UMS-KAL dapat Anugerah Pensijilan Amalan 5S MPC 2011

LABUAN : Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL) disahkan mendapat Anugerah Pensijilan Amalan 5S (Sisih, Sapu, Susun, Seragam, Sentiasa Amal) Malaysian Productivity Corporation (MPC) 2011.

Pengumuman menggembirakan itu disampaikan oleh Consultant MPC, Edward Binty di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Tingkat 11, Bangunan Menara UMS-KAL, pada 26 Oktober 2011.

Beliau memulakan Audit Persekitaran Berkualiti 5S MPC di 16 Pejabat Bahagian dan Sekolah di universiti itu dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

Terdahulu beliau mendengar taklimat mengenai Amalan 5S daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S UMS-KAL, Musnin Mattersah yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Induk dan Ketua Jawatankuasa Pelaksana 5S.

Edward berharap Sijil 5S MPC yang akan diterima dalam tempoh sebulan dari tarikh beliau membuat audit itu mahu semua AJK Pelaksana dan kakitangan UMS-KAL mengekalkan pencapaian berkenaan pada masa akan datang.

“ Semua kakitangan UMS-KAL terutama Ahli Jawatankuasa Pelaksana 5S telah menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga membolehkan UMS-KAL layak menerima Sijil 5S daripada MPC, “ katanya.

Sebagai tanda penghargaan, Pengarah UMS-KAL, Prof Dr Shariff Abdul Kadir Omang telah mengadakan sesi bergambar bersama semua AJK Induk dan Ketua Pelaksana Amalan 5S.

Turut hadir Dekan Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL), Dr Ag Asri Ag Ibrahim, Timbalan Pendaftar Pentadbiran, Kamisah Husin dan Timbalan Pengerusi AJK Induk, Suffian Osman.

Tamat.

Baca seterusnya...

K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen


Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

azlanBagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.

Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

azlan"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.

"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.

Baca seterusnya...

Bank Malaysia rugi RM37 juta akibat ditipu

Sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui satu komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber polis, pinjaman diluluskan sepenuhnya secara sekali gus pada 2009.

Akhbar itu juga memetik sumber sebagai berkata bank berkenaan membuat laporan polis selepas siasatan dalamannya gagal mengesan syarikat itu.

"Siasatan awal polis mendapati, pinjaman dilakukan oleh pihak yang telah berkomplot dan melakukan penipuan secara licik sehingga bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pinjaman kerana selain dokumen yang meyakinkan, pinjaman turut mendapat jaminan sebuah bank lain," katanya

Sumber itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada terdapat penglibatan 'orang dalam' dalam kes penipuan ini kerana siasatan pihak polis masih di peringkat awal.



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

Baca seterusnya...

Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan
nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

himpun rally crowd in shah alam stadium booklet coverSelain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium
bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

himpun rally 221011 booklet 2Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.

Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.

himpun rally hasan ali, harussani zakaria, yusri mohamad3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.

Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

Himpun chairperson Mohd Yusri Mohamad4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

Himpun placards4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

himpun rally crowd in shah alam stadium 6 perkasa ibrahim aliBeliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.

4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.

himpun rally 221011 muslim singingSementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana
semuanya berjalan dengan aman.

5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.

Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan
ancaman.

himpun rally 221011 crowdApa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.

Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

himpun rally crowd 2"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas
memberi maklumat," katanya.

Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.

5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju.

Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.

Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.

5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.

Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.

himpun rally crowd 1"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.

Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.

5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin.Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergilebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.

NONEHarussani berkata masyarakat Melayu merupakan golongan palingistimewa berbanding bangsa lain di dunia kerana "Melayu dikaitkan dengan Islam dalam perlembagaan".

Orang Melayu juga istimewa kerana mempunyai lidah yang fasih. Allah menurunkan Islam dalam bahasa Arab, tetapi orang Melayulah yang menguasainya, kata Harussani.

Beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada para hadirin bahawaAllah telah memberi amaranmengenai malapetaka jika manusiagagal melindungi iman mereka.

Hujan berhenti selepas beberapa minit Harussani selesai berucap.

