Salah satu punca mahasiswa/i disaman di Kolej Kediaman baru-baru ini adalah disebabkan oleh pendawaian streamyx. Denda bagi kesalahan pendawaian streamyx yang tidak mengikut peraturan adalah maksimum RM20.00 atau kurang berdasarkan budi bicara pihak kolej.
Dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, ada memaparkan beberapa kesalahan yang dilakukan yang menyebabkan akan didenda. Kadar bayaran denda yang dikenakan kepada penghuni-penghuni yang melanggar peraturan juga ada tercatat.
Menurut Puan Azleena Nordin, Penolong Pengurus Asrama, Kolej Kediaman Beta, penghuni bagi semua kolej kediaman di UMSKAL sememangnya diwajibkan mempunyai lesen bagi pemasangan talian streamyx. Pada borang setebal 6 muka surat itu, tercatat beberapa peraturan berkaitan syarat-syarat memasang talian internet (streamyx) di kolej kediaman, antaranya:
- Bayaran lesen Internet sebanyak RM20 setiap sesi pembelajaran
- Pemasangan router atas penama pemohon dikenakan bayaran RM10 seorang bagi tempoh 1 sesi.
- Pemasangan router hanya dibenarkan kepada ahli yang tinggal seunit dengan penama pemohon.
- Pihak Pengetua, kakitangan dan Felo adalah bertanggungjawab untuk memotong/merampas mana-mana router/kabel yang didapati/dilaporkan bersambung/tanpa sengaja oleh mana-mana pemohon dengan unit kediaman yang lain (selain daripada unit penama pemohon sendiri)
WACANA SISWA
0 comments:
Post a Comment