Warga umskal dijemput beraai-ramai memeriahkan lagi majlis ini... TANHIAH DAN TAKZIAH pada pelajar yang akan terpilih dan tidak tidak terpilih... truskan perjuangan anda mencorak lagi dunia kampus dengan konsep islamik.... perjuangan seumpama ini sememangnya sangat baik dan menjadi intipati untuk keberlangsungan setiap gerak kerja di kampus....dalam kesibukan dunia, kita harusla sentisa bermuhasabah diri....
SELAMat bertugas n menjadi yang terbaik dari tang terbaik.....
semoga program ini berjalan lancar dan mendapat rahmat-Nya.. aamiin...+_+
IJTIMA' 2011/2012 SEKRETERIAT MASJID UMSKAL
Pro-Mahasiswa UMS KK Berjaya Tuntut Kurangkan Caj Elektrik
buat warga UMSKAL, ini merupakan suatu suntikan motivasi yang menjana minda kita agar terus bangkit dlm apa jua situasi dan permasalahan..diharap ini sdikit sbnyk dpt meringankan beban n kos perbelajaan harian...ole itu, sma2la kita manfaatkan dan sama2 kita mengawal dan mengamalkan amalan berjimat cermat dlm semua aspek yg b'kaitan.....
"DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"....
SALAM AWAL MUHARRAM, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1433 HIJRAH.
Salam Ma'al Hijrah
Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1433 Hijrah pada hari ini. Di kesempatan ini, kami bagi pihak Pro-Mahasiswa UMSKAL ingin mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat-sahabat muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari yang mendatang.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)
Sabda Rasulullah SAW:"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
Pada 27 november 2011 ini, sambutan rasmi peringkat kebangsaan yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di tempat yang tidak asing lagi iaitu Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bertemakan Maal Hijrah tahun ini ialah ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’.
Sebagai peringatan bersama, marilah kita bersama-sama membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun untuk mendapat rahmat dan hidayah dari-Nya. Sebaiknya kita juga digalakkan membaca Surah Yaasin dan doa selamat.
Selamat beramal… Takbir!!!
Baca seterusnya...Labels: religion
Pinda AUKU: Siswa berbeza pandangan
Aktivis Mahasiswa berbeza pendapat terhadap keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.
Sebahagian mereka beranggapan pengumuman perdana menteri berhubung perkara itu menunjukkan keseriusan memahami kehendak mahasiswa; manakala sebahagian lagi melihat usaha itu tidak cukup kerana AUKU sebenarnya perlu dimansuh.Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (kiri) berkata, pengumuman ini dilihat bertetapan dengan agenda transformasi politik dan juga semangat kerajaan ketika memansuhkan "akta drakonian lain", seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"PKPIM merasakan, sudah sampai masanya pendidikan dan kesedaran politik perlu diberi penekanan secara menyeluruh kepada golongan mahasiswa di universiti supaya pemahaman mereka tidak hanya memahami politik dalam konteks kepartian semata-mata," katanya.
Berhubung keputusan kerajaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5) Auku tidak sah, PKPIM bagaimanapun berpendapat tindakan itu lebih baik tidak diambil.
"PKPIM memandang bahawa keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya," katanya.
Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan akan meminda seskyen 15 AUKU kerana kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanan mahasiswa serta bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa yang mencapai umur "baligh undang-undang".
Beliau bagaimanapun menegaskan pelajar universiti ditegah sama sekali membawa politik kepartian ke dalam kampus.
Dalam masa yang sama, Najib berkata, kerajaan akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang mencabar seksyen itu kerana ia mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang.
DEMA: Seksyen lain juga 'bermasalah'
Sementara itu, Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia (DEMA) mahukan AUKU dimansuhkan serta merta dan bukan dipinda kerana bertentangan dengan perlembagaan dan "mengongkong fikiran" mahasiswa dan kakitangan akademik.Menurut kumpulan itu, bukan sahaja seksyen 15, terdapat juga peruntukan lain dalam AUKU yang digambarkan bermasalah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta.
"Akta ini telah menghalalkan campur tangan kerajaan dalam pentadbiran IPTA iaitu Seksyen 4 yang memfokuskan kuasa mutlak kampus dan menghancurkan demorakrasi kampus serta autonomi mahasiswa," kata kumpulan itu.
