UMS-KAL dapat Anugerah Pensijilan Amalan 5S MPC 2011

LABUAN : Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) disahkan mendapat Anugerah Pensijilan Amalan 5S (Sisih, Sapu, Susun, Seragam, Sentiasa Amal) Malaysian Productivity Corporation (MPC) 2011.

Pengumuman menggembirakan itu disampaikan oleh Consultant MPC, Edward Binty di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Tingkat 11, Bangunan Menara UMS-KAL, pada 26 Oktober 2011.

Beliau memulakan Audit Persekitaran Berkualiti 5S MPC di 16 Pejabat Bahagian dan Sekolah di universiti itu dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

Terdahulu beliau mendengar taklimat mengenai Amalan 5S daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S UMS-KAL, Musnin Mattersah yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Induk dan Ketua Jawatankuasa Pelaksana 5S.

Edward berharap Sijil 5S MPC yang akan diterima dalam tempoh sebulan dari tarikh beliau membuat audit itu mahu semua AJK Pelaksana dan kakitangan UMS-KAL mengekalkan pencapaian berkenaan pada masa akan datang.

“ Semua kakitangan UMS-KAL terutama Ahli Jawatankuasa Pelaksana 5S telah menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga membolehkan UMS-KAL layak menerima Sijil 5S daripada MPC, “ katanya.

Sebagai tanda penghargaan, Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Shariff Abdul Kadir Omang telah mengadakan sesi bergambar bersama semua AJK Induk dan Ketua Pelaksana Amalan 5S.

Turut hadir Dekan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), Dr Ag Asri Ag Ibrahim, Timbalan Pendaftar Pentadbiran, Kamisah Husin dan Timbalan Pengerusi AJK Induk, Suffian Osman.

Tamat.

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top