Keperitan Mahasiswa UMSKAL Disampaikan kepada Kerajaan Pusat


Keperitan yang dialami oleh mahasiswa Kampus Antarabangsa Labuan(KAL) terhadap masalah air selama satu semester akhirnya telah sampai di meja pihak pimpinan tertinggi kerajaan di Putrajaya. Atas inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Antarabangsa Labuan (MPP UMSKAL) satu memorandum dan kertas kerja cadangan telah dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak oleh wakil MPP UMSKAL oleh Saudari Qatrun Nada Binti Mohd Latfi.

Memorandum, petisyen yang ditandatangani oleh 566 orang mahasiswa UMSKAL dan kertas cadangan ini telah dihantar ke Putrajaya pada 8 December 2009, bertujuan untuk menyuarakan masalah air yang di hadapi oleh mahasiswa KAL dan masyarakat Labuan. Delegasi ini telah mendapat sokongan dari pelbagai persatuan mahasiswa seluruh Malaysia. Antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM),Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS),Gerakan Demokratik belia dan pelajar Malaysia (DEMA),Pro-Mahasiswa, Markas siswa siswi Islam sabah dan Sarawak(MARSIS), dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN).

Seramai 6 orang dibenarkan masuk menghantar memorandum tersebut. Antaranya Presiden MPMN Mohd Ridhuan Mohammad, Saudara Helman, Presiden GAMIS iaitu suadara Idris bin Mohd Yussoff, Timbalan Presiden GAMIS saudara Shazni Munir, Pengerusi SIGMA GAMIS saudari Fasihah bt Mohd Fauzi, dan wakil MPP UMSKAL saudari Qatrun Nada bt Mohd Latfi. Memorandum diserahkan kepada pegawai khas PM iaitu Encik Huzairi bin Zainal Abidin

Tindakan delegasi tersebut mendapat respon dari semua pihak termasuklah media massa dan pihak-pihak yang prihatin. Panggilan telefon juga tidak putus-putus diterima oleh saudari Qatrun Nada selepas beberapa jam penghantaran memorandum tersebut.

Penghantaran memorandum kepada Ketua Menteri Sabah juga telah diadakan serentak oleh Naib Presiden MPP UMSKAL saudara Mohd Abdillah bin Mat Lin ke pejabat menteri besar sabah pada tarikh yang sama sewaktu penghantaran delegasi ke Putrajaya dijalankan.


Rentetan dari penghantaran memorandum kepada pihak tertinggi kerajaan, mesyuarat bersama YAB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Ketua Eksekutif Perbadanan Labuan, Penolong Bendahari kanan UMSKAL, Penolong pendaftar UMSKAL, ketua seksyen Kebajikan Pelajar UMSKAL, Penolong pengurus asrama kanan UMSKAL, Presiden MPPUMS, Setiausaha Agong MPPUMS, serta naib presiden dan exco kebajikan, kesihatan dan kemasyarakatan (3K) MPP UMSKAL telah diadakan pada 28 disembar 2009 bertempat di Grand Dorsett Hotel.

Natijah daripada penghantaran memorandum tersebut, satu mesyuarat khas bersama Jabatan Bekalan Air Labuan, Perbandaran Labuan, Perlembagaan dan Penyelengaraan UMS, JPP KAL, Penolong Kanan HEP serta naib presiden MPP UMSKAL dan Exco 3K telah diadakan 30 disember 2009 lalu. Hasilnya, kita telah dijanjikan beberapa penyelesaian jangka pendek terhadap isu air ini yang akan dilakukan sepanjang bulan januari 2010.

Presiden MPPUMS Saudara Azrul bin Ibrahim, dalam blog persendiriannya mengatakan bahawa beliau tidak menyokong tindakan saudari Qatrun Nada menghantar memorandum tersebut ke Putrajaya dan tindakan tersebut adalah tindakan individu dan bukannya tindakan bersama dari pihak MPPUMS. Kenyataan ini menjadi kontroversi yang sedang hangat dipersoal dan diperbincangkan di kalangan masyarakat kampus.

Saudari Qatrun Nada juga telah dimaklumkan bahawa beliau tidak tersenarai untuk menyertai delegasi MPP UMS ke Mesir atas alasan kekurangan bajet juga bagi meredakan keadaan. Selain itu, beliau juga turut diwar-warkan akan dikenakan tindakan tatatertib ekoran daripada tindakan beliau menghantar memorandum ke Putrajaya tanpa melalui pihak universiti.

Keprihatinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (MPP UMSKAL) terhadap mahasiswa/i untuk menyuarakan dan mempertahankan hak mereka dengan membuat delegasi penghantaran memorandum dan kertas cadangan ke pejabat Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya memakan diri mereka sendiri.

8 comments:

syazwan wakajoa said...

assalamualaikum.
syabas dan tahniah!!
saya sbg salah seorg pelajar UMSKAL berbangga dgn apa yg tlh diusahakan oleh pihak ProMahasiswa!!
Semoga segala budi dan jasa pengorbanan ini akan menjadi pencetus kecemerlangan dan menambahbaik keselesaan pelajar2 UMSKAL!!
saya mnyokong tindakan saudari MPP kerana berani dan telus mnjalankan tugas!!
tahniah!!

bob_selangor said...

syabas dan tahniah kepada saudari qatrun kerana berani mengambil tindakan..

kami disini sudah cukup tersiksa ..
kepada MPPUMS anda tidak tahu keseksaan pelajar di umskal ini kami cabar kepada mereka duduk disini selam sebulan dan kita tengok apa mppums akan kata...

