercalar,,
pasti jahanam jiwa yg liar..
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Nasihat Untuk Pendakwah
Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”
(Bukhari & Muslim)
JAKMAS 09/10 tolong ambik tindakan di mana cleaner di alpha 1 dan alpha 2 hanya membersihkan di beberapa bahagian sahaja.selain itu juga parit tersumbat.tq
Post a Comment