Kontroversi Penjualan Air

05 September — Di tengah kekalutan mahasiswa mendapatkan bekalan air, mungkin mereka sedikit berasa lega apabila terdapat mengumumkan bahawa MPP akan mengagihkan air mineral percuma kepada warga kolej kediaman. Namun kelegaan ini bertukar nada setelah timbul khabar angin bekalan air ini akan dijual pula! Sumber memberitahu bahawa pihak MPP akan membeli air mineral (botol besar) dengan harga biasa dan kemudian akan menjualnya dengan harga yang lebih murah (RM1.00).

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah mahasiswa yang menganggap pihak MPP cuba mengambil kesempatan daripada krisis yang berlaku, malah sumber turut melaporkan kontroversi ini telah diperdebatkan secara terbuka di sebuah kelas. Justeru hari ini Naib Presiden KAL, Saudara Abdillah Mat Lin telah mengeluarkan kenyataan bahawa air mineral tersebut sebenarnya tidak akan dijual, malah beliau sendiri tidak tahu menahu jika terdapat sebarang cadangan menjual air mineral tersebut. Beliau berjanji akan memastikan air mineral tersebut akan diagihkan secara percuma kepada para pelajar mengikut jadual.

WACANA SISWA

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top