Isu Air - Rintihan Siswa

Keluhan 1

Jadual penghantaran air yang tidak konsisten menyusahkan pelajar. Kadang-kadang penghantaran terlalu lewat menyebabkan pelajar tidak mendapat bekalan air sebelum ke kelas.

Keluhan 2

Jumlah lori air yang menghantar bekalan air ke UMS semakin berkurang. Jika dulu, 3 lori tangki dating mengisi air di tangki-tangki, kini hanya tinggal 2, malah kadang-kadang hanya sekali sehari tangki diisi.

Keluhan 3

Pelajar perempuan terpaksa mandi di bawah blok dalam keadaan terbuka dan hal ini meresahkan mereka. Walaupun dibentangkan tabir, namun ia masih tidak memadai.

Keluhan 4

Pelajar mempersoal mengapa rumah-rumah lain di Labuan masih menerima bekalan air dengan baik walaupun catuan dibuat, sebaliknya UMS pula mengalami kesulitan.

Keluhan 5

Seorang mahasiswi penghuni kolej Mutiara dikatakan telah terjatuh semasa mengangkat air dari tingkat bawah ke biliknya. Beliau dilaporkan kini terpaksa bertongkat akibat kecederaan tersebut.

Tangki Air Masjid pun Kering?

Tangki air masjid hari ini telah kosong sepenuhya walaupun “harapan cerah” dilihat sering keluar masuk UMSKAL untuk menyambung harapan pelajar untuk meneruskan hidup. Namun, terlepas pandang pula tangki masjid untuk diberikan harapan untuk meneruskan tugasnya sebagai penyalur bekalan air bersih untuk berwudhu dan bersuci. Mengapa tangki air boleh sampai kosong? Salah satu sebabnya ialah air beberapa hari ini tidak pernah “hidup” walhal telah ada notis di hapan pejabat MPP yg dikeluarkan oleh Jabatan Bekalan Air menyatakan bahawa, air akan diberikan bermula pukul 6pm-6am ke setiap kawasan mengikut peringkat.

Air di Mutiara

9 Sept — Penghuni Kolej Mutiara agakbernasib baik berbanding kampus sebelum ini kerana bekalan air tidak terputus pada waktu tengah malam. Namun, kebimbangan bakal mengalami nasib yang sama dengan kampus timbul apabila bekalan air terputus pada tengah malam 8 September.

Bekalan air pulih seketika

10 Sept — Berita yang agak melegakan pelajar UMSKAL, untuk dua hari berturut-turut bekalan air tidak terputus ke kawasan kolej kediaman. Namun berapa lamakah keadaan ini mampu bertahan? Adakah dengan bersambungnya bekalan air selama dua hari menandakan ramalan air akan pulih semula pada bulan September telah menjadi kenyataan? Sama-sama kita lihat.

WACANA SISWA

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top