Dalam kenyataan hari ini, DEMA berkata, seksyen yang memberikan "kuasa mutlak" kepada menteri pengajian tinggi untuk meluluskan pentadbir universiti membolehkan campurtangan luar terhadap universiti berlaku, termasuk oleh pihak polis.
"DEMA juga menyeru kerajaan supaya mengembalikan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa dengan pemansuhan AUKU.
"Sehingga hari ini, naib canselor yang dilantik oleh menteri pengajian tinggi adalah tindakan autokratik yang bermotifkan kepentingan politik," kata kumpulan itu lagi.
SPKGD minta MCCBCHST tak campuri urusan agama lain
Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang dianggotai oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta semua pihak menghargai sifat toleransi umat Islam.Justeru, pihak SPKGD dalam satu kenyataan bersama, berharap tidak ada pihak yang cuba mencampuri urusan agama lain.
“Pihak Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain.
“Pihak MCCBCHST juga perlu memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam, masyarakat Cina merayakan pesta
tanglung, penganut Taoisme merayakan pesta hantu lapar dan seumpamanya,” kata mereka.SPKGD merujuk, kenyataan oleh MCCBCHST yang pada Jumaat lalu menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam.
Dalam kenyataan itu, pemimpin-pemimpin MCCBCHST menyuarakan kebimbangan bahawa upacara mengorbankan lembu - yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut Hindu - akan diadakan di premis sekolah.
Isu remeh memalukan
Lazimnya, upacara penyembelihan dijalankan di perkarangan masjid, tetapi ada kalanya dilakukan di lokasi-lokasi lain.Menurut MCCBCHST, pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.
"Kami merayu pihak berkenaan supaya menghormati sensitiviti masyarakat kita yang berbilang agama dan memohon mereka untuk menghentikan upacara pengorbanan daripada dijalankan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan tempat-tempat awam lain.
"Kami berpendirian bahawa tempat-tempat awam, terutamanya sekolah-sekolah, bukan tempat yang tepat untuk melaksanakan upacara ini yang hanya berkaitan dengan masyarakat Islam.
"Ini tidak memberi teladan yang baik untuk kita menggalakkan keharmonian dan keamanan di kalangan rakyat majmuk negara ini,” kata kenyataan MCCBCHST itu lagi.
Bagi SPKGD, MCCBCHST sepatutnya tidak menimbulkan isu remeh yg memalukan masyarakat di negara ini. Sebaliknya, pihak SPKGD menyarankan agar MCCBCHST dapat mencontohi rakan mereka di Singapura,Thailand dan Indonesia.
Kenyataan bersama ringkas SPKGD itu ditandatangani oleh Abdullah Zaik Abd. Rahman (Isma), Amidi Abdul Manan (Abim) dan Fauzi Draman (PUM).
Seksualiti: Polis rakam kenyataan penganjur, Ambiga
Bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga hari ini disiasat polis selama setengah jam berhubung penganjuran program 'Seksualiti Merdeka 2011'.Empat pegawai polis dari IPD Brickfields tiba di pejabat Tenaganita, di Petaling Jaya di mana Ambiga berada pada jam 4.05 petang sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian.
Turut diambil keterangan ialah penganjur program kontroversi itu, Pang Khee Teik dan beberapa yang lain, termasuk aktivis wanita Maria Chin Abdullah dan pengarah eksekutif Tenaganita Irene Fernandez.
Pang ketika ditemui pemberita, berkata beliau turut menyerahkan sepucuk surat kepada anggota polis berkenaan untuk disampaikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Kami memohon untuk bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan matlamat kami dan juga menunjukkan kami tidak lakukan apa yang didakwa media," kata Pang.Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir yang turut berada di pejabat Tenaganita, mempertahankan penganjuran program itu dengan alasan program bertujuan mempertahankan hak asasi manusia.
"Dua tahun lalu saya melancarkan program ini, namun tidak timbul sebarang masalah... sebenarnya program itu bertujuan memberi pendidikan kepada kumpulan yang terpinggir," katanya.
Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, sepatutnya bermula 2 hingga 13 Nov tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak ekoran program terbabit didakwa memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini.
UMS-KAL dapat Anugerah Pensijilan Amalan 5S MPC 2011
LABUAN : Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) disahkan mendapat Anugerah Pensijilan Amalan 5S (Sisih, Sapu, Susun, Seragam, Sentiasa Amal) Malaysian Productivity Corporation (MPC) 2011.
