Kebejatan Air - Bila Kan Berakhir

Masalah air kini menjadi masalah yang paling menjadi bualan hangat di UMSKAL. Sejak pembukaan semester baru pada Julai lalu, rungutan telah mula didengar apabila mahasiswa yang baru pulang daripada bercuti mendapati bekalan air terputus untuk beberapa hari. Keadaan bertambah rumit dengan kehadiran siswa siswi baru yang memulakan hari-hari awal di UMSKAL. Ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati turut meluahkan rungutan mereka.

Masalah ini sebenarkan suatu masalah yang dikongsi bersama penduduk Labuan yang lain apabila notis-notis pengumuman mula dinaikkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti Ujana Kewangan, pada pertengahan Jun lalu, memaklumkan Labuan bakal mengalami kekurangan bekalan air dan catuan air akan dibuat; yang mana masalah ini hanya akan selesai selewat-lewatnya pada September. Namun berikutan beberapa masalah lain yang dihadapi UMSKAL, maka masalah bekalan air ini berterusan malah terdapat makluman daripada para pensyarah kemungkinan krisis ini bakal berterusan sehingga Januari 2010.

WACANA SISWA

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top