Bas No.4 Bakal Dihentikan?

Ketika masih terdapat mahasiswa yang kurang berpuas hati berkaitan perkhidmatan bas UMS, timbul pula desas-desus mengatakan perkhidmatan bas no. 4 ke bandar akan dihentikan di UMS. Seperti dijangka, khabar ini mengundang reaksi negatif mahasiswa. Hal ini kerana perkhidmatan bas no. 4 dijadikan alternatif daripada menggunakan bas UMS.

Sebahagian mahasiswa berpendapat waktu perjalanan bas UMS sekarang sebanyak tiga kali sehari dari UMS ke bandar dan sebaliknya masih belum cukup untuk memenuhi keperluan mahasiswa. Antara sebabnya adalah kerana terdapatnya mahasiswa yang waktu kelasnya bertembung dengan waktu perjalanan bas menyebabkan ia tidak dapat menaiki bas tersebut.

Di Kolej Mutiara, isu bas lambat hingga menyebabkan pelajar masuk lambat ke kelas, terpaksa ke bandar dahulu jika ingin ke kampus pada hujung minggu, adalah antara aduan yang diterima MPP.

Selain itu juga, di kampus, kadang-kala apabila terlalu ramai mahasiswa yang ingin ke bandar menggunakan bas UMS, terdapat mereka terlepas menaiki bas tersebut. Jika terlepas, mereka terpaksa menunggu bas seterusnya kira-kira tiga jam kemudian. Perkhidmatan bas yang hanya berjalan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja juga turut menimbulkan ketidakpuashatian mahasiswa kerana kebanyakan daripada mereka keluar ke bandar pada hujung minggu.

Menilai keadaan ini, mahasiswa lebih sanggup membayar RM3.00 daripada terus menunggu lebih lama. Justeru, adalah tidak wajar sistem bas no. 4 ini dihentikan, malah seharusnya diteruskan sebagai alternatif kepada shuttle bus.

WACANA SISWA

0 comments:

 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top