Pengumuman menggembirakan itu disampaikan oleh Consultant MPC, Edward Binty di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Tingkat 11, Bangunan Menara UMS-KAL, pada 26 Oktober 2011.
Beliau memulakan Audit Persekitaran Berkualiti 5S MPC di 16 Pejabat Bahagian dan Sekolah di universiti itu dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.
Terdahulu beliau mendengar taklimat mengenai Amalan 5S daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S UMS-KAL, Musnin Mattersah yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Induk dan Ketua Jawatankuasa Pelaksana 5S.
Edward berharap Sijil 5S MPC yang akan diterima dalam tempoh sebulan dari tarikh beliau membuat audit itu mahu semua AJK Pelaksana dan kakitangan UMS-KAL mengekalkan pencapaian berkenaan pada masa akan datang.
“ Semua kakitangan UMS-KAL terutama Ahli Jawatankuasa Pelaksana 5S telah menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga membolehkan UMS-KAL layak menerima Sijil 5S daripada MPC, “ katanya.
Sebagai tanda penghargaan, Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Shariff Abdul Kadir Omang telah mengadakan sesi bergambar bersama semua AJK Induk dan Ketua Pelaksana Amalan 5S.
Turut hadir Dekan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), Dr Ag Asri Ag Ibrahim, Timbalan Pendaftar Pentadbiran, Kamisah Husin dan Timbalan Pengerusi AJK Induk, Suffian Osman.
Tamat. Baca seterusnya...K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen
Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.
Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.
Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.
Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.
Bank Malaysia rugi RM37 juta akibat ditipu
Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu.
Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber polis, pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009.
Akhbar itu juga memetik sumber sebagai berkata bank berkenaan membuat laporan polis selepas siasatan dalamannya gagal mengesan syarikat itu.
"Siasatan awal polis mendapati, pinjaman dilakukan oleh pihak yang telah berkomplot dan melakukan penipuan secara licik sehingga bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pinjaman kerana selain dokumen yang meyakinkan, pinjaman turut mendapat jaminan sebuah bank lain," katanya
Sumber itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada terdapat penglibatan 'orang dalam' dalam kes penipuan ini kerana siasatan pihak polis masih di peringkat awal.
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me Baca seterusnya...
Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam
Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat. Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium "This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini. 3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium. Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim. Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut. 3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan. 3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan. 4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam. 4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda. 5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam. Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina. 5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam. Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus. 5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju. Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia. Orang Melayu juga istimewa kerana mempunyai lidah yang fasih. Allah menurunkan Islam dalam bahasa Arab, tetapi orang Melayulah yang menguasainya, kata Harussani. Hujan berhenti selepas beberapa minit Harussani selesai berucap. 6.00pm: Pengerusi bersama HIMPUN yang pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan pihak yang mempertikaikan penganjuran Perhimpunan Sejuta Umat. "Apakah salahnya orang Islam berhimpun untuk membincangkan masalah mereka?" katanya yang turut membaca 10 resolusi HIMPUN. HIMPUN juga mahu media dikawal supaya penyiaran perkara yang 6.15pm: Exco hal ehwal agama Selangor yang ADUN PAS bagi Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali (kiri) menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa. Bagaimanapun, pengumuman dibuat bahawa Dr Hasan hadir sebagai seorang Islam, dan bukan sebagai ahli politik dan ahli exco. Majlis tersebut berakhir dan diikuti dengan satu sidang akhbar.
Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan
nyanyian lagu-lagi nasyid.
Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"
bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."
"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.
Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.
"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."
"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.
Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.
Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.
Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.Beliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.
Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.Sementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana
semuanya berjalan dengan aman.
Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan
ancaman.Apa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.
Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.
Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.
"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu."Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas
memberi maklumat," katanya.
Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.
Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.
5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah."Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.
Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.
5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.
5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin.Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergilebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.Harussani berkata masyarakat Melayu merupakan golongan palingistimewa berbanding bangsa lain di dunia kerana "Melayu dikaitkan dengan Islam dalam perlembagaan".
Beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada para hadirin bahawaAllah telah memberi amaranmengenai malapetaka jika manusiagagal melindungi iman mereka.Antara lain, Mohd Azmi berkata kerajaan mesti menggubal undang-undang pencegahan murtad walau kerajaan hendak memansuhkan ISA.
menyentuh sensitiviti orang Islam diambil tindakan segera.