6.00pm: Pengerusi bersama HIMPUN yang pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan pihak yang mempertikaikan penganjuran Perhimpunan Sejuta Umat.

"Apakah salahnya orang Islam berhimpun untuk membincangkan masalah mereka?" katanya yang turut membaca 10 resolusi HIMPUN.

himpun rally hasan ali speakingAntara lain, Mohd Azmi berkata kerajaan mesti menggubal undang-undang pencegahan murtad walau kerajaan hendak memansuhkan ISA.

HIMPUN juga mahu media dikawal supaya penyiaran perkara yang
menyentuh sensitiviti orang Islam diambil tindakan segera.

6.15pm: Exco hal ehwal agama Selangor yang ADUN PAS bagi Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali (kiri) menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa.

Bagaimanapun, pengumuman dibuat bahawa Dr Hasan hadir sebagai seorang Islam, dan bukan sebagai ahli politik dan ahli exco.

Majlis tersebut berakhir dan diikuti dengan satu sidang akhbar.

Baca seterusnya...

PTPTN saman 104,083 peminjam ingkar

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memfailkan saman di mahkamah terhadap 104,083 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman bagi tempoh 2007 sehingga 30 Sept lepas.

Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata daripada jumlah itu, sebanyak 69,573 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah.

“PTPTN terpaksa mengenakan tindakan penguatkuasaan saman yang dihantar ini kepada peminjam-peminjam tersebut memandangkan mereka tergolong dalam kategori tegar yang ingkar bayar balik pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kemasyarakatan Anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Merbok dengan kerjasama PTPTN, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Beliau berkata PTPTN hanya menerima balik bayaran pinjaman sebanyak RM2.7 bilion daripada 725,000 peminjam bagi tempoh 1997 sehingga bulan lepas, berbanding jumlah yang patut diterima sebanyak RM 5.6 bilion.

“Ini menunjukkan peminjam yang bayar balik pinjaman adalah sebanyak 77 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan sebanyak 937,000 peminjam yang patut bayar,” katanya.

Beliau berkata untuk tahun ini iaitu sehingga 30 Sept lepas PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.16 bilion kepada 172,134 penerima biaya.

“Daripada jumlah itu PTPTN telah mengeluarkan pinjaman pendidikan sebanyak RM2.35 bilion,” katanya.

Tajul Urus turut meminta peminjam yang mempunyai kesulitan membuat pembayaran balik agar berhubung dengan PTPTN bagi menyelesaikan mereka, bukan melarikan diri.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN Tuan Din Tuan Mat yang turut hadir berkata PTPTN menerima reaksi positif selepas pelancaran semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dua bulan lepas.

Katanya kutipan menerusi akaun pendeposit, SSPN mencatatkan peningkatan sebanyak 100 peratus.

“PTPTN meletakkan sasaran RM60 juta dapat dikutip daripada SSPN untuk tempoh tahun ini berikutan kutipan memberangsangkan sepanjang minggu lepas iaitu sebanyak RM3.6 juta,” katanya.

Baca seterusnya...

Lagi pertubuhan akademik 'sokong' Aziz Bari

Lagi pertubuhan akademik 'sokong' Aziz Bari

Satu lagi pertubuhan ahli akademik tampil mempertahankan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Abdul Aziz Bari yang digantung tugasnya.

Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata pihaknya terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap Abdul Aziz.

azlan"ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengutarakan pandangan berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang undang-undang.

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya berhujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi,” kata presidennya, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh.

Katanya, ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kerana Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Beri pengharagaan

Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila pakar perlembagaan itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

azlanBeliau dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.

Berikutan penggantungan tugas itu, pelbagai pihak termasuk mahasiswa, persatuan kakitangan akademik beberapa universiti, ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi.

Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual.

NONEKemuncaknya, Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.

Bagi Mohd Fuad, pakar perlembagaan itu sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara serta tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga.

“Sebagai seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya kerana ia merupakan sebahagian daripada kebebasan akademik yang dimiliki oleh setiap ahli akademik.

uia aziz bari protest 211011“Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini,” katanya.

