Isu Air - Pensyarah Turut Bersama Mahasiswa

Kebejatan air di UMSKAL ini yang menyebabkan mahasiswa terbantut pergerakan harian mereka, mendapat perhatian para pensyarah. Lebih-lebih lagi bagi pensyarah yang tinggal di kolej kediaman bersama pelajar sama ada sebagai felo atau tinggal di semi-D, mereka turut berkongsi kesulitan bersama-sama pelajar. Beberapa orang pensyarah, antaranya Prof Azah dan Encik Esmadi Abu Seman telah menghantar surat kepada Bahagian Pembangunan atau Bahagian Pentadbiran. Antara isi suratnya, membangkitkan isu pengagihan bekalan air yang tidak sistematik seperti yang dijadualkan, selain mengesyorkan beberapa cadangan penyelesaian untuk krisis air ini.

Pada beliau hal ini tentu sekali akan lebih menyusahkan pelajar. Beliau turut mempersoalkan tindakan yang terlalu lambat daripada bahagian-bahagian pentadbiran yang terlibat untuk mengatasi masalah ini. “Mungkin mereka tidak merasai apa yang kita rasa,” keluh beliau.

WACANA SISWA

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top