Isu Air - Gabungan Srikandi Turun Padang

04 September — HELWANI Seketeriat Masjid, Kelab Srikandi dan HELWA MPP tidak melepaskan peluang untuk turut terlibat meringankan beban mahasiswa. Pada 23 Julai yang lalu, enam ahli jawatankuasa HELWANI berkesempatan bertemu dengan Ketua Kampung Sungai Miri. Pertemuan ini signifikan kerana Sungai Miri dan UMSKAL mendapat bekalan air daripada punca yang sama iaitu Empangan Sungai Pagar.

Walaupun pertemuan ini hanyalah pertemuan biasa, namun gabungan srikandi UMS KAL berjaya mendapatkan beberapa maklumat berkaitan isu air ini. Beliau mengatakan bahawa isu air yang dihadapi Labuan bakal berakhir pada bulan ini, namun bekalan air di Sungai Miri dan Sungai Pagar masih bermasalah berikutan beberapa enjin-enjin pengepam di empangan Sungai Pagar tidak berfungsi. Justeru beliau mengharapkan agar JBA akan menambah bekalan air ke UMSKAL dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kesulitan pelajar.

WACANA SISWA

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top