"Mahasiswa Semakin Menerima PRO-M" - Pengerusi PRO-M UMSKAL

Bahang pilihan raya kampus semakin terasa dengan berlangsungnya proses penamaan calon dan pengenalan calon semalam. Walaupun secara pribadi saya merasakan bahawa proses pilihan raya kali ini agak hambar kerana selain kerusi umum, semua kerusi yang dipertandingkan menang tanpa bertanding. Lebih-lebih lagi, pencalonan kerusi JAKMAS tidak menjangkau 50% kerusi yang berjaya dipenuhkan. Perkara ini perlu mendapat perhatian dan kajian semula daripada semua pihak tentang prestasi kesedaran politik kampus dalam kalangan mahasiswa UMSKAL.

Meskipun begitu, saya amat berbesar hati dengan sokongan dan penerimaan mahasiswa terhadap kehadiran PRO-Mahasiswa di kampus ini. Perkara ini dapat saya rasakan sebelum pembubaran MPP sesi kepimpinan lalu lagi. Buktinya bermula dengan sambutan baik mahasiswa terhadap perjuangan MPP pro-M dalam usaha menyelesaikan isu air sehinggalah proses pengenalan calon yang menyaksikan gelombang oren yang semakin menyerlah.

Kehadiran PRO- Mahasiswa di kampus ini yang baru melalui 2 sesi pilihan raya kampus, mendapat pelbagai respon positif dan negatif daripada semua pihak khususnya pihak pentadbiran universiti, pihak aspirasi dan mahasiswa itu sendiri. Dalam usia yang masih merangkak ini, Pro-M sangat- sangat berpuas hati dengan sambutan mahasiswa terhadap proses penerangan yang kami jalankan. Lumrahnya proses merangkak, pasti banyak kelompangan yang berlaku. Jatuh bangun, silap salah, semuanya akan kita muhasabahkan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Ternyata mahasiswa UMSKAL bukan lagi mahasiswa lesu yang hanya bisu seribu bahasa. Rupanya disebalik keperitan hidup yang dirasai semester lalu, banyak membuka mata dan menyerlahkan kredibiliti dan potensi mahasiswa KAL yang sebenarnya.

Saya mewakili Pro-Mahasiswa UMSKAL merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua mahasiswa. Teruskan dengan sokongan padu anda, kita dokong perjuangan PRO-M sehingga disegani oleh kawan dan lawan. Suara Mahasiswa bukan suara murahan yang hanya dipandang sebelah mata, kebajikan kita, kita yang perjuangkan!


“Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa”


Mohd. Abdillah Matlin Pengerusi Pro-Mahasiswa UMSKAL

4 comments:

Anonymous said...

from mahasiswi dri mutiara..
salam..mmg betul sambutan kurang memuaskan utk bertanding merebut kerusi..
mungkin sbab tanggungjawab yang dipikul terasa amat berat sekali..
tapi x mengapa selagi ada wakil yang berani tampil, saya akan cuba untuk membantu mereka yang memerlukan.. :)
the..ttg masalah air, kami sgt berterima kasih atas usaha yg telah anda lakukan..
meskipun masalah air dalam kampus masih belum selesai..
tp kami di mutiara merasa kesan tindakan yang saudara dan ssaudari qatrun lakukan itu amat berbaloi..
p/s: thanx..air dah jarang mati..hehehehe!!

pengerusi PRO-M said...

tuk siswi mutiara,perjuangan ini belum selesai lagi.ada hak lagi yang perlu kita tuntut.kita tak akan beriam diri dan akan terus menututnya.maka saya amat memerlukan bantuan anda untuk meyokong calon pro-m tuk menerajui kepimpinan pelajar akan datang.terima ksaih atas sokongan anda selama ini.kami bukan sapa-sapa tapi kami bangkit atas desakan mahasiswa yang igin dibela.

Anonymous said...

from mahasiswa dri mutiara,
terima kasih skali lagi kpd pro-m,
mmg btul ada masalah lain yg mnjadi masalah kpd bdk2 mutiara,
contohny, penggunaan shuttle bus ke bandar,
majoriti plajar mutiara x mggunakn prkhidmatan trsebut,
sbab buang masa lg nak tggu bas d kampus kalo nak ke bndar,
bila plajar complain, student lain ckp,
"kmu kn naik bas dri mutiara, bayaran tue mmg patut",
sdangkn kolej mutiara, adalah salah satu kolej kdiaman yg disediakan oleh universiti,
untuk apa kmi mmbayar yuran prkhidmatan bas kalo bas yg disediakan ke bandar tu bru skali kami naiki sjak ia diperkenalkan??

Anonymous said...

statement mahasiswa semakin menerima pro-m????rasanya keluar dari rasa hati...yang tenang...tetapi mahasiswa rasanya lagi menerima kehadiran air mata kejayaan yang dlinangkan oleh orang tua...kerana segulung ijazah,berbanding pro-m...fikirkanlkah.

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top