Sementara itu,Bernama hari ini melaporkan Presiden Persatuan Alumni Sekolah Datuk Jaafar (SDJ) Datuk Syed Hussien Al-Habshee membandingkan penggantungan tugas Abdul Aziz dengan kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor dan mempersoalkan sikap berat sebelah pembangkang.


Berlagak hero

Katanya, pihak pengurusan UIA dan rektornya perlu diberi peluang untuk menyelesaikan isu penggantungan tugas Abdul Aziz dan Pakaatn Rakyat tidak sepatutnya membuat tuduhan yang tanpa asas.

azlan"Apabila kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor diikuti peletakan jawatan Naib Canselornya, kita tidak nampak sebarang usaha daripada parti pembangkang untuk mempertahankan nasib mereka. Mengapa hanya kini mereka mahu berlagak sebagai hero," katanya kepada Bernama hari ini.

Syed Hussien juga mempersoal tindakan Pakatan yang mendakwa penggantungan tugas Abdul Aziz itu menunjukkan ketiadaan kebebasan akademik di negara ini tetapi ketika ketiga-tiga kakitangan Unisel itu dipecat, tidak pula kedengaran laungan daripada mereka tentang ketiadaan kebebasan akademik di negara ini.

NONESehubungan itu, beliau menasihatkan Abdul Aziz supaya menumpukan kepada tugasnya sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan dengan menerbitkan lebih banyak artikel dan kajian dalam jurnal perundangan antarabangsa.

"Beliau tidak perlulah menyibukkan diri dengan menyertai muktamar PAS atau persidangan parti-parti pembangkang untuk menyuarakan pandangannya, sebaliknya menumpukan kepada usaha sebagai ahli akademik," katanya.


Beliau berkata sebagai ahli akademik, Abdul Aziz, perlu menumpukan kepada tugasannya sebagai pensyarah dan menyerahkan urusan politik negara ini kepada anggota politik.

Baca seterusnya...

Lupa selawat, abai ibu bapa termasuk dalam golongan rugi

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." (Surah Al-Hadid, ayat 20)

Walaupun manusia tahu dunia yang sementara ini penuh dengan tipu daya syaitan, namun sudah menjadi kelaziman mereka cenderung kepada hal keduniaan dan berlumba memilikinya. Sebilangan kecil saja berjaya melawan godaan nafsu dan mengetepikan pujukan syaitan.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad, dinyatakan ada tiga golongan manusia yang kecewa dan rugi ketika hidup di dunia, pertama, mereka yang apabila nama Baginda disebut tidak mengucap selawat.Golongan kedua yang kecewa dan rugi apabila berkesempatan hidup bersama kedua-dua orang tuanya, tapi tidak sampai mampu masuk syurga dan ketiga, mereka yang berkesempatan hidup pada Ramadan tapi dosanya tidak terampunkan.
Begitu jadinya apabila kesempatan yang diberikan Allah kepada manusia semasa hidupnya tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. Contohnya, golongan pertama, alangkah mudahnya untuk mendapat pahala tetapi kerana tidak tahu atau sengaja mengingkarinya, maka hidup kecewa dan rugi. Sukar sangatkah untuk berselawat kepada Rasulullah SAW.
Dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat saat disebut nama Nabi Muhammad, maka pahala dan syafaat daripadanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Orang yang berilmu pasti tahu bahawa kelak nanti di akhirat ada suatu masa di mana semua manusia akan mencari syafaat Nabi Muhammad. Orang yang terbiasa membaca dan memperbanyak selawat kepada Rasulullah pada masa hidupnya tentu akan mendapat keutamaan atas syafaatnya. Orang yang tidak berilmu tidak memahami hal itu sehingga mereka lalai dan tidak melakukannya.”

Berbakti kepada kedua-dua orang tua dengan menjaga makan minumnya, tidak menyakiti hatinya serta mengambil berat kebajikannya adalah peluang tidak harus dipersiakan anak kerana ganjaran yang dijanjikan Allah adalah syurga.

Akan tetapi masih ada anak yang tidak mengambil kesempatan berharga ini ketika kedua-dua orang tuanya masih ada. Banyak laporan mengenai ibu bapa yang disisih, ditinggal serta dihantar anak mereka ke rumah orang tua.

Bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa, ambillah peluang keemasan yang ada ini untuk berbakti kepada mereka. Lakukanlah seikhlas hati.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam peliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah Al-Isra’, ayat 23)

Dicatatkan dalam sejarah bahawa Allah berwasiat kepada Saad bin Abi Waqqash supaya berbuat baik kepada ibunya, meskipun ibunya kafir kepada-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya.” (Surah Al-Ankabut, ayat 8)

Golongan ketiga yang kecewa dan rugi ialah mereka yang tidak merebut peluang memohon keampunan Allah pada Ramadan yang Allah buka seluas-luasnya rahmat, keampunan serta terlepas dari api neraka.

Diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa berpuasa Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala (keredaan) Allah, maka diampuni dosanya yang terdahulu.”

Terserahlah kepada kita sama ada ingin memanfaatkan peluang yang dibuka oleh Allah ini ataupun mensia-siakannya.

Baca seterusnya...

PROTON, Hawtai jalin kerjasama

ANTARA model kereta yang dibangunkan oleh Hawtai Motor Group Ltd
yang menjalin kerjasama dengan PROTON Holdings Bhd.

  • Usahasama buka peluang teroka pasaran automotif China secara lebih meluas

PROTON Holdings Bhd bakal menjalinkan kerjasama dalam aspek pembangunan kenderaan dengan Hawtai Motor Group Ltd dari China untuk meneroka secara lebih meluas pasaran negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu.
Pengerusi PROTON, Datuk Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata selain membolehkan pengeluar kereta nasional itu menembusi pasaran automotif China yang besar, kerjasama itu juga akan menyediakannya asas untuk meneroka pasaran kenderaan pemanduan di sebelah kiri.

"Antara pelaburan yang kita lihat berpotensi untuk dilaksanakan ialah dalam aspek membangunkan model baru secara bersama iaitu dari segi reka bentuk dan kos pembangunan. - Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi PROTON"

Beliau berkata, di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai PROTON dengan Hawtai semalam, kedua-dua syarikat akan melihat kepada kemungkinan menubuhkan syarikat usaha sama di China bagi melabur dalam bidang berpotensi.

"Antara pelaburan yang kita lihat berpotensi untuk dilaksanakan ialah dalam aspek membangunkan model baru secara bersama iaitu dari segi reka bentuk dan kos pembangunan.

“Kedua-dua syarikat akan berbincang secara lanjut selama tiga bulan selepas ini bagi memperhalusi potensi kerjasama ini,” katanya kepada media Malaysia selepas menghadiri sesi dialog meja bulat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin syarikat utama China di Nanning semalam.

MoU antara PROTON dan Hawtai itu dimeterai bersempena dialog itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata dalam fasa awal penubuhan syarikat usaha sama, PROTON akan melesenkan model terkininya untuk dikeluarkan di kilang Hawtai di China untuk pasaran negara itu di bawah jenama Hawtai.

"Kita juga akan mengkaji kemungkinan untuk meletakkan nama PROTON juga pada kenderaan itu nanti," katanya.

Beliau berkata, antara model dijangka dipertimbangkan bagi pengeluaran lesen itu ialah kenderaan pelbagai guna Exora dan model P3-21A yang dijangka diumumkan PROTON awal tahun depan.

Kedua-dua syarikat jelasnya, akan bekerjasama untuk membangunkan model baru pada fasa seterusnya.

"Syarikat usaha sama itu juga akan diberi tanggungjawab melaksanakan kerja membangunkan komponen kenderaan bersama pengedar tempatan di China. Ini akan membolehkan PROTON membabitkan diri secara langsung dalam sektor pembuatan kenderaan berkos rendah.

"MoU dan kerjasama jangka panjang bersama Hawtai ini sejajar dengan sasaran kita untuk menjadikan China sebagai salah satu hub pengeluaran utama PROTON," katanya.

Daripada Sophia Ahmad
sophia@bharian.com.my
2011/10/22

Baca seterusnya...
 
Powered By ProMahasiswa | Original Design By Far East Technologies | Modified By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top