PTPTN saman 104,083 peminjam ingkar
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memfailkan saman di mahkamah terhadap 104,083 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman bagi tempoh 2007 sehingga 30 Sept lepas. Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata daripada jumlah itu, sebanyak 69,573 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah. “PTPTN terpaksa mengenakan tindakan penguatkuasaan saman yang dihantar ini kepada peminjam-peminjam tersebut memandangkan mereka tergolong dalam kategori tegar yang ingkar bayar balik pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kemasyarakatan Anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok dengan kerjasama PTPTN, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Beliau berkata PTPTN hanya menerima balik bayaran pinjaman sebanyak RM2.7 bilion daripada 725,000 peminjam bagi tempoh 1997 sehingga bulan lepas, berbanding jumlah yang patut diterima sebanyak RM 5.6 bilion. “Ini menunjukkan peminjam yang bayar balik pinjaman adalah sebanyak 77 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan sebanyak 937,000 peminjam yang patut bayar,” katanya. Beliau berkata untuk tahun ini iaitu sehingga 30 Sept lepas PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.16 bilion kepada 172,134 penerima biaya. “Daripada jumlah itu PTPTN telah mengeluarkan pinjaman pendidikan sebanyak RM2.35 bilion,” katanya. Tajul Urus turut meminta peminjam yang mempunyai kesulitan membuat pembayaran balik agar berhubung dengan PTPTN bagi menyelesaikan mereka, bukan melarikan diri. Sementara itu, Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN Tuan Din Tuan Mat yang turut hadir berkata PTPTN menerima reaksi positif selepas pelancaran semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dua bulan lepas. Katanya kutipan menerusi akaun pendeposit, SSPN mencatatkan peningkatan sebanyak 100 peratus. “PTPTN meletakkan sasaran RM60 juta dapat dikutip daripada SSPN untuk tempoh tahun ini berikutan kutipan memberangsangkan sepanjang minggu lepas iaitu sebanyak RM3.6 juta,” katanya.
Lagi pertubuhan akademik 'sokong' Aziz Bari
Satu lagi pertubuhan ahli akademik tampil mempertahankan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Abdul Aziz Bari yang digantung tugasnya.
Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata pihaknya terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap Abdul Aziz.
"ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengutarakan pandangan berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang undang-undang.
“Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya berhujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi,” kata presidennya, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh.
Katanya, ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kerana Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
Beri pengharagaan
Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila pakar perlembagaan itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.Beliau dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.
Berikutan penggantungan tugas itu, pelbagai pihak termasuk mahasiswa, persatuan kakitangan akademik beberapa universiti, ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi.
Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual.Kemuncaknya, Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.
Bagi Mohd Fuad, pakar perlembagaan itu sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara serta tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga.
“Sebagai seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya kerana ia merupakan sebahagian daripada kebebasan akademik yang dimiliki oleh setiap ahli akademik.“Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini,” katanya.
Sementara itu,Bernama hari ini melaporkan Presiden Persatuan Alumni Sekolah Datuk Jaafar (SDJ) Datuk Syed Hussien Al-Habshee membandingkan penggantungan tugas Abdul Aziz dengan kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor dan mempersoalkan sikap berat sebelah pembangkang.
Katanya, pihak pengurusan UIA dan rektornya perlu diberi peluang untuk menyelesaikan isu penggantungan tugas Abdul Aziz dan Pakaatn Rakyat tidak sepatutnya membuat tuduhan yang tanpa asas.
Syed Hussien juga mempersoal tindakan Pakatan yang mendakwa penggantungan tugas Abdul Aziz itu menunjukkan ketiadaan kebebasan akademik di negara ini tetapi ketika ketiga-tiga kakitangan Unisel itu dipecat, tidak pula kedengaran laungan daripada mereka tentang ketiadaan kebebasan akademik di negara ini.
"Beliau tidak perlulah menyibukkan diri dengan menyertai muktamar PAS atau persidangan parti-parti pembangkang untuk menyuarakan pandangannya, sebaliknya menumpukan kepada usaha sebagai ahli akademik," katanya.
Beliau berkata sebagai ahli akademik, Abdul Aziz, perlu menumpukan kepada tugasannya sebagai pensyarah dan menyerahkan urusan politik negara ini kepada anggota politik.
