Panasnya, Air-cond di Menara Banyak Rosak...

Selain krisis air, masih terdapat beberapa isu hangat yang turut menggusarkan mahasiswa rentetan dari krisis air. Isu pendingin hawa misalnya adalah satu lagi isu yang mendapat perhatian mahasiswa berikutan sistem pendingin hawa yang tidak berfungsi menjejaskan kualiti pembelajaran mereka di dalam kelas. Sebagai mana yang kita maklum, pendingin hawa di Bangunan Utama sebahagian besarnya tidak berfungsi kecuali di tingkat bawah Podium. Keadaan ini tentu sekali meresahkan pelajar dan pensyarah yang terpaksa menggunakan bilik kuliah berkenaan. Malah turut terdapat kelas yang terpaksa ditangguhkan apabila keadaan di dalam kelas tidak lagi kondusif untuk proses P&P manakala bilik kuliah dan dewan kuliah lain pula telah penuh.

Justeru sejak beberapa minggu lalu MPP telah menggerakkan usaha menyelesaikan masalah ini dan pertemuan dengan Pengarah beberapa hari lalu mendapat maklum balas positif, di mana menurut beliau perkara ini telah dibawa dibincangkan dalam mesyuarat bersama Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

WACANA SISWA

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top