Anonymous said...

memang mudah berkata dari merasa....mppums try la datang kesini..rasai apa yg km lalui selama ini...bukan mudah seperti warga umskk...km dah lama bersabar.disebabkan sayang km pd umskal...sumer ni perlu diutarakan pd pihak tertinggi ataw perkara ini hanya akan terbiar begitu sahaja..pelajar2 umskal cabar pelajar umskk dtang kesini dan rasai apa yg km dah rasa..jgn sekadar bebelan di mulut...
tahniah kak da

Anonymous said...

tahniah buat kak qatrun... pro-m memang memperjuangkan hak pelajar ums-kal... mppums.... mereka tidak merasainya..... jgn sekadar bersandar pada populariti.... tanggungjawab anda sebagai perwakilan kepada pelajar perlu di laksana kan..... pro-m umskal..syabas....

Anonymous said...

assalamualaikum...
terima kasih d ucapkan kpd pihak MPP yg berkenaan krn mperjuangkan hak kami...

Anonymous said...

salam..terima kasih yang tak terhingga atas usaha MPPUMSKAL..isu air nie mmg kontroversi sikit..sebab, melibatkn seluruh labuan, bkn saja UMSKAL..kepada MPPUMS, jika benar usaha yang dilakukan ini tidak bernilai..cuba rasa keperitan pelajar UMSKAL kerana masalah air nie..

Anonymous said...

salam..saya sebagai salah seorg warga umskal (mantan pmums) turut bersimpati atas hal yg blaku...saya paham keaadaan di umskal..segala masalah yang berlaku disana..tindakan yang berani dari saudari qatrun..namun dik,kita sbgai pemimpin harus lah menunjuk sikap berorganisasi..dlm organisi semestinya de yg diatas dan di bwah..kite harus mngikut protokol yg ditetpkan.tindakan adik sungguh drastik dan seharusnya adik bwk bbncang di antra phak ums..jika tiada sbrng tindakn bru la kite leh btndak seperti yang adik wt..bfikir dulu natijahnye.kite x boleh wat sesuke ati..tindakan melulu..fikiran kite masih belum berfikiran jauh.kite x nmpk natijah yang bakal kite hadapi..saya juga pham bhwa tndkan saudari itu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai sseorang pemimpin agar disoal kelak di SANA tp jgn hanya ingin menjalankan tugas,fikirkan juga kesan2nye..pro dan con nye.saya jugak bsetuju dgn pndngan oleh saudara azrul..saya mengenalinya cara pimpinannya.saudari qatrun cuma dianggap btindak sndri kerana melakukan nya tanpa merujuk kepada pihak universiti..segala penat lelah adik mempertahankan kebajikan sia2 dik..kalau dlm ums de politik nye tsendiri..begitu jgak dlm msia..
dikesempatan ini,saya mahu mngucapkan tahniah kepada mpp umskal..anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin..




::sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan::
dalam hidup ini,terutama jika anda seorang yang selalu memberi,memperbaiki,mempengaruhi dan berusaha membangun, maka anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari orang laen.dan mereka tidak akan pernah diam mengkritik anda sebelum anda masuk ke dalam liang lahad, dan berpisah dengan mereka.apabila msih berada di tgh-tgh mereka,ada perbuatan mereka yang membuat anda merasa asedih dan menitiskan aair mata dan mengusik ketenangan.adapun,mereka,marah dan kesal kepada anda kerana mungkin anda mengungguli mereka dalam hal kebaikan,keilmuan,tindak tanduk atau harta.jelasnya,anda di mata mereka adalah orang yang bedosa yang tidak terampuni.oleh sebab itu,waspadalah terhadap apa yang dikatakan;kuatkan jiwa untuk mendengr kritikan,cemuhan dan hinaan.bisikap laksan batu karang.dan cukup mengomentari setiap perkataan mereka sebagaimana diperintahkan allah di dalam firmanNya
"........matilah kamu denagn kemarahan kamu itu..(Ali-'Imran:119)
anda dapat melawan perkataan mereka yang buruk dengn diam seribu bahasa dengn cara memperbaiki akhlaq dan meluruskan setiap kesalahan.dan apabila anda ingin diterima oleh semua pihak,dicintai semua orang. dan terhindar dari celaan, beerti anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh untuk diwujudkan..::jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan::
salam.
~mantan JAKMAS~

Anonymous said...

terima kasih atas responnya...

sy x pasti akak lebih kenal sy atau presiden mpp... cuma harapan kami, akak optimis... tntg organisasi tiada mslh ats atau bwh... tntg usaha, semua yg akak sebut kami dah cuba lakukan satu semester lalu...tiba masanya kami bertindak lebih jauh utk lihat perubahan... walau bagaimanapun, sy tetap hormat semua org dlm organisasi mpp mahupun hep... sprti yg sy pernah katakn... kdg2 kta perlu lakukn kesilapan utk lihat ssuatu yg jauh... harap akak cuba memandang dari kacamata kami mahasiswa umskal... tiada yg sia2 dgn tindkan ini...krna ALLAH menilainya... utk rentetan perkembangannya, akak boleh terus ikuti berita2 yg dipaparkan dlm blog ni..insyaAllah...

*untuk penerangan lebih lanjut, akak tau jugak kn nombor sy?

apapun, trima kasih atas pandangan...

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top