Labels: religion
Lupa selawat, abai ibu bapa termasuk dalam golongan rugi
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." (Surah Al-Hadid, ayat 20)
Walaupun manusia tahu dunia yang sementara ini penuh dengan tipu daya syaitan, namun sudah menjadi kelaziman mereka cenderung kepada hal keduniaan dan berlumba memilikinya. Sebilangan kecil saja berjaya melawan godaan nafsu dan mengetepikan pujukan syaitan.
Dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat saat disebut nama Nabi Muhammad, maka pahala dan syafaat daripadanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Berbakti kepada kedua-dua orang tua dengan menjaga makan minumnya, tidak menyakiti hatinya serta mengambil berat kebajikannya adalah peluang tidak harus dipersiakan anak kerana ganjaran yang dijanjikan Allah adalah syurga.
Akan tetapi masih ada anak yang tidak mengambil kesempatan berharga ini ketika kedua-dua orang tuanya masih ada. Banyak laporan mengenai ibu bapa yang disisih, ditinggal serta dihantar anak mereka ke rumah orang tua.
Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, ambillah peluang keemasan yang ada ini untuk berbakti kepada mereka. Lakukanlah seikhlas hati.
Firman Allah yang bermaksud:
Dicatatkan dalam sejarah bahawa Allah berwasiat kepada Saad bin Abi Waqqash supaya berbuat baik kepada ibunya, meskipun ibunya kafir kepada-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya.” (Surah Al-Ankabut, ayat 8)
Golongan ketiga yang kecewa dan rugi ialah mereka yang tidak merebut peluang memohon keampunan Allah pada Ramadan yang Allah buka seluas-luasnya rahmat, keampunan serta terlepas dari api neraka.
Diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Terserahlah kepada kita sama ada ingin memanfaatkan peluang yang dibuka oleh Allah ini ataupun mensia-siakannya.
PROTON, Hawtai jalin kerjasama
- Usahasama buka peluang teroka pasaran automotif China secara lebih meluas
PROTON Holdings Bhd bakal menjalinkan kerjasama dalam aspek pembangunan kenderaan dengan Hawtai Motor Group Ltd dari China untuk meneroka secara lebih meluas pasaran negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
"Antara pelaburan yang kita lihat berpotensi untuk dilaksanakan ialah dalam aspek membangunkan model baru secara bersama iaitu dari segi reka bentuk dan kos pembangunan.
“Kedua-dua syarikat akan berbincang secara lanjut selama tiga bulan selepas ini bagi memperhalusi potensi kerjasama ini,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri sesi dialog meja bulat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin syarikat utama China di Nanning semalam.
MoU antara PROTON dan Hawtai itu dimeterai bersempena dialog itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dalam fasa awal penubuhan syarikat usaha sama, PROTON akan melesenkan model terkininya untuk dikeluarkan di kilang Hawtai di China untuk pasaran negara itu di bawah jenama Hawtai.
"Kita juga akan mengkaji kemungkinan untuk meletakkan nama PROTON juga pada kenderaan itu nanti," katanya.
Beliau berkata, antara model dijangka dipertimbangkan bagi pengeluaran lesen itu ialah kenderaan pelbagai guna Exora dan model P3-21A yang dijangka diumumkan PROTON awal tahun depan.
Kedua-dua syarikat jelasnya, akan bekerjasama untuk membangunkan model baru pada fasa seterusnya.
"Syarikat usaha sama itu juga akan diberi tanggungjawab melaksanakan kerja membangunkan komponen kenderaan bersama pengedar tempatan di China. Ini akan membolehkan PROTON membabitkan diri secara langsung dalam sektor pembuatan kenderaan berkos rendah.
"MoU dan kerjasama jangka panjang bersama Hawtai ini sejajar dengan sasaran kita untuk menjadikan China sebagai salah satu hub pengeluaran utama PROTON," katanya.
Labels: ekonomi
2011 Tahun Penuhi Permintaan Mahasiswa
YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini menyatakan bahawa beliau menganggap remaja sebagai “rakan kongsi” kerajaan. Seruan ini amat bersesuaian dengan dua keperluan besar dalam gerakan pembangunan mahasiswa. Pertama, keperluan untuk memenuhi tiga permintaan asas mahasiswa, iaitu: mahasiswa mahu suaranya didengar, mahasiswa mahu peranannya diiktiraf, dan mahasiswa mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang berorientasikan mahasiswa. Dan kedua, keperluan menghayati hakikat bahawa, di samping sebagai pemimpin masa depan, sebenarnya mahasiswa adalah juga pemimpin hari ini, iaitu pemimpin bagi generasi yang lebih muda, pemimpin bagi angkatannya, dan rakan kepemimpinan dengan universiti, kerajaan dan sebagainya.
