Kelewatan PTPTN — Bebanan Mahasiswa

Umum mengetahui beberap bulan lalu UMSKAL telah menerima siswa dan siswi tahun 1 dan kegembiraan nyata terpancar di wajah mahasiwa tahun satu kerana cita-cita untuk menjejakkan kaki ke menara gading bukan lagi satu anggan mat jenin tetapi satu realiti yang tidak ternilai harganya. Suasana kampus UMSKAL menjadi ceria dengan kehadiran “adik-adik” baru kerana mereka inilah yang ramai memenuhi ruang-ruang utama UMSKAL seperti perpustakaan, podium, Megalab dan kafetaria.

Namun di sebalik semangat dan kecerian itu ada kisah yang agak kurang enak keluar di bibir mereka. Selain masalah air yang ”menyambut” kehadiran mereka di UMSKAL, masalah PTPTN yang lambat pada sesi kali ini telah melenturkan sedikit motivasi mahasiswa terutama pelajar tahun 1. Mungkin tidak bagi pelajar tahun 1 yang menjadi kelompok pertama penerima skim pinjaman ini, mereka boleh menarik nafas lega kerana mereka telah pun mendapat pinjaman lebih awal.

Permasalahanya di sini adalah mahasiswa yang yang menjadi penerima bagi kelompok 2 dan 3. Mereka menyatakan pihak pengurusan PTPTN lewat datang ke UMSKAL untuk mengutip borang-borang tersebut. Maklumat awal menyatakan borang bagi kelompok ke-2 akan dikutip pada pertengahan bulan puasa lalu dan akibat masalah yang kurang jelas puncanya tarikh tersebut ditunda.

Bagi kelompok ke-3 pula dikhabarkan tarikh untuk pihak PTPTN akan datang pada 6 dan 7 haribulan Oktober, namun tarikh ini juga ditunda. Akhirnya satu tarikh dipilih iaitu 13 Oktober 2009 untuk pihak PTPTN datang ke UMS-KAL untuk mengutip semua borang untuk kelompok ke-2 dan ke-3. Ramai mahasiswa sudah mengeluh kerana masalah pinjamaan lambat selesai sedangkan pada masa yang sama “duit poket” semakin berkurangan akibat menanggung perbelanjaan harian.

Hal yang paling merisaukan jika ada mahasiswa yang belum membayar yuran pengajian dan kolej kediaman kemungkinan tidak boleh menghadiri peperiksaan semester kerana notis telah pun dinaikkan di pejabat kewangan agar semua mahasiswa melunaskan hutang sebelum hari peperiksaan.

Justeru, pihak MPP kini dalam usaha mengatasi masalah mahasiswa yang berhutang akibat kelewatan atau langsung tidak mendapat pinjaman PTPTN ini untuk dibenarkan menduduki peperiksaan akhir semester.

Oleh: Herry Anto Hassanuddin
WACANA SISWA

1 comments:

Anonymous said...

Mengapa sehingga kini PTPTN belum keluar2 lg untuk sem 8 2009/2010?
Apa mslah nya? Kenapa pihak MPP tidak mengambil akan hal ini? Sudah pertengahan sem tp ptptn belum dapat. Kmi nak mkan apa?batu? daun2 yg ada kat ums? mati la mcm ni. belajar pun x senang. Segala buku rujukn x dpt beli. terpaksa menahan lapar...akuygsedihkeciwa..

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top