Justeru, sudah tiba masanya kita bersama dalam langkah untuk memenuhi kedua-dua keperluan tersebut. Satu daripada kaedahnya ialah dengan melakukan inovasi demokrasi, iaitu dengan meningkatkan dan meluaskan partisipasi mahasiswa dalam struktur dan proses membuat keputusan.
Di sinilah relevannya isu membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, iaitu dalam maknanya yang sebenar. Dalam konteks ini, terdapat banyak usaha yang mencadangkan agar ia menjadi realiti. Contohnya, mutakhir ini, ia didokong oleh pelbagai pihak, seperti GAMIS, Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPT 2010, Makmal Pemuda Barisan Nasional dan Makmal Belia Kementerian Belia dan Sukan.
Di samping itu, kita perlu memulakan diskusi inisiatif-inisiatif inovasi demokrasi yang lain seperti pendaftaran automatik pemilih, menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun, melantik wakil belia sebagai Senator dan ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan sebagainya.
Semua ini adalah langkah-langkah untuk mengisi perjuangan membentuk masyarakat baik yang berteraskan budaya ilmu, tamadun tauhidik, keadilan sosial, kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar, sesuai dengan gagasan IMalaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Selamat menyambut tahun 2011 dan salam perjuangan.
SAIFUDDIN ABDULLAH
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Mahasiswa Golongan ‘Third Force’ Semasa PRU Nanti
PETALING JAYA: Mahasiswa merupakan golongan ‘third force’ yang bila-bila masa sahaja akan membuat keputusan penentu sama ada mengekalkan kepimpinan yang ada atau menggulingkan kepimpinan baik di negeri Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Ridzuan Othman berpendapat, mahasiswa berperanan sebagai ‘check and balance’ yang akan menentukan sokongan kepada kerajaan yang diperintah BN ataupun pembangkang bukan kerana agenda politik mereka tetapi menilai sejauh mana ketelusan, keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh sesebuah parti dalam negara.
Beliau menegaskan "tidak perlu melabelkan mahasiswa pro kerajaan atau pro pembangkang"
"Jika hak mahasiswa dijamin, jika mahasiswa diberikan ruang bebas berbicara dan melontarkan pendapat, jika AUKU tidak mengekang hidup mahasiswa, jika PTPTN tidak menyusahkan hidup mahasiswa dengan kadar faedah yang tinggi, saya yakin dan percaya mahasiswa sudah celik dan mampu berfikir siapa yang mereka perlu pilih untuk perjuangkan hak-hak mahasiswa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas tentang kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kelmarin, yang berkata pemimpin mahasiswa berperanan penting untuk membantu mengembalikan keyakinan di kalangan penuntut universiti supaya menyokong kerajaan kerana trend kebanyakan mahasiswa yang kini lebih cenderung untuk menyokong pembangkang.
Mahasiswa menolak politik sempit
Sehubungan itu, beliau menasihati penuntut universiti agar tidak terpedaya dengan pelbagai tohmahan dan janji-janji yang diberikan oleh mereka kerana ia akan merugikan negara dan rakyat Malaysia.
"Mahasiswa dan mahasiswi perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang dan menilai sendiri pihak manakah yang lebih berkhidmat kepada rakyat," kata Mukhriz.
Mohd Ridzuan berkata, walaupun kenyataan Mukhriz hanya merupakan pandangan peribadi, ‘ketakutan’ yang dirasai oleh sesetengah pihak terhadap mahasiswa adalah pandangan sisi yang perlu dinilai sebaik mungkin kerana mahasiswa hanya akan memilih kerajaan yang adil dan amanah di dalam pemerintahan.
Beliau menegaskan mahasiswa adalah golongan bersifat bebas dan tegas menolak politik sempit dan perkauman yang menebal, berpendapat tidak tepat jika mengatakan bahawa kerajaan telah memberikan pelbagai kemudahan dan peluang kepada mahasiswa.
"Bagi saya mana-mana parti pun yang memerintah, tanggungjawab sebagai kerajaan adalah membantu rakyatnya.
Jika parti itu tidak mampu menunaikan tanggungjawab, maka mahasiswa akan menghukum di dalam pilihan raya, berteraskan konsep demokrasi berparlimen," katanya.




